Semasa Konfrontasi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya mempunyai 12,000 anggota, manakala kekuatan pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) adalah sekitar 320,000 anggota. Dari segi kekuatan tempur, Tentera Darat Malaysia (TDM) hanya memiliki 8 batalion infantri (RAMD), dua Rejimen Peninjau (Perisai), dua Skuadron Askar Jurutera dan satu Rejimen Meriam. Dengan penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Malaysia, kita mendapat tambahan dua lagi batalion infantri, iaitu Batalion 1 dan Batalion 2, Singapore Infantry Regiment (1 SIR dan 2 SIR). Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanya memiliki pesawat latihan dan pesawat pengangkut, tanpa pesawat pejuang. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mempunyai 1,200 anggota mengoperasikan 11 buah kapal sahaja. ATM juga dibantu oleh batalion Pasukan Polis Hutan (PPH). Malaysia bagaimanapun bernasib baik dibantu oleh tentera British, Australia dan New Zealand. Pasukan-pasukan Komanwel yang terlibat adalah:
- 1 RNZIR - Batalion 1, Royal New Zealand Infantry Regiment (link)
- Batalion-batalion Gurkha - 1/2 Gurkha, 2/6 Gurkha, 1/10 Gurkha, 2/10 Gurkha (contoh: 2/10 Gurkha bermaksud Batalion ke-2, Rejimen ke-10 Gurkha)
- 3 RAR - Batalion 3, Royal Australian Regiment (link)
- 40 & 42 Commando Royal Marines
- C Squadron, Queen's Royal Irish Hussars
- B Company, King's Own Yorkshire Light Infantry (KOYLI)
- 45 Light Regiment, Royal Artillery
- 102 Field Battery, Royal Australian Artillery
- 845, 846 & 848 Squadron, Naval Air Squadron
- pasukan SAS British, Australia dan New Zealand
- 80 pelbagai jenis kapal dari tentera laut Komanwel
- pesawat pejuang dan pengebom Hawker Hunter, Canberra, CAC Sabre, pesawat pengangkut dan helikopter pasukan Komanwel
Senarai penuh Order of Battle (ORBAT) pasukan Malaysia dan Komanwel adalah seperti disini link.
Presiden Sukarno yang amat marah dengan penubuhan Malaysia berkata "pemerintah Indonesia telah dikentuti"
Pada mulanya Australia dan New Zealand agak keberatan untuk terlibat dengan menghantar pasukan tentera ke Malaysia kerana hendak menjaga hubungan baik dengan Indonesia, dan percaya British sendiri mampu menangani konflik tersebut sendirian. Walaupun terdapat beberapa permintaan yang dibuat oleh London sebelumnya, mereka hanya mula terlibat setelah Indonesia meluaskan kawasan operasi dari perbatasan Kalimantan ke Semenanjung dengan menggugurkan pasukan payung terjunnya di Pontian, Johor.
Berbanding dengan Malaysia, angkatan tentera Indonesia pada era 1960an merupakan salah satu pasukan yang moden dan terkuat di Asia Tenggara. Angkatan lautnya ketika itu mengoperasikan sebuah kapal kruiser KRI Irian (buatan Soviet kelas "Sverdlov") seberat lebih 16,000 tan dengan 1,330 pegawai dan anak kapal selain 12 buah kapal selam kelas KRI Pasopati (buatan Soviet kelas Whiskey). Angkatan udaranya pula memiliki jet pejuang tercanggih pada zaman itu dengan sejumlah 20 x MiG 21 Fishbed, 30 x MiG 15 Fagot, 49 x Mig 17 Fresco, 10 x MiG 19 Farmer, pesawat pengebom 26 x Tu 16 Badger A dan B, dan juga pesawat pengebom Il-28. Pesawat pengangkut adalah An 12B dan 41 buah helikopter Mi 4.
Rakyat Malaysia bersatu menentang kempen Ganyang Malaysia
Sukarno dan J.F. Kennedy
Pesawat pengebom Tupolev Tu-16
Pesawat pengebom Avro Vulcan milik Royal Air Force (RAF) di Butterworth semasa Konfrontasi
Pesawat pengebom Avro Vulcan milik Royal Air Force (RAF) di Butterworth semasa Konfrontasi
Antara sebab Konfrontasi dilancarkan keatas Malaysia:
- Presiden Sukarno iri hati dengan kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu semenjak merdeka pada tahun 1957. Indonesia pula sering dilanda kekacauan politik, pemborosan, salah tadbir dan nilai rupiah yang menurun.
- Partai Komunis Indonesia (PKI) bersungguh-sungguh untuk melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia kerana hendak mencapai objektif mereka sendiri. Mereka berjaya mempengaruhi Sukarno dan Subandrio serta beberapa panglima dalam Angkatan Udara dan Laut, tetapi ditentang oleh Angkatan Darat. Semasa lawatan Subandrio ke China, Perdana Menteri China, Chou En Lai telah menjanjikan untuk menyumbangkan 100,000 laras rifel kepada Indonesia. Di atas perancangan PKI, senjata ini akan diberikan kepada satu sayap baru pasukan tentera yang dikenali sebagai Angkatan ke-5 terdiri dari para petani dan buruh. (TNI memiliki 4 cabang perkhidmatan - Angkatan Darat, Laut, Udara dan Kepolisian).
