Monday, 4 August 2014

Museum of Ho Chi Minh City, Saigon / Muzium Bandar Ho Chi Minh

Bandar Ho Chi Minh memiliki bebrapa muzium yang menarik untuk dilawati. Memang tidak dapat dinafikan banyak bangunan-bangunan zaman kolonial dulu memiliki ciri-ciri senibina yang menarik. Salah satunya adalah Museum of Ho Chi Minh City terletak dipersimpangan Jalan Ly Tu Trong dan Nam Ky Khoi Nghia, Ho Chi Minh City tidak jauh dari Reunification Palace.

Bangunan ini mula dibina pada tahun 1885 dan mengambil masa 5 tahun untuk siap. Bangunan yg direka oleh arkitek Perancis ini (Alfred Foulhoux) asalnya dirancang untuk menjadi Muzium Perdagangan, bagaimanapun ia telah dijadikan kediaman rasmi Governor Cochinchina setelah pembinaannya siap. Ketika Perang Dunia ke-2, bangunan ini telah dijadikan kediaman Govenor Jepun pula pada tahun 1945. Selepas pengunduran Jepun, bangunan ini ditawan oleh Viet Minh dan kemudiannya di ambil alih oleh Pasukan Berikat (Allied Forces). Ia kemudiannya dijadikan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Perancis di Indochina. Pada tahun 1954 pula ia dijadikan kediaman rasmi Perdana Menteri Republik Vietnam dan dinamakan Gia Long Palace. Kemudian dari tahun 1966 hinggalah 1975, Mahkamah Agung Republik Vietnam telah ditempatkan disini, sehinggalah pada tahun 1978, Mahkamah Agung telah dipindahkan dan bangunan ini dijadikan Muzium Bandar Ho Chi Minh.

Muzium ini mempamerkan thema-thema seperti berikut:

1. Arkeologi
2. Pelabuhan Perdagangan
3. Industri
4. Kraftangan
5. Kebudayaan
6. Revolusi Rakyat
7. Matawang

Thema yang menarik minat saya adalah Thema Revolusi Rakyat yang menunjukkan perjuangan rakyat Vietnam dalam mencapai kebebasan dari cengkaman penjajah. Bagi peminat-peminat sejarah saya harap penulisan ini boleh dijadikan panduan sebelum melawat muzium ini.





















http://en.wikipedia.org/wiki/Gia_Long_Palace
http://www.hcmc-museum.edu.vn/vi-vn/trang-chu.aspx

No comments:

Post a Comment