Malaya Command adalah sebuah formasi Tentera Darat British yang ditubuhkan seawal tahun 1920 untuk mengkoordinasi pertahanan pihak British di Malaya. Barisan pertahanan ini terdiiri dari pasukan-pasukan yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Penang, Taiping, Seremban dan Singapura. Setelah meletusnya Perang Dunia ke-2 di Eropah pada tahun 1939, kebanyakan tentera British telah terlibat di medan-medan pertempuran di Eropah dan Malaya Command terdiri dari unit-unit tentera dari India. Pasukan-pasukan yang bernaung dibawah Malaya Command adalah:
- III Corps (Indian)
- Division ke-8 (Australia)
- Fortress Singapore
- Malaya Command (Simpanan)
- Sarawak Force (SARFOR)
- Christmas Islands
Pada bulan November 1941, kekuatan Malaya Command adalah terdiri dari 17 buah batalion dari kontinjen tentera India yang kebanyakkannya diletakkan dibawah pemerintahan III Corps dengan markas di Kuala Lumpur. Apabila Jepun menyerang Malaya, jumlah kekuatan tentera British di Malaya adalah 88,600 anggota berhadapan dengan 70,000 tentera Jepun dari ketumbukan 25th Army.
Berikut adalah pasukan-pasukan yang bernaung dibawah pemerintahan III Corps (India)
III Corps - Lt. Jen Lewis Heath
Indian 9th Infantry Division - Markas: Kuala Lumpur (Mej. Jen, Arthur Edward Barstow)
- 8th Indian Infantry Brigade (Kota Bharu)
- Batalion 2, Rejimen Baluch ke-10 (link)
- Batalion 2, Rejimen Frontier Force ke-12 (link)
- Batalion 1, Frontier Force Rifles ke-13 (link)
- Batalion 3, Rejimen Dogra ke-17
- Bateri 21, Mountain Battery, Indian Artillery
- 22nd Indian Infantry Brigade (Kuantan)
- Batalion 5, Rejimen Sikh ke-11 (link)
- Batalion 2, Royal Garhwal Rifles
- Rejimen Medan ke-5, Royal Artilley (link)
- Lain-lain unit
- Rejimen Medan ke-88 (2nd West Lancashire), Royal Artillery
- Kompeni 42 Field Park (Royal Bombay Sappers and Miners) (link)
Indian 11th Infantry Division - Markas: Sg. Petani (Mej. Jen. David Murray Lyon)
- 6th Indian Infantry Brigade (Jitra)
- Batalion 2, East Surrey Regiment (link)
- Batalion 1, Rejimen Punjab ke-8
- Batalion 2, Rejimen Punjab ke-16
- Rejimen ke-22, Montain Artillery
- 15th Indian Infantry Brigade (III Corps - Pasukan Simpanan)
- Batalion 1, Leicestershire Regiment (link)
- Batalion 2, Rejimen Jat ke-9
- Batalion 1, Rejimen Punjab ke-14 (link)
- 28th (Gurkha) Infantry Brigade (Ipoh)
- Batalion 2, 1st Gurkha Rifles (link)
- Batalion 2, 2nd Gurkha Rifles (The_Sirmoor_Rifles)
- Batalion 2, 9th Gurkha Rifles (link)
11th Division Command Troops
- Rejimen Kavalri ke-3, Indian Army (link)
- Squadron ke-100, Kereta Kebal Ringan
- Rejimen Medan ke-137 (2nd West Lancashire), Royal Artillery
- Rejimen Medan ke-155 (Lanarkshire Yeomanry), Royal Artillery (link)
- Rejimen Anti-Kereta Kebal ke-80, Royal Artillery
- Rejimen Anti-Kereta Kebal ke-85, Royal Artillery
- 1st Independent Company
- Kompeni Medan ke-23 (Royal Bombay Sappers and Miners)
- Kompeni ke-43, Royal Engineers
Krohcol (link) - Lt. Kol H.D. Moorhead
- Batalion 5, Rejimen Punjab ke-14
- Batalion 3, Rejimen Punjab ke-16
- 2/3rd Australian Motor Company
Briged Komunikasi
- Batalion 1, Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF) - Perak
- Batalion 2, Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF) - Selangor
- Batalion 3, Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF) - N. Sembilan
- Batalion 4, Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF) - Pahang
- Rejimen Medan Pertama, Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF)
- Squadron Kereta Perisai, Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF)
- Batalion Semboyan, Pasukan Sukarela Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSVF)
Fortress Penang (Markas: Penang)
