Pertempuran Kampar 1941
Berlangsung dari 30 Dis 1941 hingga 2 Jan 1942. Pertempuran
ini memberi kejayaan membanggakan kepada tentera British.
Pertempuran ini melibatkan 1,300 anggota tentera British yg
dikenali sebagai British Battalion dengan 4,000 tentera Jepun. British Battalion
adalah gabungan saki baki anggota dari Batalion 1, Royal Leicestershire Regiment dan
Batalion ke-2, The East Surrey Regiment yang terselamat dari pertempuran-pertempuran
awal sebelum Jepun mara ke Kampar. Kerana jumlah kasualti yang tinggi, batalion
1/8th Punjab Regiment (disebut Batalion 1, Rejimen ke-8) dan 2/9th Jat Regiment
juga digabungkan dan membentuk Rejimen Jat/Punjab.
Lt. Gen Arthur Percival telah memilih Kampar sebagai
pertahanan untuk melengah kemaraan Jepun selama sekurang-kurangnya 10 hari. Selain
keadaan muka bumi yg sesuai, jalan utama dan juga jalan keretapi yang hendak
dilindungi, kawasan bukit ini berada di dalam jangkauan tembakan artileri British. Beberapa unit lain tentera India juga telah diletakkan
mengawal jalan Kuala Dipang - Sahum (28th Indian Brigade) dan jambatan besi
Kuala Dipang di atas Sg. Kampar. Apabila Jepun menyerang dengan bantuan 14 kereta
kebal mereka terpaksa berundur kerana kekurangan senjata anti kereta kebal untuk menangkis serangan Jepun.
Pasukan yang tinggal mempertahankan Kampar hanya ada 8 hari untuk menyiapkan pertahanan untuk berhadapan dengan tentera Jepun..
Buat pertama kali tembakan artileri British berjaya
menghalang Jepun dari membaiki jambatan Kuala Dipang dan 5 lagi jambatan
sekitar Kampar. Di sebelah barat Kampar, 3 batalion Rejimen Punjab (1/14th,
2/16th dan 3/16th) mempertahankan jalan keretapi dr Malim Nawar ke lombong
Tronoh. Kawasan ini dilindungi oleh tembakan meriam 25 pounder dari 88th Field
Rejiment Royal Artillery.
Pasukan tentera Jepun yg terlibat adalah dari Division ke-5
di bawah pimpinan Lt. Gen. Takuro Matsui. Serangan dikepalai oleh Maj. Gen.
Saburo Kawamura dari Briged ke-9 yg terdiri dari Rejimen ke-11 (Col. Watanabe)
dan Rejimen ke-41 (Col. Kanichi Okabe).
Pada subuh 30 Disember 1941, iaitu dua hari selepas Ipoh jatuh ke tangan tentera Jepun, artileri Jepun telah memulakan serangan dari posisi mereka di jalan Malim Nawar. Artileri tentera British juga membalas serangan. Dentuman meriam dari kedua-dua pasukan boleh didengari di Ipoh, Gopeng dan Batu Gajah di utara dan Tapah serta Bidor di selatan. Pada 30 hingga 31 Disember 1941 Jepun mula menyerang kedudukan British
Battalion dan ramai maut semasa melakukan Banzai Charge di Thompson Ridge (kini Taman Kampar Jaya).
Pasukan Jepun yang cuba mengepung di timur pula berhadapan pasukan Gurkha yang
efisien dengan pertempuran jarak dekat dengan kukri. Tembakan bertalu-talu dari
88th dan 122nd Field Artillery RA memerangkap tentera Jepun yang ramai mati lemas
di kawasan paya dan kolam di lombong berhampiran.
Lt. Gen. Matsui komander Division ke-5 mengarahkan serangan
diperhebat walaupun terus menerus diserang dengan artileri dan mortar. Pada 1 Jan
1941 pasukan ini digantikan dengan unit-unit baru. Kebiasaannya tentera Jepun digantikan oleh pasukan lain setelah 48 jam bertempur. Bagaimanapun tentera British
dan India yang bertahan masih tidak digantikan.
Pada 2 Januari, tentera Jepun dari Rejimen ke-41 telah
berjaya menawan rusuk sebelah timur tetapi dirampas kembali dgn bantuan 2
kompeni simpanan British Battalion. Posisi ini ditawan kembali oleh Jepun pada
tengahari dengan bantuan tembakan meriam mereka. Antara faktor kejayaan Jepun adalah kerana senjata-senjata bantuan tentera British ada yang telah tidak berfungsi akibat barel yang kepanasan dan tiada ganti.
Brigadier Moorhead mengarahkan unit gabungan Jat/Punjab Regt
menawan kembali posisi itu. Cubaan dari Kompeni D, British Battalion dua kali gagal. Cubaan ketiga oleh tentera Gujar dari Rejimen Jat/Punjab juga gagal dan mengorbankan ramai anggotanya. Pada jam 5 petang Capt.
Graham dengan tentera Sikh dan Muslim menyerang kembali posisi tersebut. Mereka
menyerang dengan bayonet terpasang mara terus ke Thompson Ridge.
Walaupun ramai terkorban mereka terus mara dan berjaya
menawan 2 barisan musuh dan ketika mara ke garisan kubu ke 3 mortar tentera
Jepun telah jatuh di dalam kubu dimana Capt. Graham berada. Letupan itu
menghancurkan kedua-dua kakinya. Sambil berlutut dia masih memberikan arahan
dan melontar grened ke pasukan Jepun yang sedang berundur. Pada akhir serangan hanya 30 tentera Sikh yang masih hidup. Capt. Graham dibawa ke
hospital di Tg. Malim dengan ambulans tetapi mati akibat kehilangan darah yang banyak
dan kecederaan parah.
Brigadier Moorhead dan Lt. Col. Morrison yang mengetuai
British Batalion kemudian melaporkan Kampar tidak lagi boleh dipertahankan
selepas berita mengatakan tentera Jepun telah mara mengikut jalan laut dan
mendarat di Teluk Anson dan Bagan Datoh. Tentera British kemudiannya berundur ke Slim River.
Dianggarkan 150 (British) dan 500 (Jepun) terkorban disini.
Pada 28 Februari 2016, ahli-ahli dari pertubuhan Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM), Malayan Historical Group (MHG), Muzium Tentera Darat, The Patriots dan Malaysian Reenactment Society (MRS) telah melakukan lawatan ke Green Ridge, Kampar. Disana, En. Shaharom Ahmad dari MHG telah memberikan penerangan tentang sejarah Pertempuran Kampar kepada semua hadirin.
Tuan Rafe, kalau ada trip ke tempat ini bagitau yer,nak join..
ReplyDeletejoin Fb page saya Kelab Peminat Sejarah Militer (KPSM) boleh ikut aktiviti kami
ReplyDeleteI'm interested in joining the kpsm Sir ,
ReplyDelete