Panji - panji Tentera.
Pada zaman dahulu, panji - panji tentera menandakan
kedudukan komander perang dan juga merupakan markas serta tempat berkumpul
anggota tentera. Ia mula digunakan semasa zaman Mesir purba, kira2 5,000 tahun
dahulu. Setiap rejimen atau unit memiliki panji - panjinya sendiri. Semasa
pertempuran, rejimen - rejimen ini dapat megekalkan formasi mereka dgn para
anggota menjadikan kedudukan panji - panji sebagai panduan. Dalam bahasa
inggeris, panji - panji ini dipanggil "colours" manakala bendera yg
lebih kecil dipanggil "guidon", asal dari perkataan Perancis
"guyde homme" (the guide man).
Panji - panji rejimen biasanya dianugerahkan oleh kepala
negara, jika mengikut tradisi tentera British, dianugerahkan oleh Ratu (Queen).
Panji - panji ini biasanya mempunyai jahitan "battle honours"
(penghormatan tempur) yang merupakan simbol pencapaian rejimen tersebut. Panji
- panji ini jarang sekali dimusnahkan, jika didapati terlalu lama, ia akan
digantikan dengan yg baru dgn penuh istiadat. Hanya dalam keadaan tertentu,
seperti mengelakkan ia jatuh ke tangan musuh, barulah panji - panji akan
dimusnahkan.
Saya ambil petikan dari artikel BTDM.
"Jika kita lihat dari perspektif sejarah peperangan
Islam, sewaktu berlaku Peperangan Uhud, Mus’ab Umair ditugaskan memegang
Panji-Panji Islam. Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah
menyerbu ke arah Mus’ab Umair dan melibas tangan kananya yang memegang
Panji-Panji Islam. Mus’ab Umair menyambut Panji-Panji itu dan memegang dengan
tangan kiri. Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kiri Mu’sab Umair
dan beliau terus menyambut dan memeluk Panji-Panji itu dengan kedua-dua
lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka
gugurlah Mus’ab Umair sebagai syuhada’ Uhud. Demikianlah kisah bagaimana Mus’ab
Umair mempertahankan kesucian Panji-Panji Islam ketika itu.
Perkataan Panji-panji berasal daripada bendera yang
digunakan oleh sesuatu ketumbukan angkatan tentera pada zaman dahulu. Tujuan
bendera yang berwarna-warni dibawa ke medan perang adalah sebagai lambang
kekuatan dan kuasa raja bagi sesuatu pasukan/ketumbukan dan juga sebagai tanda
kedudukan ketua atau panglima perang yang menguasai sesuatu ketumbukan.
Panji-Panji amat penting bagi mereka untuk mengenal pasukan mereka sebagai
penanda, perangsang dan pembakar semangat kepada semua peringkat anggota yang
berada di dalam medan perang. Panji-Panji ini akan sentiasa dipertahankan
sehingga titisan darah terakhir dan tiada perbuatan yang lebih hina kepada
sesuatu pasukan tentera dari membiarkan Panji-Panji itu jatuh ke tangan
musuh."
Menurut tradisi tentera British:
- panji2 rejimen (saiz standard atau guidon) digunakan dalam
semua perbarisan rasmi, tetapi panji2 Ratu hanya diarak pada masa - masa
tertentu
- panji2 harus diberi penghormatan tabik hormat, kecuali
panji2 yg disimpan khas
- dalam perarakkan, panji2 dibawa oleh subaltern atau
pegawai waran, bergantung pada rejimen tertentu. Ia biasanya diiringi oleh
"colour party" terdiri dari NCO atau Colour Sergeants
- kebiasaannya setiap rejimen akan menyimpan di dalam kotak
khas jika panji2 ini tidak digunakan
- panji2 lama yg telah digantikan dgn yang baru biasanya
disimpan utk dipamerkan spt di muzium atau tempat bersesuaian yg dikenalpastim
oleh rejimen.
Apa yg menarik, ada rejimen tentera Gurkha yg menggunakan
"truncheon" (belantan) sebagai ganti kepada panji2. Asalnya hanya The
Sirmoor Battalion (2nd King Edward VII's Own Gurkha Rifles) yg menggunakan
truncheon ini. Ia telah dianugerahkan oleh Ratu atas kejayaan mengekang
pemberontakan tentera India pada tahun 1857. Rejimen ini kekal menggunakannya
sehingga tahun 1994 (rejimen Gurkha lain mempunyai panji -panji mereka
sendiri). Bagaimanapun setelah penggabungan kesemua tiga rejimen gurkha dibawah
satu rejimen yg dikenali sebagai Royal Gurkha Rifles, rejimen ini telah
mengambil alih (meminjam) penggunaan truncheon itu dari The Sirmoor Battalion.
Tentera elit Sepanyol, Spanish Legion juga telah manamakan
formasi batalion mereka sebagai Bandera (banner). Saya tak ingat samada unit
ini atau batalion "Regulares" yg masih menyimpan panji2 tentera Islam
yg mereka tewaskan di Morocco (Maghribi).
Sekali lagi, menurut artikel BTDM.
"Di dalam Angkatan Tentera Panji-Panji dikurniakan
kepada sesebuah rejimen sebagai penghargaan kepada perkhidmatan dan
kesetiaannya kepada Raja dan Negara. Atas kepercayaan dan kecemerlangan sebagai
sebuah Batalion yang ulung dalam Tentera Darat (TD), Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD) dianugerahkan Gelaran Diraja pada 1 Mac 1958 dan diberi
Panji-Panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
pada 23 Mac 1963. Disamping pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan TD dalam
menjalankan tugas operasi Rejimen Renjer Diraja juga dianugerahkan gelaran
Diraja pada 3 Mac 1992 dan dianugerahkan Panji-panji Diraja pada tarikh yang
sama berlainan dengan lain-lain kor dalam TD. Kor Armor Diraja (KAD) merupakan
kor pertama dalam TD telah menerima gelaran Diraja pada 23 Mac 1963 diatas
penglibatan KAD dalam menjalankan operasi tidak kira di tanah air sendiri
mahupun dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kor Armor Diraja telah
dianugerahkan Panji-panji Diraja pada 20 Mei 1972.