- Kompeni D, Batalion 5, Rejimen Punjab ke-14
- Rejimen Meriam Pantai ke-11, Hong Kong and Singapore Royal Artillery
- Batalion 3, Straits Settlements Volunteer Force (link)
- Rejimen Anti-Kapal Terbang ke-2, Indian Artillery
Unit-unit Sokongan
- Batalion 5, Rejimen Punjab ke-14 (ditumpangkan ke Krohcol)
- Batalion 3, Rejimen Punjab ke-16 (ditumpangkan ke Krohcol)
- Batalion 1, Mysore Infantry (Indian States Forces)
- Batalion 1, Bahawalpur Infantry (Indian States Forces)
- Batalion 1, Rejimen Hyderabad (Indian States Forces)
- Rejimen Semboyan Division India ke-11
Nota:
Setiap Rejimen Artileri Medan mengandungi 3 x bateri (8 x 25 pounder atau 8 x 4.5 howitzer)
Setiap Rejimen Anti-Kereta Kebal mengandungi 4 x bateri (12 x 2 pounder (40mm Vickers)
Meriam QF 25 pounder
Meriam QF 25 pounder sedang ditarik dengan trak atau dipanggil artillery tractor. Mula digunakan pada tahun 1940 oleh British dan digunakan oleh beberapa negara sehingga tahun 1980an. Dikendalikan oelh 6 krew, berupaya menembak 6-8 rounds seminit, dengan jarak 12 km.
Gambar atas: meriam QF 2 pounder (40 mm) dan gambar bawah, 2 pounder semasa Pertempuran Muar. Sebanyak 12,000 unit telah dikeluarkan oleh Vickers sepanjang tahun 1936 hingga 1944. Dikendalikan oleh 3 krew, berupaya menembak 22 rounds seminit dengan jarak 1000 meter.
Meriam 4.5 inch (114 mm), juga dikenali sebagai 18 pounder berkeupayaan menembak 4 rounds seminit dengan jarak 6.7 km, dikendalikan oleh 6 krew
Bren Carrier atau Universal Carrier ada dipamerkan di Muzium Tentera Darat, Port Dickson.
Bawah: gambar-gambar pasukan dibawah Malaya Command semasa di Malaya
III Corps ditubuhkan pada pertengahan tahun 1941 oleh Malaya Command apabila situasi menjadi semakin tegang di Timur Jauh. Bagaimanapun, dengan pembesaran yang mendadak, batalion-batalion ini kekurangan anggota-anggota yang berpengalaman dan kebanyakan mereka rata-rata terdiri dari perajurit-perajurit muda yang tidak terlatih, terutama didalam perang hutan.
Tentera Jepun yang jauh berpengalaman dapat mempraktikkan muslihat perang mereka dengan berkesan apabila berhadapan dengan pasukan ini, contohnaya apabila bertempur dijalan-jalan utama, Tentera Jepun akan meninggalkan pasukan utama sebagai umpan untuk bertempur, dan pada masa yang sama menggunakan beberapa pasukan untuk menyusup masuk ke kawasan hutan dikiri atau kanan pasukan yg bertahan dan mengepung mereka. Taktik ini ternyata berkesan didalam beberapa pertempuran dan berjaya memberi tekanan kepada III Corps untuk terus berundur ke selatan semenanjung.
Pada tahun 1937, Mej. Gen. William Dobbie (Panglima Tentera British di Malaya 1935 - 1939) telah melaporkan pada musim tengkujuh (monsoon) dari bulan Oktober hingga March, tentera Jepun boleh membuat pendaratan disebelah pantai timur dan beliau menjangkakan pendaratan boleh dibuat di Songkhla, Pattani dan Kota Bharu, malangnya perkara ini tidak diendahkan oleh peringkat tertinggi tentera British di London.
Hanya pada tahun 1941, perancangan dibuat (Operation Matador) untuk menggerakkan tentera British ke selatan Siam kerana mereka menjangkakan Jepun akan mendarat ke Songkhla dan Pattani dan akan terus mara ke arah Jitra dan Kroh. Jika British berjaya menyekat kemaraan tentera Jepun disempadan Siam, mereka akan mempunyai masa yang cukup untuk menggerakkan pasukan-pasukan lain untuk membuat serangan balas besar-besaran keatas pasukan Jepun. Bagaimanapun terdapat halangan untuk melaksanakan operasi ini apabila permohonan untuk menambah anggota tentera tidak diluluskan dan pada tahun sebelumnya pula, Duta British telah menandatangani perjanjian Non-Aggresion Pact dengan Siam, bermakna tiada operasi ketenteraan boleh dilancarkan keatas wilayah Siam oleh British.
