Thursday 24 December 2015

Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM Siri 53/2015

Seramai 405 perajurit muda telah menamatkan latihan asas selama 24 minggu dari 1 Julai 2015 hingga 12 Disember 2015. Pengambilan kali ini juga melibatkan 86 pelatih wanita. Latihan yang dijalankan di Institut Latihan Udara meliputi asas ketenteraan, akademik dan juga pembentukan siasah diri.

Perbarisan telah disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen. Tan Sri Dato' Sri Roslan bin Saad TUDM, pegawai-pegawai kanan TUDM dan kaum keluarga pelatih. Selesai perbarisan, pertunjukan paracut, solat medan dan jimnastik telah diadakan.



Kredit: Malaysian Defence
















RMAF Media Day and Ex Paradise 2 / 2015


Seramai 58 wakil media telah menghadiri Hari Media bersama Kementerian Pertahanan dan TUDM (Tentera udara DiRaja Malaysia) dan penutupan Eksesais Paradise 2/2015 di Pangkalan Udara Labuan pada 20-21 Nov 2015. Paradise adalah singkatan kepada Paradrop, Deepstrike, Insertion and Extraction yang mana latihan ini telah berlangsung selama 12 hari.





























Wednesday 4 November 2015

PLA-Navy hospital ship and Exercise Peace and Friendship 2015 between Malaysian and Chinese armed forces

Lawatan kapal hospital PEACE ARK ke Port Klang

Pada bulan September lepas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melaksanakan satu latihan bersama dengan Tentera Laut China (PLAN - People’s Liberation Army – Navy) bermula dari 17 September sehingga 22 September 2015.  Latihan ini dinamakan Eks Peace & Friendship 2015 juga diadakan sempena ulang-tahun ke 40, Malaysia dan China menjalin hubungan diplomatik.  Latihan yang dijalankan di Selat Melaka ini melibatkan 1,965 pegawai dan anggota tentera bersama-sama 28 aset ketenteraan milik ke dua-dua negara. 

Secara ringkasnya, eksesais ini melibatkan latihan pengawalan maritim, pengiringan kapal, operasi carilamat (SAR) dan bantuan kemanusiaan semasa bencana. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan kedua-dua negara, memperkukuhkan “interoperability” kedua-dua pasukan, mewujudkan SOP bersama dan pertukaran maklumat, selain menguji tahap kerjasama kedua-dua angkatan tentera.
Pada kali ini, kapal hospital Peace Ark (nombor pennant 866) bersama-sama kapal pemusnah Lanzhou (170) kelas “Type 052C”, dan Qinzhou (575) friget dari kelas “Type 054A “dari armada PLA-Navy (PLAN) telah terlibat. Fokus diberikan kepada kapal hospital Peace Ark yang terkenal sebagai Duta Kecil China, dimana, semenjak ditauliahkan di dalam PLAN pada tahun 2008, ia telah melakukan secara keseluruhannya, pelayaran sejauh 116,000 batu nautika, merentasi tiga lautan dan melawat 4 buah benua dalam melaksanakan misi bantuan perubatan kepada 90,000 orang di 22 negara.

“Peace Ark” atau “Daishan Dao” (nama yang dikenali dalam PLA-N) telah dibina oleh GSIC Ltd (Guangzhou Shipyard International Company) pada tahun 2004 dan mula ditauliah ke dalam perkhidmatan PLAN pada 22 Disember 2008. Kapal ini panjangnya 178 meter, dengan lebarnya kira-kira 25 meter, adalah seberat 14,000 tan. Ia juga dilengkapi dengan sebuah hangar yang mampu menempatkan 1 x helikopter angkut bersaiz sederhana jenis Changhe Z-8 (AS 321 Super Frelon).



Sebagai sebuah hospital terapung, kapal ini mampu melaksanakan pembedahan dalam keadaan laut yang bergelora kerana kestabilannya. Hospital yang berkeluasan 4,000 meter persegi itu turut dilengkapi dengan 8 buah bilik bedah, 300 katil pesakit, 7 pejabat staf perubatan, 8 stesen jururawat, 18 bilik untuk konsultansi, sebuah bilik khas untuk merawat mangsa kebakaran, ICU, klinik pergigian, bilik x-ray, bilik persediaan darah, makmal dan pusat maklumat perubatan. Ia juga dilengkapi dengan sistem lif, kerana kapal ini mempunyai 8 tingkat. Peace Ark pada misi ini turut membawa bersama 110 staf perubatan untuk mengoperasikan hospital terapung ini, tetapi menurut laporan People’s Daily Online (24 Mac 2009), kapal ini dikendalikan oleh 200 anak kapal dan boleh membawa sehingga 600 staf perubatan. Sebagai perbandingan, hospital terapung ini mampu melakukan 40 pembedahan utama sehari, menyamai kemampuan hospital-hospital di Beijing.

