Scorpene TLDM telah dibina secara kerjasama antara DCNS dan Navantia (Sepanyol) dengan kapal pertama dipasang di Cherbourg, Perancis manakala kapal yang kedua di Cartagena, Sepanyol.
Brest, Perancis
Sebahagian pegawai dan anggota yang menghadiri EFSM di Brest, Perancis. Foto: Utusan Online
S623 Ouessant (kelas Agosta 70) berkhidmat didalam Tentera Laut Perancis dari 1978 - 2001. Digunakan sebagai kapal selam latihan TLDM dari 2005 - 2009. Kini dijadikan muzium di Melaka.
Kapal selam pertama KD TAR telah tiba di Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah pada 3 September 2009, selepas mengambil masa pelayaran selama 55 hari dari Toulon, Perancis yang bermula pada 11 Julai 2009. Pelayaran ini merentasi 6000 batu nautika dan membuat persinggahan di 3 pelabuhan - Jeddah, Djibouti dan Cochin. Ia diketuai oleh Komander Zulhelmy Ithnain.
Pemakaian pangkat Kepten kepada Pegawai Memerintah Zulhelmy Ithnain oleh Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kanan) dan timbalannya, Laksamana Madya Datuk Moham-med Noordin Ali (kiri) dalam satu upacara di Pangkalan TLDM Sepanggar.
Skuadron Kapal Selam Kelas "Perdana Menteri" (Sorpene)
- KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak
- Kapal selam penyerang konvensional (SSK)
- Buatan - Firma DCNS, Perancis
- Ditauliah - 2009
- Berat/sesaran - 1700 tan
- Panjang - 67.5 meter
- Draf kedalaman - 5.4 meter
- Propulsi - 2 x diesel 1250kw setiap satu
- Kelajuan - 20 knots
- Persenjataan - 6 x tiub torpedo 533mm /21 inci (untuk 18 torpedo Black Shark atau SM39 Exocet peluru berpandu anti kapal, atau 30 periuk api)
- Penderia - sistem tempur SUBTICS dan sonar aktif dan pasif
- Krew - 31
Lain-lain pengguna Scorpene:
- Chile
- SS-22 Carrera & SS-23 O'Higgins ditauliahkan 2005 dan 2006
- India
- S50 INS Kalvari & S51 INS Khanderi dijangka tauliah 2016 dan 2017
- S52, S53, S54, S55 belum lagi dinamakan - jangkaan siap berperingkat dari 2018 hingga 2022
- Brazil
- S40 Riachuelo, S41 Humaita, S42 Tonelero, S43 Angostura. S40 dan S41 dijangka siap 2015-2016
Lambang KD TAR
Hanya untuk "submariners"
Contoh SUBTICS
Video bagaimana sistem SUBTICS berfungsi
KD TAR
KD Tun Razak tiba di Pangkalan TLDM, Teluk Sepanggar, Sabah
Foto lawatan ke Hari Terbuka TLDM 2014
Rujukan:
http://harapan-esok.blogspot.com/2013/03/penjelasan-lengkap-mengapa-kapal-selam.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Scorp%C3%A8ne-class_submarine
http://en.wikipedia.org/wiki/Scorp%C3%A8ne-class_submarine
No comments:
Post a Comment