Sunday 15 March 2015

First Unit of Airbus A400M for Royal Malaysian Air Force arrived Subang Airbase.

Pesawat pertama jenis A400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini disambut dengan rasminya oleh Panglima TUDM dan para pegawai kanannya. Persetujuan membeli sebanyak 4 buah pesawat ini telah dimeterai dengan Airbus Defence & Space (ADS) pada 8 Disember 2005. Pembelian ini juga menjadikan Malaysia mendapat manfaat sebagai rakan program pembangunan rangkaian pesawat A400M. Selain itu, Malaysia adalah negara pertama diluar Eropah yang mengoperasikan pesawat ini. Malaysia adalah negara kelima yang telah menerima pesawat ini selain France, Germany, Turkey dan United Kingdom.

Pesawat ini diterbangkan oleh Lt. Kol. Masro bin Kaliwon TUDM dengan dibantu oleh 3 orang juruterbang dan 4 orang Kuartermaster Udara. Pesawat ini berlepas dari Seville, Sepanyol pada 12 Mac 2015, jam 10.45 pagi waktu tempatan. Tiga buah lagi pesawat akan tiba secara berperingkat, dimana dua buah pesawat akan tiba pada tahun ini, dan pesawat keempat akan diterima pada suku pertama tahun 2016.

Pesawat ini berperanan sebagai "Force Enhancement" yang berupaya untuk mempertingkat keupayaan TUDM dan Angkatan Temtera Malaysia (ATM) dalam operasi Strategic Airlift dan Tactical Airlift. A400M ini mempunyai jangkauan operasi yang lebih jauh serta berkeupayaan untuk mengangkut jumlah kargo yang lebih besar sekiranya dibandingkan dengan pesawat C130H yang dikendalikan oleh TUDM kini.

Selain itu pesawat ini juga berupaya melaksanakan misi-misi yang merangkumi penugasan berkaitan Medical Evacuation (MEDEVAC), Air-to-Air Refuelling, Aerial Delivery (Paratroop & Logistics) dan Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR) Operations.

TUDM telah menghantar 16 orang pegawai (juruterbang dan kejuruteraan) serta 30 anggota (loadmaster dan juruteknik) menjalani latihan di International Training Center, Seville, Sepanyol semenjak suku tahun ketiga 2014. Bagi tahun ini pula, 8 juruterbang, 4 loadmaster dan 24 juruteknik dilatih oleh ADS.

Pesawat A400M ini akan membuat terbang lintas dan deperkenal secara rasmi buat pertama kalinya kepada tetamu-tetamu kenamaan dan orang ramai semasa majlis perasmian LIMA'15 pada 17 Mac 2015, dan seterusnya akan dipamerkan kepada orang ramai sepanjang berlangsungnya LIMA'15.
















No comments:

Post a Comment