Antara fungsi Peace Ark adalah memindahkan dan merawat kasualti pada masa perang, memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk dan anggota tentera di kawasan pulau-pulau, terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana, dan juga melakukan kerjasama dalam program pertukaran anggota dengan negara asing. Penggunaan kapal ini sebagai bantuan kemanusiaan dan bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief - HADR) pada masa aman dapat melonjakkan imej negara China dan memberikan persepsi yang baik kepada China oleh rakyat dan negara yang dilawati, terutamanya di kalangan negara-negara membangun.
Untuk memberikan sokongan lojistik kepada Peace Ark, kapal ini dilengkapi dengan 2 buah bot pendarat, 2 buah bot laju dan 6 unit Lifeboat. Selain itu, helicopter Chengde Z-8 yang bertindak sebagai ambulans udara boleh dilengkapi dengan 15 stretcher atau mampu mengangkut 27 penumpang. Antara teknik pemindahan mangsa yang efisien boleh dilakukan dengan helikopter ini adalah dengan cara hanging basket dan gangway.



Komander Peace Ark, Lt. Col. Guo Baofeng berusia 36 tahun

Pada pertengahan Mac 2009, Peace Ark melakukan latihan buat julung-julung kalinya, diikuti dengan latihan-latihan lain pada Jun dan September tahun yang sama. Pada 20 Oktober 2009, Peace Ark meninggalkan Shanghai dalam satu misi 39 hari, melibatkan pelayaran sejauh 5,400 batu nautika, membawa bersama hampir 100 orang pakar perubatan awam dan tentera ke beberapa pulau dan terumbu di Laut China Selatan, termasuklah melawat beberapa pangkalan hadapan tentera China. Peace Ark juga terlibat dalam International Fleet Review sempena ulangtahun PLAN yang ke 60, latihan bersama China – Russia dan Civil Military Joint Maritime Medical Exercise, West Pacific Naval Symposium.

Seterusnya, pada Ogos hingga November 2010, Peace Ark melakukan lawatan ke Djibouti, Kenya, Tanzania, Seychelles dan Bangladesh, memberikan khidmat perubatan kepada 17,345 pesakit luar dan melaksanakan 97 pembedahan. Kemudian pada tahun berikutnya, pada bulan September hingga Disember 2011, setelah merentasi Lautan Pasifik dan Terusan Panama, Peace Ark tiba di Laut Karribean dan melakukan lawatan ke Cuba, Jamaica, Trinidad & Tobago dan Costa Rica. Seramai 11,446 orang mendapat faedah rawatan pesakit luar disamping 118 pesakit menjalani pembedahan.

Misi seterusnya adalah pada bulan Jun hingga Oktober 2013, Peace Ark melawati Brunei, Maldives, Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar, Indonesia dan Kemboja. Dalam misi kali ini, seramai 30,713 pesakit luar dirawat dan sebanyak 293 pembedahan dilakukan. Semasa dalam perjalanan pulang, kapal ini terlibat dalam operasi carilamat (SAR), menyelamatkan nelayan di perairan Xisha, China. Bulan November tahun yang sama, selepas persiapan singkat selama 48 jam, dan 77 jam pelayaran tanpa henti, Peace Ark tiba di Filipina, menghulurkan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada mangsa bencana. Seramai 2,208 pesakit luar dirawat dan 113 dimasukkan ke wad, serta 44 pembedahan berjaya dilakukan.  Dalam operasi ini, bot laju dari Peace Ark telah melakukan pemindahan sebanyak 104 kali membawa 718 orang mangsa.




Pada tahun 2014, antara Jun hingga Ogos, Peace Ark telah belayar ke Hawaii dan menyertai RIMPAC 2014. Dalam latihan itu, 4 forum akademik yang disertai 13 negara telah diadakan selain terlibat dalam latihan-latihan menyelamat maritim dan 56 lain-lain latihan termasuk scenario peperangan. Kapal ini juga memberikan sokongan kepada 20 pendaratan helikopter dari pelbagai negara.

Peace Ark kemudiannya mengadakan lawatan ke Tonga, Fiji, Vanuatu dan Papua New Guinea pada bulan Ogos hingga September 2014. Kali ini sebanyak 27,456 pesakit luar telah menerima rawatan, disamping 212 pembedahan berjaya dilakukan.





Tuesday 1 September 2015

Malaysian Independence Day Parade - 31st August 2015

Perbarisan sempena menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-58 telah diadakan semalam (31 Ogos 2015) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Saya telah berada disana seawal jam 6.41 pagi bagi memastikan dapat posisi yang baik untuk mengambil gambar. Bagaimanapun orang ramai telah memenuhi sebahagian "stage" pada waktu itu. Ada yang lebih awal dari saya rupanya.

Inilah gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.











Pasukan istiadat dari Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD)
Pasukan istiadat dari Kor Armor Diraja








Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Sebahagian kontinjen PDRM
Batalion Senoi Praaq, dahulunya Pasukan Polis Hutan (PPH)
Anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK)
Unit Berkuda PDRM

Pasukan Federal Reserve Unit (FRU), PDRM
UTK - Unit Tindakan Khas


Tentera Laut Diraja Malaysia

Anggots PASKAL (Pasukan Khas Laut)
Pasukan 10 Briged PARA






Gempita IFV yang baru memasuki perkhidmatan Tentera Darat
PT-91M Pendekar buatan Poland
Sukhoi Su-30 MKM