Menurut Lynda Norene Shaffer dalam bukunya "Maritime Southeast Asia to 1500" (1996) mengatakan:
- sejak awal kurun pertama lagi pelaut-pelaut Melayu telah pun mahir dengan pelayaran jarak jauh
- pelaut-pelaut Melayu yang bertanggungjawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat dan gendang Dongsan keseluruh Asia Tenggara
- pelaut-pelaut Melayu belayar ribuan batu jauhnya tanpa menggunakan kompas dan carta-carta bertulis, sebaliknya mereka berpandukan kepada angin, bintang, warna air laut dan gelombang untuk megenalpasti lokasi mereka
- mereka mengenali sesuatu pulau walaupun berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan, tumbuhan laut dan juga gelombang
- pelayar-pelayar Cina mempelajari ilmu kelautan dan perkapalan dari orang-orang Melayu
Di dalam buku The Golden Chersonese and the Way Tither hasil tulisan Isabella L. Bird, yang telah mengembara ke Timur Jauh pada tahun 1897 mengatakan selepas kejatuhan Kota Melaka, Empayar Acheh telah cuba menawan Kota Melaka dengan 500 buah kapal yang mana 100 darinya jauh lebih besar dari mana-mana kapal yang pernah dibina oleh negara-negara Eropah.
Pada sekitar tahun 1580an hanya beberapa Turki, Portugal, Sepanyol dan England yang mempunyai kepakaran membina kapal-kapal galleon (sejenis kapal perang besar yang mempunyai beberapa aras didalamnya dan dilengkapi dengan meriam). Hanya Acheh dan Johor sahaja yang bukan bangsa Eropah mampu menbina kapal-kapal galleon sekitar 1580 hingga 1600.
Buku tulisan R.A. Fletcher bertajuk "Warships and Their Stories" (1911) pula mengatakan bangsa Melayu yang mula-mula mencipta perahu dengan sayap (outriggers).
(Semua fakta diatas adalah hasil tulisan Benign Nor Hafeez. Saya sertakan link diakhir artikel).
Jenis-jenis kapal Melayu
Lanchara (Lanchang Melayu)
Kapal Flor de la Mar
Replika kapal Flor de la Mar di Melaka
Alfonso de Albuquerque
Menurut Robert F. Marx, pemburu harta karun dan salah seorang perintis selam scuba mengatakan beliau telah membelanjakan 20 juta dollar untuk mengesan kapal Flor de la Mar. Menurutnya kapal tersebut adalah kapal yang membawa khazanah paling tinggi nilainya berbanding lain-lain kapal yang telah karam didunia ini. Beliau juga merupakan bekas penyelam tentera Marin Amerika (USMC) dan pernah merekodkan lebih 5,000 selaman dilaut.
Foto-foto dari galeri didalam replika kapal Flor de la Mar
Contoh kapal-kapal Melayu seperti Cora-cora, Lantcha dan kapal Acheh
Replika kapal ini adalah 36 meter panjang, 8 meter lebar dan 34 meter tinggi. Ia mempunyai 3 aras yang menempatkan beberapa galeri menarik.
Senjata Portugis
Matawang yang pernah digunakan dahulu
Replika para saudagar di Melaka
Ruang bilik kapten kapal
Rujukan:
http://www.thepatriots.my/kapal-perang-melayu-jauh-lebih-besar-daripada-kapal-portugis-yang-menyerang-melayu/
http://www.academia.edu/5225381/Pelayar_dan_Kapal-Kapal_Buatan_Melayu._Oleh_Benign_Nor_Hafeez
http://en.wikipedia.org/wiki/Flor_de_la_Mar
http://en.wikipedia.org/wiki/Robert_F._Marx
http://lokalgenius.blogspot.com/2013/12/teknologi-maritim-melayu-dikagumi-dunia.html
tidak disangka...bahawa melayu adalah bangsa yang sangat hebat
ReplyDelete