Anak kepada salah seorang anggota polis di dalam peristiwa itu, Osman bin Mohd Yusof, yang kini berusia 72 tahun menceritakan, beliau masih ingat peristiwa tersebut yang mengorbankan ibunya. Pada ketika itu beliau baru berusia 3 tahun. Menurutnya, ketika sedang makan malam bersama keluarga, mereka terdengar bunyi tembak menembak datangnya dari arah balai polis. Tanpa berlengah, ayahnya mencapai senjata Bren Gun bergegas menuju ke balai. Ibunya, Mahani Konel, yang sarat mengandung ketika itu segera sembunyikan Osman dan abangnya sambil menyuruh mereka diam.
Suasana ketika itu sangat tegang, berdasarkan jumlah tembakan yang didengar, pengganas komunis datang dalam jumlah yang besar. Menyedari anggota polis kekurangan anggota, ibunya lantas mencapai senapang dan cuba mencari Mohd Yusof. Malangnya semasa dalam perjalanan ke balai, ibunya terserempak dengan pengganas komunis lalu ditembak. Setelah menunggu seketika, Osman bercadang mencari ibunya yang tidak pulang dan menemui mayat ibunya yang berlumuran darah.
Serangan itu berlanjutan selama 2 jam dan komunis berundur ketika azan subuh. Sebelum serangan itu, komunis telah menutup jalan utama di pekan bagi menyekat perhubungan balai dengan pihak luar. Mereka turut menyerang dan menterbalikkan keretapi yang membawa anggota polis yang cuba memberikan bantuan, kerana telah menjangka bantuan dari Balai Polis Mentakab di Tanjong Kubu akan tiba melalui jalan keretapi. Sebelum itu, pengganas komunis turut membunuh seorang isteri anggota polis yang sedang hamil lima bulan.
Berbalik kepada sambutan Hari Pahlawan 2015, selain, pementasan kisah serangan ke atas Balai Polis Kuala Krau, sebuah lagi persembahan adalah berkaitan Allahyarham ASP Mohd Zabri Abdul Hamid, pegawai platun Komando 69 yang terkorban semasa Operasi Bamboo II di Sungai Siput pada tahun 1975.
Lain-lain gambar semasa sambutan Hari Pahlawan
Saya dah tgok lakonan semula. cukup menyayat hati seksta balai kuala kurau bukan tu je saya sedih teringat pesanan arwah ASP Zabri sebelum mati. tapi sayangnya kalau generasi muda tidak menghargai jasa pahlawan terdahulu mereka asyik menagungkan komunis yang digelar Hero.
ReplyDeletememang terasa nak menitis airmata menonton pentomin tersebut....tapi tahan jugaklah
DeletePatut dinyatakan juga cerita ASP Zabri dalam Ops Bamboo... Ramai yang tak tahu
ReplyDeletesetuju
DeleteVAT69 punya sejarah perjuangan awal