Friday, 1 August 2014

Reunification Palace / Independence Palace, Vietnam / Istana Presiden


Reunification Palace / Independence Palace,
Ho Chi Minh City (Saigon) 1975 dan 2014
Reunification Palace atau juga dikenali sebagai Independence Palace adalah antara bangunan yg amat popular dalam sejarah Asia Tenggara dan mungkin juga dunia. Bagi peminat sejarah Perang Vietnam tentunya dpt ingat imej2 kereta kebal NVA merempuh pintu pagar istana pada 11.30 pagi, 30 April 1975 yg juga dikenali sebagai peristiwa Fall of Saigon.

 


Kelihatan sebuah kereta kebal T54/55 sedang merempuh pintu pagar istana


Dua buah kereta kebal milik NVA (Tentera Vietnam Utara) diperkarangan istana


Istana ini merupakan pejabat dan juga kediaman Presiden Vietnam Selatan ketika itu. Pada 1962 bangunan asal istana ini (dikenali sebagai Norodom Palace) telah dibom oleh 2 org pilot tentera udara Vietnam Selatan yg telah belot dgn pesawat Skyraider. Pengeboman dilakukan setelah mereka divert dari satu misi utk mengebom Viet Cong!!! Kemudian pada 8 April 1975, Lt Nguyen Thanh Trung telah berjaya melarikan jet pejuang F5 Tiger II dan menggugurkan 2 butir bom keatas istana baru ini.

Dua gambar terbaru saya snap dilokasi pada 1 Ogos 2014, dan saya cuba bandingkan dgn gambar dari sumber internet pada hari kejatuhan Saigon ke tangan Vietnam Utara, 1975. Tahun depan genaplah ulaangtahun ke-40 tahun jatuhnya Saigon.

Pintu pagar yang sama seperti gambar diatas




Pemandangan keadaan istana yang masih lagi dipelihara dengan baik


InsyaAllah pada posting akan datang akan saya terangkankan serba sedikit sejarah berkenaan istana ini.

No comments:

Post a Comment