Saturday, 12 March 2016

JMSDF ship JS Uraga (Mine Sweeper Tender) call at Port Klang

JS Uraga (nombor pennant 463) merupakan sebuah kapal penyokong kepada skuadron penyapu ranjau laut dari Division 51 Penyapu Ranjau JMSDF (Japan Maritime Self Defence Force) telah berlabuh di Pelabuhan Selatan pagi ini. Kapal seberat 5650 ton ini pada asalnya sebuah minelayer tetapi telah dijadikan kapal penyokong yang dilengkapi dengan deck crane, stor bekalan, hangar helikopter dan juga kemudahan perubatan. Panjang keseluruhan adalah 463 kaki (141 meter) dengan kelajuan maksima 22 knot (40 km/h). Sebuah lagi kapal dalam kelas yang sama adalah JS Bungo.

Kesemua kapal JMSDF menggunakan prefix JS yang membawa maksud Japan Defence Ship dan biasanya dinamakan sempena pergunungan, sungai, keadaan cuaca atau tempat bersejarah. Uraga adalah sebuah selat di Jepun. Kedatangan JS Uraga juga disertai oleh sebuah kapal penyapu ranjau persisir pantai JS Takashima (nombor pennant 603), seberat 570 tan dari kelas Hirashima.

Setelah tamat Perang Dunia ke-2 pada tahun 1945, terdapat 17,000 ranjau laut yang digugurkan dari udara oleh pesawat B-29 milik Amerika. Selain itu, Imperial Japanese Navy sendiri telah menyebarkan 55,000 ranjau laut/periuk api sebagai pertahanan perairan Jepun. Sehingga tahun 1952, tujuh tahun selepas tamatnya perang dunia, sebanyak 166 buah kapal (dengan jumlah keseluruhan 200,000 tan) telah rosak akibat periuk api laut ini. Sebelum San Francisco Peace Treaty ditandatangi pada bulan September 1951, pihak berikat (Allied Forces) bertanggung jawab dalam melakukan pembersihan periuk apa di perairan Jepun. Selepas perjanjian tersebut, tanggungjawab tersebut diserahkan kepada kerajaan Jepun.

Pada bulan Julai 1954, selepas Agensi Pertahanan Jepun (Japan Defence Agency) ditubuhkan, unit penyapu ranjau yang pertama turut ditubuhkan (1st Mine Warfare Force). Kini ia telah berkembang dengan memiliki 27 buah kapal penyapu ranjau dan kapal sokongan untuk 4 squadron penyapu ranjau. Kapal-kapal itu adalah dari kelas Uraga (5650 tan), Uwajima (490 tan), Hirashima (570 tan), Yaeyama (1,000 tan) Sugashima (510 tan) dan Niijima (490 tan). Pasukan ini juga dilengkapi dengan helikopter jenis MH-53E dan MCH 101.

Pasukan ini telah terlibat dalam banyak misi bantuan antarabangsa umpamanya - 6 buah kapal telah dihantar ke Teluk Parsi pada bulan April hingga September 1991 untuk tugas penyapu ranjau. Beberapa misi bantuan kemanusiaan juga dilaksanakan seperti gempa bumi Turki (1999), bantuan mangsa perang Afghanistan (2001), dan gempa bumi Jepun sendiri (2013).

Persinggahan kapal ini di Port Klang disambut oleh Duta Jepun ke Malaysia, Dr. Makio Miyagawa, Mr. Harada (Pengerusi, Japan Club of Kuala Lumpur) dan Mr. Miyatami (Prinsipal, Japanese School Kuala Lumpur, ahli keluarga dan para pelajar. JS Uraga diketuai oleh Captain Toshihiro Takaiwa).






























Kerjasama JSDF dan ATM
Ogos 2015, dua kapal pemusnah Murasame dan Ikazuchi mengadakan latihan dengan KD Lekir di Laut China Selatan buat pertama kalinya.
Februari 2016, tiga buah kapal pemusnah Akebono, Hatazake dan Yamayuki telah berlabuh di Kota Kinabalu dan mengadakan program pertukaran pegawai kadet. Selain itu, mereka juga mengadakan latihan dengan KD Perak dan KD Laksamana Mohd. Amin
Februari 2015, dua pesawat ronda P-3C melawat Pangkalan Udara TUDM Butterworth
September 2014, dua kapal pemusnah Inazuma dan Umigiri berlabuh di Kota Kinabalu
Pada bulan Mar 2014 buat julung kalinya operasi bersama antara JSDF dan ATM diadakan dalam mencari dan menyelamat MH 370
















No comments:

Post a Comment