Kapal friget Ertugrul (link) milik tentera laut Turki Ottoman
memulakan pelayaran dari Konstantinopel ke Jepun pada 14 Julai 1889. Kapal ini
direncanakan akan melalui Marmaris, kemudian menyelusuri Terusan Suez, melawat
Aden (Yaman) dan Somalia sebelum berhenti di Riyadh. Perjalanan diteruskan
hingga ke Pondicherry dan Calcutta (India), melalui Selat Melaka dan terus ke
Saigon.
Ertugrul juga singgah di Hong Kong dan Shanghai, sebelum destinasi
terakhir di Yokohama, Jepun. Kapal ini
tiba di Yokohama pada 7 June 1890 selepas mengharungi pelayaran selama 11
bulan. Semasa dalam pelayaran, kapal ini mengalami dua kali kerosakan, dan
dibaiki semasa berada di Terusan Suez dan Singapura.
Foto sumber Wikipedia
Semasa di Jepun, mereka diberi sambutan hangat oleh Maharaja
Meiji dan Putera Yoshihito Haru. Mereka berada di Jepun selama tiga bulan.
Ertugrul meninggalkan Yokohama pada 15 September 1890, dan dilanda ribut pada
keesokkannya. Kira-kira 533 pegawai dan anak kapal terkorban, termasuklah
Laksamana Ali Osman Pasha. Hanya enam pegawai dan 63 pelaut terselamat, dan
mereka dihantar pulang ke Konstantinopel oleh dua buah kapal tentera laut
Jepun, Kongo dan Hiei pada Oktober 1890.
Bagi memperingati ulangtahun ke-125 pelayaran bersejarah ini, TCG Gediz (F-495) (link) melakukan pelayaran ke Jepun yang akan mengambil masa selama empat bulan. Disamping itu, ia akan melawat 14 buah negara. Pelayaran bermula 1 April 2015 hingga 31 Julai 2015. TCG Gediz diketuai oleh Commander Yusuf Kocaman membawa bersama 216 pegawai dan anak kapal. Ia akan berlabuh di Boustead Cruise Center, Pelabuhan Kelang dari 3 Mei 2015 hingga 5 Mei 2015.
TCG
Gediz adalah sebuah kapal bekas tentera laut Amerika. Kapal ini ditauliah
sebagai USS John Anderson Moore (FFG-19) dari tahun 1981 hingga 2000, sebelum
diserahkan kepada tentera laut Turki, dan ditauliahkan sebagai TCG Gediz (F
495). Ia dinamakan sempena nama Sungai Gediz di Turki.
Kapal ini adalah dari kelas Oliver Hazard Perry (link) buatan
Amerika Syarikat, dan dikenali sebagai Kelas G (Gabya) dalam perkhidmatan tentera
laut Turki. Terdapat lapan buah kapal
dalam kelas ini:
- F 490 TCG Gaziantep (ex-USS Clifton Sprague FFG-16)
- F 491 TCG Giresun (ex-USS Antrim FFG-20)
- F 492 TCG Gemlik (ex-USS Flatley FFG-21)
- F 493 TCG Gelibolu (ex-USS Reid FFG-30)
- F 494 TCG Gokceada (ex-USS Mahlon S. Tisdale FFG-27)
- F 495 TCG Gediz (ex-USS John A. Moore FFG-19)
- F 496 TCG Gokova (ex-USS Samuel Eliot Morison FFG-13)
- F 497 TCG Goksu (ex-USS Estocin FFG-15)
Kesemua 8 buah kapal ini telah menjalani modernisasi termasuk
pemasangan sistem pengurusan tempur digital GENESIS yang direka oleh
firma-firma Turki. Kapal pertama yang telah dipertingkat dengan GENESIS ini
siap pada tahun 2007 dan yang terakhir siap pada tahun 2011. Selain itu,
program modernisasi juga melibatkan penambahan ESSM (Evolved Sea Sparrow
Missile), pemasangan radar baru dan sonar jarak jauh. Modifikasi juga dilakukan
bagi membolehkan kapal ini membawa helicopter S-70B Seahawk.
FFG 7 Oliver Hazard Perry (www.usmilitaryart.com)
Modernisasi oleh Australia (Kelas Adeilade) - www.defenseindustrydaily.com
Sebanyak 71 buah kapal dari kelas Oliver Hazard Perry telah
dibina antara tahun 1975 hingga 2004 dan digunakan oleh sembilan Negara berikut
– USA, Australia, Bahrain, Taiwan, Mesir, Pakistan, Poland, Sepanyol dan Turki.
TCG Gediz di Port Klang
Majlis resepsi yang diadakan turut dihadiri oleh Duta Turki ke Malaysia, Basak Turkoglu, Timbalan Panglima TLDM, Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad Badaruddin dan para atase pertahanan.
No comments:
Post a Comment