Saturday, 4 October 2014

PKI / communist coup attempt in Indonesia - Part 2 - General A. H. Nasution

Ini adalah sambungan kepada artikel penculikan dan pembunuhan 6 orang jeneral Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD). Latarbelakang tragedi ini boleh rujuk disini.

Jeneral Abdul Haris Nasution dilahirkan di Kotanopan, Sumatera Utara pada 3 Disember 1918 dan meninggal dunia di Jakarta pada 6 September 2000, di usia 81 tahun. Beliau merupakan salah satu tokoh sasaran dalam Gerakan 30 September (G30S), walaubagaimanapun, beliau terselamat tetapi peristiwa tersebut telah meragut nyawa anak bongsunya, Ade Irma Suryani Nasution yang berusia 5 tahun ketika itu serta Leftenan Satu Pierre Tandean yang juga merupakan Adjutant kepada Jen. A. H. Nasution.


Jen. Ahmad Haris Nasution, tokoh pemikir didalam TNI yang merencanakan banyak pembaharuan



Rumah Jen. Nasution terletak di No. 40, Jalan Teuku Omar, Pada subuh 1 Oktober 1965, Pasukan G30S yang dipimpin oleh Lt. Arief terdiri daripada 4 buah trak dan 2 kenderaan tentera telah tiba diperkarangan rumah tersebut pada kira-kira jam 4 pagi. Pengawal yang berada di Pos Kawalan tidak mencurigai apa-apa akan kehadiran pasukan Cakrabirawa (Pengawal Presiden) tersebut. Pos Kawalan itu diketuai oleh Sarjan Iskaq, manakala sebuah lagi pondok berasingan terdapat beberapa pengawal dan Lt. Pierre Tendean.

Lt. Pierre Tendean terkorban ketika berusia 26 tahun

Lt. Arief dan anggota Cakrabirawa bertindak pantas menawan kesemua pengawal. Kira-kira 15 daripada mereka telah masuk ke dalam rumah. Isteri Nasution terdengar pintu dibuka dengan paksa, sedang dia membuka pintu bilik tidurnya untuk keluar memriksa, dia ternampak anggota Cakrabirawa sedang mengacu senjata ke arahnya. Dia menutup pintu kembali sambil menjerit memberitahu Jen. Nasution akan kehadiran pasukan tentera. Jen. Nasution ditembak setelah membuka pintu, tetapi dia terselamat dengan mengelak dan mencampakkan dirinya ke lantai. Isterinya sempat menghempaskan dan mengunci pintu. Dari luar bilik, anggota Cakrabirawa melepaskan tembakan ke pintu bilik itu. Jen. Nasution keluar mengikut pintu belakang dan lari kehalaman sebelum memanjat tembok dan terjun ke kawasan Kedutaan Iraq. Dia bersembunyi disitu kerana patah pergelangan kakinya ketika melompat tembok tersebut.

Pasukan Cakrabirawa yang kini dikenali sebagai Paspampres

Mardiah, adik Jen. Nasution apabila terdengar bunyi tembakan, terus ke bilik Irma dan cuba membawa Irma ke tempat selamat. Ketika berlari sambil memeluk Irma, anggota Cakrabirawa melepaskan tembakan, 3 butir peluru mengenai punggung Irma. Setelah menangkap Lt. Tandean, pasukan Cakrabirawa membawanya ke Lubang Buaya.

Jen. Nasution bersembunyi sehingga jam 6 pagi dan kemudian balik kerumahnya dan meminta dihantarkan ke Departemen Pertahanan dan Keamanan. Beliau kemudian menghubungi Soeharto memberitahu yang dia terselamat, setelah mendapat tahu yang Soeharto mengambil alih pemerintahan tentera darat beliau mengarahkan Soeharto menghubungi Panglima Angkatan Laut, Komandan Korps Marinir dan Kepala Kepolisian. Hanya Panglima Angkatan Udara, Omar Dhani tidak dihubungi kerana beliau dicurigai setelah menunjukkan simpati kepada golongan komunis sebelumnya. Jen. Nasution tiba di markas Kostrad (Komando Cadangan Strategis Angkatan Darat - Army Strategic Reserve Command) pada jam 6 petang, dan disitulah baru dia mendapat rawatan untuk pergelangan kakinya yang patah. Soeharto mula mengerahkan pasukan Sarwo Edhie Wibowo (komandan RPKAD - Resimen Para Komando Angkatan Darat) untuk mengawal keadaan di Jakarta dan ancaman Gerakan 30 September.

Jen. Nasution ketika berada di KOSTRAD

Sarwo Edhie Wibowo bersama pasukannya RPKAD banyak berjasa dalam menghapuskan ancaman komunis. RPKAD kini dikenali sebagai Kopassus.

Jen. Nasution berucap semasa pengkebumian jenazah-jenazah mangsa Gerakan 30 September

Foto-foto lawatan ke Museum Sasmitaloka Jenderal Besar Dr. A.H. Nasution



Pintu masuk utama

Ruang tamu

Ruang kerja

Ruang tamu

Pandangan dari pintu hadapan. Bilik tidur disebelah kanan.

Pandangan dari belakang. Lihat kesan tembakan dipintu.

Pandangan dari dalam bilik tidur ketika Cakrabirawa cuba memcah masuk.

Jen. Nasution cuba memanjat tembok menyelamatkan diri


Anak bongsu Jen. Nasution ditembak dipunggung sebanyak 3 das

Senjata yang digunakan dalam peristiwa itu dan koleksi peribadi Jen. Nasution

Senjata yang dihadapan sekali digunakan untuk menembak Irma

Cakrabirawa menyoal isteri Jen. Nasution semasa dia menelefon hospital

Barang-barang milik Irma

Kereta yg pernah digunakan oleh Jen. Nasution

Lt. Tandean ditangkap






No comments:

Post a Comment