Thursday, 8 January 2015

Indonesian Armed Forces Museum (Satria Mandala, Jakarta)

Muzium Satria Mandala ini terletak di Jalan Gatot Subroto, Jakarta Selatan. Ia juga terletak tidak jauh dari Muzium Polri. Jika anda bercadang melawat kedua-dua muzium, anda boleh lakukannya pada hari yang sama.



Muzium Satria Mandala ini pada asalnya adalah kediaman Ratna Sari Dewi, isteri kepada bekas Presiden Soekarno. Ia dirasmikan sebagai muzium Tentera Nasional Indonesia (TNI) pada tahun 1972. Muzium ini mempamerkan koleksi senjata-senjata milik ketiga-tiga cabang TNI, tetapi kebanyakannya adalah milik Angkatan Darat, kerana bagi Angkatan Laut dan Udara, mereka memiliki muzium yang berasingan.

Sejarah TNI (link).

Bagaimanapun, anda pasti tidak akan kecewa melihat adunan koleksi senjata-senjata dari blok timur dan barat yang dipamerkan, bermula dari senjata ringan, mortar, meriam, ranjau laut, torpedo, kereta kebal PT-76, Stuart M3, Panhard EBR dan peluru berpandu SA-2 hinggalah pesawat-pesawat seperti C-47 Dakota, P-57 Mustang, MiG 21 dan B-25 Mitchell.

Jika anda peminat tegar sejarah pasukan tentera dan peralatan senjata, masa 2 jam tidak cukup untuk anda meneliti setiap artifak atau bahan yang dipamerkan.

Berikut adalah gambar-gambar dari dalam kompleks muzium.













Berikut pula adalah gambar-gambar koleksi senjata diluar kompleks muzium


























No comments:

Post a Comment