Panji-Panji Rejimen pula dianugerahkan kepada sesebuah
rejimen/pasukan dari ketiga-tiga Perkhidmatan oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong atau salah seorang dari Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Melayu sebagai wakil baginda. Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong mempunyai tempat yang lebih utama daripada Panji-Panji Rejimen dan
Panji-Panji Rejimen mempunyai lambang rejimen/kor yang disulam di tengah-tengah
dan rakaman penghormatan tempur disulam di kiri dan kanan lambang Rejimen/Kor
berkenaan. Pengenalan di antara satu pasukan dengan pasukan yang lain melalui
angka yang disulam di bahagian penjuru atas kiri menggunakan nombor Arabic.
Panji-Panji Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Renjer Diraja berwarna
hijau gelap sebagai warna dasar manakala Panji-Panji Rejimen/Kor yang lain
berwarna biru sebagai warna dasar dan antara Rejimen yang terkini menerima
Panji-Panji ialah 71 RSD, MK RAJD 2 Div dan 1 RAD."
Perbarisan Penganugerahan "Battle Honour" DAULAT
FEB 2013 kepada Panji - Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan
Panji - Panji Rejimen.
Perbarisan ini telah diadakan di Padang Merdeka,
Kota Kinabalu, Sabah pada 11 Ogos 2017 yang melibatkan seramai 2000 pegawai dan
anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Ia disempurnakan oleh Yang Berhormat
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Perbarisan
Penganugerahan ini adalah bersempena insiden berdarah pencerobohan Lahad Datu pada 11 Feb 2013 yang
melibatkan pasukan keselamatan dalam melaksanakan OP DAULAT demi mempertahankan
kedaulatan dan keselamatan negara tercinta. Turut hadir adalah YAB Datuk Seri
Mohd Johari bin Haji Baharom, Tim. Menteri Pertahanan, YM Jen, Tan Sri Raja
Mohamed Affandi bin Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera, YB Dato' Sri Abdul
Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima -
panglima perkhidmatan, Ahli - ahli Yang Berhormat Negeri Sabah, Pegawai -
pegawai kanan ATM dan PDRM.
Konsep Perbarisan adalah merangkumi gabungan Istiadat dan
Tempur. Perbarisan secara statik melibatkan 6 kontinjen Tempur terdiri dari 2
Kontinjen Tentera Darat, 2 Kontinjen Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 2
Kontinjen Tentera Udara Diraja Malaysia serta 3 kontinjen istiadat. Pegawai
Perbarisan diketuai oleh Lt. Kol. Azmi bin Ali, Pegawai Memerintah (CO)
Batalion 20 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja), dibantu oleh Lt. Kdr. Sabar bin
Mazlan TLDM dari Pusat Latihan Kapal Selam Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar dan
Ajutan Perbarisan adalah Kapt. Mohamad Zulkarnain bin Mohd Johari TUDM dari
Pangkalan Udara Labuan serta Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW1 Amir
bin Hamzah dari Batalion 13 RAMD. Perbarisan ini diiringi oleh Pancaragan Pusat
TUDM dan Pancaragam Gabungan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat di bawah
pimpinan Mej. Mohd Salleh bin Wahab TUDM. Setiap detasmen terdiri dari 200
anggota Lain - lain Pangkat (LLP) dan diketuai oleh Mej. Mohd Khairi bin Abdl
Kabir bagi TDM, Lt. Kdr. Neoh Chee Seong TLDM bagi TLDM, manakala Mej. Aizzam
bin Shaari TUDM mengetuai detasmen TUDM.
Kontinjen Istiadat terdiri daripada 3 kontinjen iaitu TDM,
TLDM dan TUDM diketuai oleh Lt. Kol. Haji Mohd Shauari bin Mat Piah. Antara
pasukan yang telah mempunyai Panji - panji dan menerima penganugerahan mengikut
perkhidmatan adalah seperti berikut:
Tentera Darat Malaysia (12 pasukan):
3 RAMD
4 RAMD
7 RAMD
9 RAMD (Para)
17 RAMD (Para)
21 RAMD
3 RRD
7 RRD (Mekanis)
8 RRD (Mekanis)
9 RRD
4 KAD
1 RAD
3 pasukan dari TLDM:
KD SRI SEMPORNA
KD RAJAWALI
KD PANGLIMA HITAM
9 pasukan dari TUDM:
No. 1 Skuadron
No. 5 Skuadron
No. 6 Skuadron
No. 7 Skuadron
No. 14 Skuadron
No. 16 Skuadron
No. 18 Skuadron
No. 20 Skuadron
Rejimen TUDM
Seramai 60 orang anggota ATM dikurniakan Pingat Kedaulatan
Negara (PKN) di atas penglibatan secara langsung sewaktu operasi ini.
Persembahan pentomin yang mengisahkan pertempuran yang telah
berlaku di Kampung Tanduo, Tanjung Labian dan Tanjung Batu telah menggamit lagi
suasana perbarisan pada malam itu. Persembahan diketuai oleh Kol. Adi Ridzwan
bin Abdullah dan dibantu oleh Mej. Mohd Noor bin Ishak juga melibatkan seorang
pegawai dan 87 anggota LLP.
No comments:
Post a Comment