Saturday 3 January 2015

Aerospatiale Alouette III in RMAF service

Aerospatiale Alouette III adalah helikopter utiliti ringan yang dimajukan oleh firma Perancis, Sud Aviation. (Sud Aviation dan Nord Avation bergabung membentuk Aerospatiale pada 1970). Versi yang pertama SA 316A (SE 3160) dikeluarkan dari tahun 1961 hingga 1968, sebelum digantikan dengan versi SA 316B. Sebanyak 1,437 unit telah dikeluarkan sehingga kilang di Marignane ditutup pada tahun 1979.

Alouette dalam perkhidmatan Rhodesian Air Force

Lebih 300 unit juga dikeluarkan dengan lesen oleh Hindustan Aeronautics Ltd (HAL) dengan nama Chetak dan lebih 200 unit turut dikeluarkan oleh Romania dengan nama IAR 316.

Helikopter ini digunakan oleh lebih 50 negara dan terkenal semasa dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Rhodesia (36 unit) dimana dalam doktrin "Fire Force" (link), helikopter ini bertindak sebagai pengangkut, peninjau, command post dan tembakan bantuan sebagai "gunship". Taktik ini ternyata berkesan dalam perang gerila "Bush War" menentang gerila komunis ZANLA dan ZIRPA. Tentera Udara Afrika Selatan (SAAF) pula menggunakannya selama 44 tahun (telah dibersarakan pada 2006) dengan 346,000 jam penerbangan.

Alouette versi K-Car dan G-Car konfigurasi menurut doktrin tentera Rhodesia semasa perang melawan insurgensi 1964 hingga 1979

Alouette TUDM


Tentera Udara Diraja Malaysia pula menggunakan hampir 3 dozen SA316B Alouette III semenjak tahun 1963. Berikut adalah nombor siri Alouette III dalam perkhidmatan TUDM:

  • FM1301 - FM1325 (25 unit nombor pendaftaran awal, mungkin tidak termasuk 7 unit dipindahkan dari RSAF ke TUDM). Pada tahun 1978, 7 unit SA 316B telah diterima oleh TUDM daripada Tentera Udara Rep. Singapura (RSAF) (link).
  • nombor pendaftaran baru M20-01 - M20-29 (link)
Skuadron-skuadron TUDM yang mengoperasikan Alouette III
  • No. 3 Skuadron (link)
  • No. 5 Skuadron (link)
TUDM juga menggunakan Alouette III sebagai "gunship" dengan meriam 20mm. Anda boleh rujuk kepada blog PW 2 Mohd Ismail bin Mohd Hashim (link) menceritakan pengalaman beliau semasa menjadi "gunner" untuk Alouette TUDM. Blog tulisan Mejar (B) Nor Ibrahim bin Sulaiman juga ada memaparkan penggunaan helikopter Nuri dan Alouette semasa Operasi Daoyai Musnah, Operasi Cahaya Bena, Operasi Selamat Sawadee dan lain-lain sekitar Gubir pada tahun 1976 (link).

Pada 7 September 2013, TUDM telah mengadakan majlis Nostalgia Sambutan Ulangtahun ke-50 Pesawat Alouette III (link).


Pada tahun 1995 sebanyak 10 unit diserah kepada Skn 881 Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) sebagai nukleus kepada pasukan udara Tentera Darat Malaysia, dan skuadron ini mencapai status operasi sepenuhnya pada tahun 1997 (link).













1 comment: