Kapal selam kelas Agosta & Agosta 90B
- Berat - 1,500 tan (Perancis & Sepanyol), 2,050 (Pakistan)
- Panjang - 67 meter (Perancis & Sepanyol), 76 meter (Pakistan)
- Lebar - 6 meter
- Kelajuan - 12 knots (22 km/jam) permukaan, 20.5 knots (38 km/jam) menyelam
- Kedalaman - 300 meter (Perancis & Sepanyol), 350 meter (Pakistan)
- Krew - 5 pegawai, 36 anggota
- Senjata - 4 x 533mm tiub torpedo ECAN dan SM 39 Exocet
Kapal-kapal Tentera Laut Perancis (Marine National) dibina oleh Arsenal de Cherbourg dan dinamakan kelas "Agosta" adalah seperti berikut:
- S 620 Agosta - siap dibina 1978, lucut tauliah 1997
- S 621 Beveviers - siap dibina 1977, lucut tauliah 1998
- S 622 La Praya - siap dibina 1978, lucut tauliah 2000
- S 623 Ouessant - sipa dibina 1978, lucut tauliah 2001
Lambang kapal selam S 623 Ouessant
Keratan dalaman kapal selam Kelas "Agosta"
Foto-toto dibawah S 623 Ouessant semasa dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Perancis
Tentera Laut Sepanyol (Real Armada Espanola) menamakan kapal ini kelas "Galerna". Sebanyak 4 buah telah dibina di Cartagena Dockyard. 3 buah masih berada didalam perkhidmatan:
- S 71 Galerna - siap dibina 1983, masih aktif
- S 72 Siroco - siap dibina 1983, telah lucut tauliah pada 2012
- S 73 Mistral - siap dibina 1985, masih aktif
- S 74 Tramontana - siap dibina 1985, masih aktif
S 74 Tramontana
Tentera Laut Pakistan (Pakistan Navy). Pada asalnya, 2 buah kapal telah dibina oleh AC Dubigeon untuk Tentera Laut Afrika Selatan, tetapi penjualan telah dihalang oleh Resolusi 418, Majlis Keselamatan PBB (UN Security Council) pada 1977. Kedua-dua buah kapal selam ini kemudiannya dibeli oleh Pakistan:
- S 135 PNS Hashmat - siap dibina 1979, nama asal Astrant untuk Tentera Laut Afrika Selatan
- S 136 PNS Hurmat - siap dibina 1980, nama asal Adventurous untuk Tentera Laut Afrika Selatan
Pakistan kemudian menambah lagi 3 buah kapal selam selam yang dimodifikasi dari kelas Agosta dan dinamakan kelas "Khalid" (Agosta 90B). Kapal selam yang lebih moden ini mempunyai beberapa penambahbaikan dan juaga mengurangkan krew dari 56 orang kepada 36. Kelas "Khalid" ini juga mampu melancarkan peluru berpandu anti kapal jenis SM 39 Exocet.
- S 137 PNS Khalid - siap dibina 1999 oleh DNS Cherbourg
- S 138 PNS Saad - siap 2002, dibina di Pakistan dengan bantuan Perancis
- S 139 PNS Hamza - dibina di Pakistan dan tauliah pada 14 Ogos 2006
S135 PNS Hashmat, yang beli oleh Pakistan setelah penghantaran ke Afrika Selatan dihalang oleh Majlis Keselamatan PBB
Agosta 90B yang lebih canggih milik Pakistan Navy
S 139 PNS Hamza ketika hampir siap dibina di Karachi
Kapal selam S 623 Ouessant telah dinaik taraf oleh Perancis bagi melatih anak kapal TLDM dalam pengendalian kapal selam, sebagai pakej Malaysia membeli 2 buah kapal selam jenis Scorpene. Ouessant yang telah dilucut taulian oleh Tentera Laut Perancis pada 2001, digunakan kembali sebagai kapal latihan untuk TLDM pada 2005 hingga 2009.
Latihan kepada anak kapal TLDM di dalam kapal selam Ouessant telah dikendalikan oleh sebuah firma Navfco (dengan staf-staf tumpangan dari Tentera Laut Perancis - Marine Nationale). Latihan selama 4 tahun itu merekodkan selaman selama 9,000 jam dengan purata setiap pelatih TLDM melengkapi 1,300 jam selaman. Latihan dibahagikan kepada 3 fasa iaitu - teori, simulator dan praktikal di laut. Seramai kira-kira 170 anggota TLDM telah menamatkan latihan dengan jayanya.
Ouessant dibawa ke Malaysia dengan kapal
Foto-foto Ouessant terkini di Pantai Klebang, 2014
Ruang pelancar torpedo
Ruang simpanan torpedo
Bilik pegawai
Bilik anak kapal dan bilik tidur
Ruang dapur
Ruang kawalan enjin
Terdapat ramai pengunjung pada hari yang sama ketika saya membuat lawatan, ini memberikan gambaran positif bahawa muzium ini dapat menarik perhatian rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat. Selain melihat sendiri gambaran bagaimana krew-krew bekerja didalam ruang yang sempit dan tempoh masa yang agak lama, ia juga merupakan satu pendedahan kepada rakyat Malaysia kepada teknologi kapal selam yang selama ini saya kira rata-rata rakyat Malaysia tidak pernah berpeluang melihat sendiri sejenis alat persenjataan yang unik dan efektif sejak Perang Dunia ke-2 lagi.
Kredit
No comments:
Post a Comment