Tuesday 24 July 2018

RMAF to join Pitch Black Exercise 2018

Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) akan menyertai Eksesais Pitch Black 2018 di Darwin, Australia pada 27 Julai 2018 hingga 17 Ogos 2018.

TUDM mengambil bahagian dalam eksesais Pitch Black buat pertama kalinya pada tahun 2008. Ketika itu, 6 x F/A-18D Hornet dari Skuadron No. 18 dan 1 x kapal tangki pengisi minyak diudara KC-130H dari Skuadron No. 20 bersama dengan lebih 100 pegawai dan anggota terlibat dalam eksesais tersebut.

Pada tahun ini, seramai 40 pegawai dan 78 anggota TUDM terlibat. Pesawat yang terlibat pula adalah 5 x F/A-18D Hornet dari Skuadron No. 18 dan 1 x pesawat A400M dari Skuadron No. 22. Kolonel Koey tan Chai TUDM, pegawai memerintah No. 18 Skuadron akan menjadi Komander Detasmen semasa berada di darwin nanti.








Eksesais dwi-tahunan ini akan dilaksanakan selama 3 minggu, merupakan eksesais gabungan yang membabitkan penglibatan dari pelbagai negara, dan dikendalikan secara berpusat di pengkalan udara RAAF Darwin dan Tindal.

Eksesais ini meliputi skala latihan berspektrum penuh yang menampilkan pelbagai ancaman realistik dan simulasi yang boleh ditemui dalam persekitaran ruang pertempuran moden dan merupakan peluang untuk menguji dan meningkatkan daya integrasi serta mempertingkatkan persepaduan diantara angkatan, menggunakan salah satu kawasan ruang latihan udara terbesar didunia, iaitu, Kawasan Latihan Bradshaw dan Lapangan Senjata Udara Delamere.

Latihan ini biasanya disertai seramai 2,500 peserta dan 138 pesawat dari seluruh pelusuk dunia, termasuk peserta dari Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Indonesia, Malaysia, Belanda, New Zealand, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.








Penglibatan TUDM dalam eksesais berskala besar ini secara tidak langsung dapat memberikan pengetahuan baru dari segi perancangan dan perlaksanaan eksesais yang penuh mencabar ini. Pelbagai pengalaman dan pengajaran yang mampu dicapai mealui penglibatan di dalam pelbagai situasi pesawat pejuang yang melaksanakan peranan "ait to air and air to ground roles" seperti Fighter Sweep, Screen, Escort, Strike, Close Air Support dan lain - lain peranan.

Perlaksanaan Eksesais Pitch Black ini mengiktiraf hubungan baik negara Australia dengan negara - negara lain yang menyertainya, serta menempatkan nilai yang sangat tinggi terhadap keselamatan serantau dan memupuk hubungan yang lebih dekat di seluruh negara rantau Asia Pasifik.







Majlis penghantara pada hari ini telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara, YBhg Lt. Gen. Dato' Sri Haji Abdul Mutalib bin Datuk Haji Ab Wahab TUDM. Turut hadir pada majlis ini adalah Komander Pangkalan Udara Butterworth, pegawai - pegawai kanan TUDM serta pegawai - pegawai TUDM.





1 comment: