Thursday, 18 September 2014

Royal Malaysian Navy - "Scorpene" Class SSK submarine / Kapal Selam Scorpene

Semenjak tahun 1985, Tentera Laut Diraja Malaysia telah menghantar pegawai-pegawai ke Australia, Perancis, Jerman, Pakistan, Sweden dan Turkey untuk mendapatkan pengalaman dalam pengendalian operasi kapal selam. Bagaimanapun pemilikan aset kapal selam tertangguh kerana masalah kewangan, sehinggalah pada tahun 2003 kontrak ditandatangani dengan DCNS (Direction des Constructions Navales Services) bagi membekalkan 2 buah kapal selam jenis Scorpene SSK. DCNS berjaya menewaskan gabungan Jerman-Turkey (HDW - Ferrostaal) dan firma Belanda (RDM Submarines).

Scorpene TLDM telah dibina secara kerjasama antara DCNS dan Navantia (Sepanyol) dengan kapal pertama dipasang di Cherbourg, Perancis manakala kapal yang kedua di Cartagena, Sepanyol.







Ecole de Formation Sous-marine (EFSM - atau dalam bahasa Melayu - Sekolah Latihan Kapal Selam) yang terletak di Brest bertanggungjawab melatih pegawai dan krew kapal selam TLDM. Ia mula menerima kemasukan 6 pelatih dari TLDM pada 30 Januari 2005. Kumpulan seramai 70 pelatih pula tiba pada bulan Mac dan kumpulan kedua tiba pada Oktober 2005 bagi mencukupkan 156 pelatih kesemuanya. Selain menerima latihan teori, pelatih-pelatih ini juga menerima latihan praktikal didalam kapal selam Ouessant. Disini, setiap pelatih baru ditemani seorang krew senior untuk ditunjuk ajar. Proses pembelajaran di EFSM adalah mengikut standard latihan tentera laut Perancis (Marine Nationale) dan diluluskan oleh Pegawai Memerintah Angkatan Strategik Kapal Selam dan Laut Perancis (ALFOST)

Brest, Perancis

Sebahagian pegawai dan anggota yang menghadiri EFSM di Brest, Perancis. Foto: Utusan Online

S623 Ouessant (kelas Agosta 70) berkhidmat didalam Tentera Laut Perancis dari 1978 - 2001. Digunakan sebagai kapal selam latihan TLDM dari 2005 - 2009. Kini dijadikan muzium di Melaka.

Kapal selam pertama KD TAR telah tiba di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah pada 3 September 2009, selepas mengambil masa pelayaran selama 55 hari dari Toulon, Perancis yang bermula pada 11 Julai 2009. Pelayaran ini merentasi 6000 batu nautika dan membuat persinggahan di 3 pelabuhan - Jeddah, Djibouti dan Cochin. Ia diketuai oleh Komander Zulhelmy Ithnain.


Pemakaian pangkat Kepten kepada Pegawai Memerintah Zulhelmy Ithnain oleh Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kanan) dan timbalannya, Laksamana Madya Datuk Moham-med Noordin Ali (kiri) dalam satu upacara di Pangkalan TLDM Sepanggar.

KD Tun Razak pula dibawa pulang pada 30 April 2010 dan tiba di Malaysia pada 2 Julai 2010, di pangkalan TLDM Lumut. Pelayaran mengambil masa 64 hari dengan merentasi 7,283 batu nautika (13, 488 kilometer). KD Tun Razak membuat 85% selaman bersamaan 40 hari dari jumlah 47 hari semasa berada dilaut, dan juga singgah untuk ulang bekal di Iskandariah (Mesir), Jeddah (Arab Saudi), Salalah (Oman) dan Cochin (India).

Skuadron Kapal Selam Kelas "Perdana Menteri" (Sorpene)
  • KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak
  • Kapal selam penyerang konvensional (SSK) 
  • Buatan - Firma DCNS, Perancis
  • Ditauliah - 2009
  • Berat/sesaran - 1700 tan
  • Panjang - 67.5 meter
  • Draf kedalaman - 5.4 meter
  • Propulsi - 2 x diesel 1250kw setiap satu
  • Kelajuan - 20 knots
  • Persenjataan - 6 x tiub torpedo 533mm /21 inci (untuk 18 torpedo Black Shark atau SM39 Exocet peluru berpandu anti kapal, atau 30 periuk api)
  • Penderia - sistem tempur SUBTICS dan sonar aktif dan pasif
  • Krew - 31
Lain-lain pengguna Scorpene:
  1. Chile
    • SS-22 Carrera & SS-23 O'Higgins ditauliahkan 2005 dan 2006
  2. India
    • S50 INS Kalvari & S51 INS Khanderi dijangka tauliah 2016 dan 2017
    • S52, S53, S54, S55 belum lagi dinamakan - jangkaan siap berperingkat dari 2018 hingga 2022
  3. Brazil
    • S40 Riachuelo, S41 Humaita, S42 Tonelero, S43 Angostura. S40 dan S41 dijangka siap 2015-2016

Lambang KD TAR


Hanya untuk "submariners"








Contoh SUBTICS

Video bagaimana sistem SUBTICS berfungsi

KD TAR

KD Tun Razak tiba di Pangkalan TLDM, Teluk Sepanggar, Sabah

Foto lawatan ke Hari Terbuka TLDM 2014






Rujukan:





No comments:

Post a Comment