Malaya - Siam Road 1942
Pada 5 Disember 1941, London memberi kebenaran untuk Far East Command melancarkan serangan mengejut (pre-emptive strike) ke atas Siam sebelum pendaratan tentera Jepun dengan mengaktifkan Operasi Matador. Pada mesyuarat genting bertarikh 6 Disember 1941, Governor Sir Shenton Thomas, Commander in Chief Far East Command, Air Chief Marshall Robert Brooke Popham dan Pemerintah Malaya Command, Gen. Arthur Percival membatalkan hasrat untuk melancarkan serangan mengejut dengan alasan ianya bukan satu keputusan yang terbaik. Bagi pihak Jepun pula, andai kata pihak British melancarkan juga serangan di selatan Siam pada masa itu, perancang-perancang tentera Jepun telah mempunyai rancangan "contigency" dengan menggunakan semua pangkalan udara di Bangkok dan selatan Siam untuk memperkukuhkan penguasaan udara mereka, dan menyerang Malaya melalui Segenting Kra sebagai pilihan kedua.
Sebagai menggantikan Operasi Matador, tentera British dengan tergesa-gesa melancarkan Operasi Krohcol (Kroh Column, dimana Column bermaksud "battle group") untuk menghalang kemaraan tentera Jepun. Objektif mereka adalah merebut sebuah kawasan strategik berhampiran Sungai Pattani kira-kira 26 batu dari Betong. Jika tentera British berjaya menawan kawasan sempit ini, (jalan Pattani - Kroh sepanjang 6 batu diapit lereng bukit dikiri dan kanan) dan dengan meletupkan lereng bukit tersebut, ia akan berjaya melengahkan kemaraan tentera Jepun. Bagaimanapun hanya Batalion 3, Rejimen ke-16 Punjab dan pasukan jurutera bergerak ke objektif setelah Batalion 5, Rejimen ke-14 Punjab dan Bateri ke-10, Indian Mountain Artillery yang dinantikan gagal tiba ke Kroh pada masa yang ditetapkan.
Krohcol menyeberang ke sempadan Thai pada 9 Disember 1941, kira-kira 14 jam selepas tentera Jepun mendarat di Kota Bharu. Bagaimanapun mereka dihalang oleh pasukan Royal Thai Police (pasukan Polis separa tentera). Pokok-pokok yang ditumbangkan keatas jalan menghalang pergerakan Bren Carrier pasukan Krohcol. Pada masa yang sama pasukan Polis Thai ini juga menghalang kemaraan tentera Jepun, sehinggalah kerajaan Thai bersetuju dengan gencatan senjata dan membenarkan tentera Jepun merentasi wilayahnya menuju ke Malaya. Pertempuran bermula pada 10 Disember 1941, apabila tentera Jepun dari Rejimen ke-42, Imperial Japanese Army (IJA) dan 2 kompeni dari Rejimen Kereta Kebal ke-14, mula menyerang pasukan Krohcol. Setelah bertahan selama dua hari, pasukan Krohcol berundur ke Kroh pada 13 Disember 1942.
Pada 14 Disember 1941, kerajaan Thai menandatangani perjanjian dengan Jepun dimana kerajaan Thai membenarkan infrastruktur diwilayahnya digunakan oleh tentera Jepun sepenuhnya termasuklah pangkalan tentera, jalanraya, pelabuhan dan lapangan terbang. Kemudian atas desakan Jepun juga, kerajaan Thai mengisytiharkan perang ke atas Amerika dan Britain pada 25 Januari 1942. Hasil kerjasama ini, Jepun telah menyerahkan 4 negeri-negeri Melayu (Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu) kepada Thai. Negeri-negeri ini dikenali sebagai Sirat Malai dan dipanggil Syburi, Palit, Kalantan dan Trangkanu dengan Alor Setar dijadikan sebagai pusat pentadbiran.
Bersambung di Bahagian 2 - Division ke-8, Tentera Australia.
No comments:
Post a Comment