Saturday, 9 August 2014

Royal Malaysian Air Force (RMAF) Museum, Kuala Lumpur / Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia

Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terletak di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, Jalan Lapangan Terbang Lama, 50460 Kuala Lumpur. Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1985 dengan menempatkan koleksi-koleksi pesawat-pesawat tempur, latihan, pengangkut dan juga helikopter.

TUDM telah ditubuhkan pada 2 Jun 1958 dengan dikenali sebagai Royal Federation of Malaya Air Force. Sejarah awal penubuhan pasukan udara di Malaya bermula pada 1934 dengan tertubuhnya Malayan Auxiliary Air Force, yang mana kemudian dikenali sebagai Malaya Volunteer Air Force (MVAF). Bagaimanapun, unit ini telah dibubarkan pada tahun 1942, ketika Perang Dunia ke-2.

Pada tahun 1950, Malaya Volunteer Air Force telah ditubuhkan kembali dalam usaha kerajaan menghadapi ancaman pengganas komunis. Pesawat pertama yang digunakan oleh MVAF adalah jenis "Twin Pioneer" (dinamakan Lang Rajawali) manakala pesawat tempur yang pertama diterima kedalam inventori adalah jenis Canadair CL-41G Tebuan. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, pasukan udara ini telah dinamakan sebagai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).


Pintu masuk muzium

Pesawat "Twin Pioneer" - Lang Rajawali

Pesawat pengangkut DHC-4 Caribou diterima pada 1966, sebanyak 18 buah untuk Sqn 1 dan Sqn 8. Tamat perkhidmatan pada tahun 2000.

de Havilland DH.104 Dove

14 buah jet Northrop F-5E diterima pada 1975.

13 buah jet pelatih Aermacchi MB339AM digunakakan antara 1983-2009. Digantikan dengan 8 buah MB339CM LIFT.

10 buah jet CAC Sabre telah disumbangkan oleh Royal Australian Air Force (RAAF) kepada TUDM (1969 hingga 1972)

A-4PTM Skyhawk - TUDM telah mengoperasikan sebanyak 40 buah. (beroperasi 1982 hingga 1995)

CL-41G Tutor (Tebuan) sebanyak 20 buah telah dioperasikan.

Pameran statik di dalam hangar. Pesawat Scottish Aviation Pioneer.


North American Harvard

de Havilland Tiger Moth

Pandangan dari jalan masuk ke kawasan muzium.

Pesawat tebuan dipamerkan dipintu masuk/keluar muzium.










Rujukan dan kredit kepada:

http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Air_Force

http://www.airforce.gov.my/

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_aircraft_of_the_Malaysian_Armed_Forces

No comments:

Post a Comment