Sunday 3 August 2014

Muzium Tentera Darat Singapura (Singapore Army Museum)

Sejarah Ringkas Tentera Darat Singapura




Batalion Pertama Rejimen Infantri Singapura (1 SIR)  telah ditubuhkan pada tahun 1957. Tarikh 4 Mar 1957 merupakan pengambilan pertama rekrut untuk pasukan ini. Hanya 237 telah diterima dari sejumah 1,420 pemohon untuk menjalani latihan asas. Seterusnya Batalion ke-2 (2 SIR) pula telah ditubuhkan pada tahun 1962.

Ketika Singapura menjadi sebahagian dari Malaysia (1963-1965) unit ini telah dinamakan Malaysian Infantry Regiment dan hanya setelah Singapura keluar dari Malaysia, nama SIR telah digunakan kembali. Dalam tahun 1967 rejimen ini telah diperbesarkan dengan penubuhan 3 SIR dan 4 SIR.



Sehingga kini, keanggotaan Tentera Darat Singapura telah berkembang kepada 72,000 orang termasuk 35,000 anggota kerahan. Keanggotaan pasukan simpanan pula dianggarkan berkekuatan 500,000 orang. Komponen utama tentera darat kini adalah Divisyen ke-3, Divisyen ke-6 dan Divisyen ke-9. Kesemua divisyen ini merupakan Combined Arms Division yang mengandungi briged-briged tempur dan pasukan-pasukan sokongan.
 
Uniform tentera darat pada tahun 1990an
 
Tentera darat yg terkini
 


Kereta kebal Leopard 2SG milik tentera darat
 
 

Muzium Tentera Darat Singapura

Beralamat di 500 Upper Jurong Road, berhampiran Stesyen MRT Joo Koon. Turun dari stesyen MRT dan susur ikut Benoi Road kira-kira 5 minit menuju ke Upper Jurong Road. Anda akan nampak kawasan letak kereta untuk Singapore Discovery Center.

 Papan tanda di Benoi Road menunjuk arah ke Muzium Tentera Darat Singapura
 


Ruangan "Making of A Soldier" memaparkan sejarah penubuhan awal Tentera Darat Singapura

Contoh berek rekrut pada tahun 1960an

Ruangan "Individual Marksmanship Trainer"- IMT. Pengunjung boleh mencuba rifel M16 atar SAR21 dilapangsasar elektronik.

Mock up kabin pesawat Singapore Airlines, Flight SQ117 yg telah di hijack pada tahun 1991

Ruangan "Army Operations" yg memaparkan penglibatan Tentera Darat Singapura dalam operasi-operasi UN diluar negara.

AMX-10PAC 90 dengan meriam 90mm

Kenderaan pengangkut personel (APC) jenis M113

Meriam 155mm
Pengunjung juga dibawa melawat pusat latihan SAFTI (pusat latihan pegawai kadet dan maktab turus/staff college) dengan bas yg disediakan berhampiran Singapore Discovery Centre. Ia mengambil masa kira-kira 20 minit dan fotografi tidak dibenarkan.
 
Terdapat sebuah pesawat A4S Super Skyhawk milik Republic of Singapore Air Force (RSAF) berhampiran Singapore Discovery Center.

 

Rujukan:

http://discovermilitary.com/world-military/singapore-infantry-regiment/
http://news.asiaone.com/news/singapore/1991-hijacking-sq117-how-saf-commandos-took-down-men-reportedly-armed-explosives
http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore_Army
http://a4skyhawk.org/2e/singapore/singapore.htm
http://www.mindef.gov.sg/imindef/mindef_websites/atozlistings/army/microsites/armymuseum/index.html

1 comment:

  1. Salam, Ayah saya 600642 B coy platoon 6 Samsuri bin khamis bekas sarjan dari 2nd Batalion Singapore infantry regiment pernah berkhidmat pada tahun 1963 hingga 1965 semasa konfrontasi di Malaysia terutamanya rakan2 ayah saya yg terkorban seramai 9 orang dalam serang hendap di bukit leban kota tinggi ingin mencari rakan2 nya jika ada yg masih hidup sekitar Singapura dan juga Malaysia..
    ayah saya amat merindui rakan2 sepejuangannya yg menempuh musuh semasa konfrontasi.. boleh hubungi beliau di talian +60 0187669016 Terimakasih pada yg sudi hubungi ayah saya sekarang berada di Johor bahru

    ReplyDelete