Saturday, 13 September 2014

40th Commando Royal Marines and its role in Gerakhas establishment 1965 / Rejimen Gerak Khas

Royal Marines (RM) mula ditubuhkan sebagai pasukan infantri Royal Navy pada tahun 1755. Royal Marines adalah satu pasukan amfibi yang terdiri dari batalion-batalion komando (infantri ringan), yang kini diletakkan dibawah formasi 3 Commando Brigade, berserta dengan unit-unit sokongan armor, semboyan, artileri, lojistik dan juga pasukan elit SBS (Special Boat Service).


Beret dan lambang Royal Marines

Royal Marines di Chania, 1897

Semasa Perang Dunia Pertama pasukan ini terlibat dalam pendaratan di Gallipoli, 1915 manakala ketika Perang Dunia Ke-2, terdapat 9 batalion RM dengan formasi seperti berikut:
  • 1 Commando Brigade (Sicily, Normandy & Rhine)
    • No. 45 Commando Battalion
  • 2 Commando Brigade (Salerno, Anzio, Comacchio & Argenta Gap)
    • No. 40 Commando Battalion
    • No. 43 Commando Battalion
  • 3 Commando Brigade (Sicily & Burma)
    • No. 42 Commando Battalion
    • No. 44 Commando Battalion
  • 4 Commando Brigade (Normandy & Antwerp)
    • No. 41 Commando Battalion
    • No. 46 Commando Battalion
    • No. 47 Commando Battalion
    • No. 48 Commando Battalion


3 Commando Brigade

Anggota-anggota 4 Commando Brigade semasa Perang Dunia Pertama


Ketika kemuncak Perang Dunia ke-2, iaitu pada tahun 1944 Royal Marines mempunyai kekuatan seramai 70,000 anggota (termasuk pasukan sokongan) dan kemudian dikecilkan kepada 13,000 selepas tamatnya perang. Pada penghujung tahun 1960, Royal Marines hanya mempunyai 9,000 anggota. Statistik pada 1 Disember 2013, menunjukkan keanggotaan RM adalah seramai 8,430 (termasuk 700 simpanan) dan ia merupakan satu-satunya pasukan Marin di Eropah yang mampu menbuat operasi pendaratan amfibi pada kekuatan briged. RM juga pernah berkhidmat di Suez pada 1956 dan Perang Falklands 1982, Ireland Utara, Iraq dan Afghanistan.

Kini hanya 3 Commando Brigade dikekalkan dengan 40 Cdo, 42 Cdo, 45 Cdo berserta elemen-elemen sokongan.

RM mengendali tentera Argentina yang ditawan dalam Perang Falklands 1982

RM di Falklands 1982



Pakaian istiadat RM

Royal Marines pernah berkhidmat di Malaya/Malaysia seperti berikut:
  • 40 Commando RM - 1962 hingga 1971 di Singapura, Brunei, Sarawak, Sabah dan Johor
  • 42 Commando RM - 1950 hingga 1952 di Perak dan Johor dan 1962 hingga 1966 di Sabah & Sarawak semasa Konfrontasi
  • 45 Commando RM - 1950 hingga 1952 semasa Darurat (Tapah & Batu Gajah)
Gerakan-gerakan yang dijalankan:
  • 42 Cdo & 45 Cdo RM terlibat dalam gerakan-gerakan semasa Darurat 1948-60
  • HQ Company & D Company 40 Cdo RM bersama pasukan Gurkha terlibat dalam menumpaskan pemberontakan 4,000 Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) di Brunei pada 8 Disember 1962
  • Operation Claret (1963-1966) menentang tentera Indonesia di Sabah, Sarawak dan Kalimantan semasa Konfrontasi. Pada kemuncaknya 17,000 tentera Komanwel terlibat yang terdiri dari 2 x batalion RM, 15 x lain-lain batalion British, 1 x batalion Australia, 1 x batalion New Zealand dan 8 x batalion Gurkha serta Askar Melayu


RM semasa zaman Darurat di Malaya



Atas: RM di Limbang, 1963
Bawah: RM di Borneo





 Foto-foto diatas kredit kepada Edward & June Casey

40 Cdo RM  berpangkalan di Burma Camp, Ulu Tiram, Johor, manakala 42 Cdo RM di Singapura

RM rondaan sungai di Sabah

Royal Marines melatih kumpulan pertama Gerakhas

Pada tahun 1965, Kementerian Pertahanan telah meminta tentera darat dan tentera laut menghantar calon-calon sukarelawan untuk penubuhan pasukan khas komando. Pada 25 February 1965, bertempat di Kem Majidee, Johor Bahru, 40 Commando RM telah mengedalikan pemilihan daripada 300 sukarelawan hanya 15 sahaja terpilih untuk menjalani kursus asas selama 6 minggu. Bagaimanapun hanya 12 menamatkan kursus, dan mereka terdiri dari 4 pegawai serta 8 anggota lain-lain pangkat:
  1. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (bersara Kolonel)
  2. Lt. Mohd Ramli bin Ismail (bersara Mejar Jeneral)
  3. Lt. M Ghazali bin Ibrahim (bersara Mejar Jeneral)
  4. Lt. M Hussin bin Awang Senik (bersara Kolonel)
  5. Staf Sarjan Zakaria bin Adas
  6. Sarjan Ariffin bin Mohamad
  7. Sarjan Anuar bin Talib
  8. Sarjan Yahya bin Darus
  9. Koperal Silva Dorai
  10. Koperal Moo Kee Fah
  11. L/Kpl Johari bin Haji Mohd Siraj
  12. L/Klp Sabri bin Ahmad
Kesemua mereka menjadi nukleus kepada pasukan komando pada mulanya dikenali sebagai Malaysian Special Service Unit (MSSU). Dengan bantuan jurulatih dari 40 Cdo RM, MSSU mengendalikan lagi 6 kursus asas komando.

Pada 1 Ogos 1970, 1 RGKM (Rejimen Gerak Khas Malaysia) telah ditubuhkan di Kem Sungai Udang, Melaka. Pada Januari 1981, Markas Grup Gerak Khas ditubuhkan di Kem Imphal, Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Markas Briged kepada 3 rejimen Gerak Khas. Grup Gerak Khas kemudian dinamakan 21 Gerup Gerak Khas sebagai formasi briged.


21 Gerup Gerak Khas kini berpangkalan di Kem Iskandar, Mersing, Johor dan terdiri dari:
  • 11 Rejimen Gerak Khas - terdiri dari 4 x Squadron yang merupakan unit anti-keganasan. Mendapat latihan dari 22 SAS dan Green Beret. Calon-calon yang hendak menyertai 11 RGK mestilah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 6 tahun dalam Rejimen Komando
  • 21 Komando - pakar dalam peperangan bukan konvensional, tinjauan jarak jauh, risikan tempur, misi sabotaj, anti gerila.
  • 22 Komando - fungsi sama seperti 21 Komando
Lambang Gerakhas - pemakaian beret hijau dan lanyard biru sama seperti Royal Marines




Foto bawah: 40 Commando RM menjalani latihan hutan di Malaysia






Rujukan:

2 comments:

  1. maaf senarai nama MSSU yang berjaya latihan di kem majidee ini tidak tepat. mohon jalankan kajian lebih terperinci. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih....mohon diperbetulkan tuan. Boleh kongsi info yg betul?

      Delete