- PKI beranggapan jika Jakarta dan Pulau Jawa dikuasai, keseluruhan Indonesia boleh dikuasai dengan mudah. Dengan itu PKI merancang Angkatan Darat digerakkan keluar dari Pulau Jawa. Sumatera dan Sulawesi digambar-gemburkan akan diserang oleh Malaysia. Atas keperluan keselamatan, Angkatan Darat perlu digerakkan ke sana.
- Campurtangan politik Indonesia dalam politik Tanah Melayu bermula dari tahun 1945 lagi. Pemimpin Melayu berfahaman kiri di Malaya berhubung rapat dengan Indonesia dan digalakkan agar cenderung kepada polisi Indonesia dan konsep Indonesia Raya. Mereka bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan bagi Indonesia dan Tanah Melayu secara serentak pada 17 Ogos 1945 tetapi menemui kegagalan, sekaligus menghancurkan idea Indonesia Raya.
Pembentukan asal Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963 telah ditunda kepada 16 September 1963. Pada 17 September 1963, Republik Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Sukarno menyuarakan kekecewaan dan kemarahan dengan berkata "pemerintah Indonesia telah di kentuti" dalam satu rapat umum, kerana Tunku Abdul Rahman meneruskan pembentukan Malaysia, walaupun mereka baru berjumpa di Tokyo sebulan sebelumnya. Kemudian pada 1 Jun 1965, Republik Indonesia telah keluar dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB - United Nations) setelah tentangan supaya PBB tidak melantik Malaysia sebagai ahli Majlis Keselamatan tidak dilayan oleh PBB.
Jet pengebom Canberra milik Royal New Zealand Air Force (RNZAF)
KRI Pasopati
Kapal kruiser KRI Irian
DWIKORA
Dwi Komando Rakyat (Dwikora) diumum secara rasmi oleh Sukarno pada 3 Mei 1964 dengan rancangan menubuhkan pasukan sukarelawan didalam kempen Ganyang Malaysia (Crush Malaysia), walaupun penyusupan para sukarelawan di Borneo telah berlaku lebih awal lagi dari tarikh tersebut. Pasukan-pasukan sukarelawan ini diketuai oleh anggota-anggota Korps Komando Operasi, Komando Pasukan Katak (Kopaska) dan juga melibatkan Resimen Para Komando Angkatan Darat (RPKAD).
Komando Siaga atau KOGA (dalam istilah Indonesia, komando adalah "command" iaitu pemerintah, bukan merujuk kepada komando pasukan khas) telah ditubuhkan, dengan Panglima Udara Omar Dhani telah dilantik menjadi Panglima KOGA yang akan mempersiapkan sukarelawan Ganyang Malaysia. Bagaimanapun, hanya lebih 1,000 sukarelawan dihantar ke Malaysia, tetapi berita yang digembar-gemburkan adalah seramai 8,000 anggota TNI dan 22 juta sukarelawan Fron Nasional Ganyang Malaysia telah dipersiapkan. Perlantikan ini agak pelik apabila ianya tidak diketuai oleh panglima dari Angkatan Darat memandangkan kebanyakan operasi melibatkan pergerakan di darat, dan menimbulkan rasa tidak puas hati bebrapa panglima dalam Angkatan Darat seperti Suharto.
Jet pejuang MiG 15 dan pesawat pengangkut Antonov An12 milik TNI-AU
Penglibatan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) semasa Konfrontasi
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah pasukan yang terbesar penglibatannya dalam membendung ancaman dari pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan sukarelawan Ganyang Malaysia. Pada ketika itu RAMD telah mempunyai 8 batalion yang aktif, manakala Batalion ke-9 RAMD baru ditubuhkan pada 1 Sep 1965 dan hanya mencapai status operasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 1966. Rejimen infantri yang kedua terbesar, Rejimen Renjer Diraja menerima penyerahan Batalion 1 dan Batalion 2 anggota Sarawak Rangers (yang diserapkan menjadi Renjer Malaysia) pada 4 Okt 1965 di Kem Syed Putra, Ipoh.
- BERSAMBUNG -
Thank you so much for providing information in such detail that I am in awe. This page help me to understand more about the confrontation between Indonesia and Malaysia in 1963-1966 while I am doing my research on the relationship between Commonwealth and Malaysia. I cannot help but appreciate what you had done to share that knowledge of yours.
ReplyDeleteMy dad ex sgt 600642 Samsuri bin khamis from 2nd batalion Singapore Infantry Regiment involve in Confrontation between Malaysia and Indonesia from 1963 to 1965.my dad is from B coy platoon 6 and 9 personal from C coy platoon 12 who was ambush at bukit leban kota tinggi johor, my dad would like to search his old friends from 2nd batalion Singapore Ibfantry regiment and he is also the first badge for 2 SIR form up in 1962
ReplyDeletepls contact him at this number +60 0187669016, at johor bahru, johor Malaysia.