Monday 29 December 2014

RMAF Hawk detachment in East Malaysia

Selaras dengan operasi keselamatan di Wilayah Udara 2 (Sabah & Sarawak), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM/RMAF) telah menempatkan skuadron pesawat pejuangnya di Pangkalan Udara Labuan sejak 7 Nov 2014 yang lalu.

Penempatan pesawat pejuang ini adalah bagi melaksanakan operasi-operasi pemantauan ruang udara di kawasan persekitaran Sabah dan Sarawak. Skuadron ini adalah terdiri dari jenis Hawk dibawah pengoperasian Detasmen Tetap No. 6 Skuadron.

Dalam masa yang sama, operasi udara juga turut dipertingkatkan dengan sokongan aset seperti pesawat B200T untuk tinjauan maritim, pesawat pengangkut C-130, pesawat tanker KC-130 dan juga helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri dan EC725 Super Cougar. Ini bagi memastikan keupayaan TUDM di Wilyah Udara 2 berada ditahap optimum. Kesiagaan operasi TUDM yang meliputi aspek pesawat, sistem dan persenjataan serta modal insan adalah sentiasa berada ditahap yang terbaik.

Foto-foto dibawah menunjukkan jet Hawk di Tawau, Sabah pada 19 Dis 2014.
















Sunday 28 December 2014

EC 725 Super Cougar in RMAF

Helikopter terbaru dalam inventori TUDM, buatan syarikat Eurocopter telah mula diterima pada tahun 2013 dan kini 12 unit telah beroperasi dengan TUDM (Royal Malaysian Air Force - RMAF). Helikopter ini berpengkalan di Kuantan (No. 10 Skuqdron) dan sebanyak 4 unit telah diserahkan kepada No. 5 Skuadron di Pangkalan Udara Labuan (link).

Helikopter ini akan menggantikan helikopter TUDM jenis Sikorsky S61A-4 Nuri yang telah berkhidmat semenjak tahun 1968 lagi. Kini sebanyak 28 unit Nuri masih lagi beroperasi (link).

EC725 Caracal juga dikenali sebagai Super Cougar, mempunyai beberapa konfigurasi seperti pengangkut anggota tentera, carilamat (SAR) dan menarik keluar mangsa dari kawasan pertempuran (casualty evacuation). Bagi konfigurasi pengangkut, helikopter ini mampu membawa 29 anggota tentera pada satu-satu masa. Untuk kegunaan casualty evacuation, ia boleh menempatkan 12 stretcher dan 4 anggota perubatan. Selain konfigurasi yang disebutkan, helikopter ini juga boleh dilengkapkan dengan persenjataan bagi tujuan Carilamat Tempur (Combat SAR). Antara persenjataan dan peralatan yang boleh dibawa bagi tujuan ini adalah:

  • 2 x 7.62mm GPMG
  • 2 x 68mm pelancar roket (19 roket setiap satu pod)
  • 2 x 20mm meriam (180 rounds)
  • chaff dispenser (flare)
Antara pengguna lain helikopter ini (pelbagai konfigurasi) adalah:
  • Brazil (50 unit dipasang oleh Helibras, kilang di Minas Gerais, Brazil)
  • Perancis
  • Indonesia (6 unit ditempah) 
  • Khazakstan (20 unit ditempah)
  • Mexico
  • Thailand (4 unit ditempah)
Pada 5 Mei 2014 lalu, 11 unit helikopter ini telah melakukan penerbangan formasi diketuai oleh Lt. Kol Mohd. Kahar bin Mohd. Kassim (link).






Video dari Eurocopter

Baru-baru ini kumpulan media telah berkesempatan dibawa mengelilingi perairan Tawau, Sabah dengan EC725 dan Nuri selama hampir satu jam. Saksikan foto-foto yang sempat dirakam, dibawah.


































Thursday 25 December 2014

History of RMAF C-130 Fleet


TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia - Royal Malaysian Air Force) memiliki sebanyak 15 buah pesawat pengangkut jenis Lockheed C-130 Hercules yang digunakan semenjak tahun 1976. 10 buah berkhidmat dibawah Skuadron ke-20 manakala selebihnya berkhidmat dibawah Skuadron ke-14.



Sejarah ringkas TUDM (link).

Senarai skuadron penerbangan TUDM (link).

Pada awalnya, TUDM menggunakan format pendaftaran bermula FM (Federation of Malaya) diikuti dengan nombor siri berturutan seperti FM 1001 untuk pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer, tetapi kemudiannya digantikan dengan format blok M pada tahun 1980an, bagi setiap blok pendaftaran, sebagai contoh blok M29 bermula dengan M29-01 hingga M29-14 untuk Northrop F-5E dan untuk batch McDonnel Douglas A-4PTM pula bermula M32-07 hingga M32-40 . Berikut adalah senarai pesawat C-130 Hercules milik TUDM mengikut turutan nombor pendaftaran.
  1. FM2401 (M30-01) - Mac 1976 - C-130H - ditukar kepada versi tanker KC-130T pada 4 Okt 2003, Skuadron ke-20
  2. FM2402 (M30-02) - Apr 1976 - C-130H - ditukar kepada versi tanker KC-130T pada 9 Jan 2005, Skuadron ke-20
  3. FM2403 (M30-03) - Jun 1976 - C-130H - write-off kerana terlibat kemalangan di Sibu pada 25 Ogos 1990, Skuadron ke-14
  4. FM2404 (M30-04) - 1976 - C-130H - Skuadron ke-14
  5. FM2405 (M30-05) - Ogos 1976 - C-130H - Skuadron ke-14
  6. FM2406 (M30-06) - Okt 1976 - C-130H - Skuadron ke-14
  7. FM2451 (M30-07) - Apr 1980 - C-130H - ditukar kepada versi tanker KC-130T pada 18 Apr 2002, Skuadron ke-20
  8. FM2452 (M30-08) - Apr 1980 - C-130H - ditukar kepada versi tanker KC-130T pada Nov 1999, Skuadron ke-20
  9. FM2453 (M30-309) - Dis 1980 - C-130H - ditukar kepada versi C-130H-30 pada Apr 1988, Skuadron ke-20
  10. M30-10 - Nov 1993 - C-130H-30, Skuadron ke-14
  11. M30-11 - Dis 1995 - C-130H-30, Skuadron ke-20
  12. M30-12 - Dis 1995 - C-130H-30, Skuadron ke-20
  13. M30-14 - 30 Sep 2002 - C-130H-30, Skuadron ke-20
  14. M30-15 - 5 Dis 1999 - C-130H-30, Skuadron ke-20
  15. M30-16 - 5 Dis 1999 - C-130H-30, Skuadron ke-20

Antara tahun 1954 hingga 2009 sebanyak 2,300 unit telah dikeluarkan oleh Lockheed. Sebuah C-130 dianggarkan berharga USD 30 juta.


Perbezaan panjang pesawat versi terbaru C-130J Super Hercules dan C-130J-30. TUDM menggunakan versi terawal, C-130H dan C-130H-30. Terdapat lebih 40 model dan varian untuk pesawat ini yang digunakan juga oleh lebih 60 negara.

Baru-baru ini saya berpeluang menaiki pesawat C-130 TUDM untuk perjalanan dari Subang - Labuan - Kota Kinabalu - Tawau - Subang. Penerbangan dari Subang ke Labuan mengambil masa kira-kira 3 jam; Pesawat yang terlibat adalah (gambar-gambar dibawah) :
  1. M30-16
  2. M30-04
  3. M30-10
Berikut adalah senarai pangkalan-pangkalan TUDM (link)