Sunday 17 August 2014

Malaysian Army Museum, Port Dickson / Muzium Tentera Darat Malaysia

Sejarah ringkas Tentera Darat Malaysia

Sejarah moden Tentera Darat Malaysia bermula dengan penubuhan Kompeni Percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933 dimana pengambilan pertama melibatkan 25 orang rekrut. Enam hari sebelum Perang Dunia ke-2 bermula di Malaya, Batalion ke-2 telah ditubuhkan. Mereka telah berjuang bermati-matian berhadapan kemaraan 13,000 tentera Jepun dari pasukan elit Imperial Army Division ke-18, walaupun dengan saki-baki kekuatan hanya 1,400 anggota gabungan Rejimen Askar Melayu, Australia dan India. Pertempuran ini dikenali sebagai The Battle of Pasir Panjang.



Kecemerlangan ini diteruskan dalam operasi-operasi semasa Era Darurat 1948-1960, Konfrontasi dengan Indonesia 1963, Darurat ke-2 bermula pada tahun 1968 hinggalah Partai Komunis Malaya meletakkan senjata pada 1989. Tentera Darat Malaysia juga berkhidmat dengan cemerlang dalam misi-misi pengaman antarabangsa United Nation, dan bertindak cemerlang dalam misi menyelamat anggota-anggota Kompeni Bravo, Batalion ke-3 Rejimen Renjer ke-75, US Army dalam Pertempuran Mogadishu 1993 (Blackhawk Down).


Tentera Darat Malaysia berkembang dan kini mempunyai 80,000 anggota dalam perkhidmatan aktif.



Lawatan ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson.

Muzium Tentera Darat Malaysia beralamat di Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson. Pada tahun 2002, dua buah bangunan lama di Pusat Latihan Asas Darat (PUSASDA) telah diubahsuai untuk dijadikan muzium ini. Muzium ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 28 Jun 2005.


Armoured Wickham Trolley yang pernah digunakan semasa Darurat.

Muzium ini mengandungi 2 buah bangunan yang dibahagikan kepada beberapa tema mengikut evolusi tentera darat.

Ruang pameran artileri moden.

Persenjataan zaman penjajahan Portugis

Senjata Belana semasa di Melaka

Ruangan zaman kolonial British.

Alat penderaan semasa pendudukan tentera Jepun, Perang Dunia ke-2

Menjana elektrik dengan basikal pada zaman pendudukan Jepun

Galeri mempamer sejarah awal Rejimen Askar Melayu Diraja

Replika terowong pengganas komunis di sempadan Thai

Senjata rampasan dari gerila komunis

Bilik mesyuarat didalam terowong

Bilik rawatan

Lain-lain galeri

Daimler, Veteran Perang Dunia ke-2

Universal Carrier/Bren Carrier Perang Dunia ke-2

Barisan kenderaan armor yang pernah digunakan

Commando V-150 yang diserang hendap gerila komunis di Kroh, 1979 mengorbankan 3 krew.


Pesawat-pesawat dari TUDM turut dipamerkan.

Helikopter Alouette III

Jet TUDM jenis A-4PTM Skyhawk

Contoh pondok (shelter) jangkamasa sementara dalam kampung ikhtiar hidup

Contoh pondok / tempat perindungan untuk jangkamasa seminggu

 Jet TUDM CL-41G Tebuan





Kredit:

http://www.oocities.org/rcda_sg/Pages/bosmalay4.html

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2009/06/23/royal-malay-regiment-should-be-the-national-icon/

http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Army

No comments:

Post a Comment