Monday 15 September 2014

1st Fiji Infantry Regiment established for Malayan deployment 1952

Sejarah Fiji Infantry Regiment (FIR) bermula pada May 1940, dengan penubuhan sebuah kompeni rifel. Menjelang Oktober 1940, keanggotaan mereka cukup untuk menubuhkan Batalion Pertama, manakala Batalion ke-2 ditubuhkan tidak lama sebelum tercetusnya Perang Dunia ke-2. Pasukan ini kemudiannya dibubarkan pada 1945 setelah tamat perang.

Penubuhan semula Batalion Pertama dilakukan pada 1952 dimana mereka menyumbangkan kira-kira 800 anggota untuk berkhidmat di Malaya. FIR dipimpin oleh Colonel Ronald Tinker bersama-sama dengan 40 pegawai dan anggota dari tentera darat New Zealand. Mereka berkhidmat di Malaya dari January 1952 sehinggalah tahun 1956. Sepanjang 4 tahun di Malaya, 1,600 anggota telah berkhidmat, dengan 25 orang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas komunis. Tunku Abdul Rahman telah menjadi sahabat karib kepada komander pasukan itu, Ratu Sir Edward Cakobau (kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri Fiji). Ketika di Malaya, batalion ini terkenal dengan reputasi cemerlang dan amat berkesan dalam melaksanakan tugas mereka. 



Batalion ini ditubuhkan kembali pada 1978 dan aktif dalam beberapa misi pengaman United Nationa (UN) seperti di Lebanon, Sudan dan Iraq. Batalion ke-2 dan ke-3 ditubuhkan pada tahun 1982. Kini Tentera Darat Fiji mempunyai 3 batalion regular dan 3 batalion simpanan.

  • 1st Battalion - Suva
  • 2nd Battalion - Sinai (Mesir)
  • 3rd Battalion - Suva
  • 4th Battalion - Nadi
  • 5th Battalion - Lautoka
  • 7th/8th Battalion - Vanua Levu


Lambang Fiji Infantry Regiment

Tentera Fiji 1953

Tentera Fiji semasa di Malaya

3 FIR dalam satu perbarisan di kem mereka di kepulauan Fiji

Suasana politik di Fiji pernah bergolak dengan rampasan kuasa


Tentera Fiji yang berkhidmat dengan UN di Golan Heights

Fiji teribat secara aktif dengan pasukan pengaman


Pakaian istiadat skirt yang dipanggil "Sulu"




Rakyat Fiji kini ada yang berkhidmat di dalam tentera British (Royal Regiment of Scotland)





No comments:

Post a Comment