Sunday 28 December 2014

EC 725 Super Cougar in RMAF

Helikopter terbaru dalam inventori TUDM, buatan syarikat Eurocopter telah mula diterima pada tahun 2013 dan kini 12 unit telah beroperasi dengan TUDM (Royal Malaysian Air Force - RMAF). Helikopter ini berpengkalan di Kuantan (No. 10 Skuqdron) dan sebanyak 4 unit telah diserahkan kepada No. 5 Skuadron di Pangkalan Udara Labuan (link).

Helikopter ini akan menggantikan helikopter TUDM jenis Sikorsky S61A-4 Nuri yang telah berkhidmat semenjak tahun 1968 lagi. Kini sebanyak 28 unit Nuri masih lagi beroperasi (link).

EC725 Caracal juga dikenali sebagai Super Cougar, mempunyai beberapa konfigurasi seperti pengangkut anggota tentera, carilamat (SAR) dan menarik keluar mangsa dari kawasan pertempuran (casualty evacuation). Bagi konfigurasi pengangkut, helikopter ini mampu membawa 29 anggota tentera pada satu-satu masa. Untuk kegunaan casualty evacuation, ia boleh menempatkan 12 stretcher dan 4 anggota perubatan. Selain konfigurasi yang disebutkan, helikopter ini juga boleh dilengkapkan dengan persenjataan bagi tujuan Carilamat Tempur (Combat SAR). Antara persenjataan dan peralatan yang boleh dibawa bagi tujuan ini adalah:

  • 2 x 7.62mm GPMG
  • 2 x 68mm pelancar roket (19 roket setiap satu pod)
  • 2 x 20mm meriam (180 rounds)
  • chaff dispenser (flare)
Antara pengguna lain helikopter ini (pelbagai konfigurasi) adalah:
  • Brazil (50 unit dipasang oleh Helibras, kilang di Minas Gerais, Brazil)
  • Perancis
  • Indonesia (6 unit ditempah) 
  • Khazakstan (20 unit ditempah)
  • Mexico
  • Thailand (4 unit ditempah)
Pada 5 Mei 2014 lalu, 11 unit helikopter ini telah melakukan penerbangan formasi diketuai oleh Lt. Kol Mohd. Kahar bin Mohd. Kassim (link).






Video dari Eurocopter

Baru-baru ini kumpulan media telah berkesempatan dibawa mengelilingi perairan Tawau, Sabah dengan EC725 dan Nuri selama hampir satu jam. Saksikan foto-foto yang sempat dirakam, dibawah.


































No comments:

Post a Comment