Wednesday 3 September 2014

Battle of Pasir Panjang / Opium Hill - Pertempuran Pasir Panjang / Bukit Chandu

Pertempuran Pasir Panjang pada 13 dan 14 February 1942

Tentera Jepun yang berjaya membuat pendaratan di pantai Sarimbun meneruskan kemaraan ke arah selatan. Mereka juga telah menawan Lapangan Terbang Tengah sebelum menghampiri Pasir Panjang.  Bukit Chandu, adalah pertahanan British yang terakhir di Pasir Panjang di mana mereka hadapi tentangan paling sengit dari Askar Melayu yang bertahan disitu.

Kemaraan Jepun di Malaya dan Singapura mengikut tarikh. Jepun menawan Malaya hanya dalam masa 55 hari.


Arah serangan tentera Jepun dari Johor, Malaya

Ketika menyerang Singapura, Jen. Yamashita hanya mempuyai kira-kira 36,000 anggota gabungan dari 3 division seperti berikut:
a) Divison Imperial Guards (Lt. Jen Takuma Nishimura) - Rejimen Konoye ke-3, 4 & 5
b) Division ke-5 (Lt. Jen Takuro Matsui) - Briged Infantri ke-9 dan ke-21
c) Division ke-18 (Lt. Jen Renya Mutaguchi) - Briged Infantri ke-23 dan ke-35, Grup Kereta Kebal ke-3

Lt. Jen Arthur Percival pula mempunyai kekuatan 70,000 anggota barisan hadapan yang terdiri dari 38 batalion infantri - 13 x batalion British, 6 x Australia, 17 x India dan 2 x Rejimen Askar Melayu dan 3 x batalion senjata bantuan. Formasi mereka adalah seperti berikut:
a) III Indian Corps(Lt Jen Sir Lewis Heath)
    - Division Infantri ke-18 (Mej Jen Merton Beckwith-Smith)
    - Division Infantri ke-11 (Mej Jen B.W. Key)
b) Division ke-8 Australia (Mej Jen Gordon Bennett) - Briged ke-22 & ke-27, Briged Infantri India ke-44
c) 18 pelbagai batalion (Mej Jen Frank Keith Simmons) dibawah formasi - 1 Briged Infantri Malaya, Briged Infantri India ke-12 dan Straits Settlements Volunteer Force

1 Briged Infantri Malaya telah dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan Pasir Panjang. Briged ini dengan kekuatan 1,400 anggota terdiri dari unit-unit berikut:
a) Batalion ke-2, Loyal Regiment (North Lancashire) - Lt. Col Mordaunt Elrington
b) Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu - Lt. Kol J.R.G. Andre
c) Batalion ke-2, Rejimen Askar Melayu
d) Batalion Pertama, Mysore Infantry (Indian State Forces)
e) Kompeni C, Dalforce (pasukan sukarelawan Cina)


Kronologi Pertempuran

7 Feb 1942
400 anggota Tentera Jepun mendarat di Pulau Ubin. Serangan ini bertujuan mengaburi pihak British kerana serangan besar-besaran dari pasukan utama Division ke-5 dan division ke-18 akan dibuat melalui Sarimbun (barat Singapura), dan pasukan elit Imperial Japanese Army (IJA) akan mara dari Tambak Johor menuju ke Bukit Timah. Pasukan yang mendarat di Sarimbun akan meneautralkan pertahanan British yang dinamakan Jurong-Kranji Line, manakala IJA akan menawan Bukit Timah.

Jepun mendarat di pantai Lim Chu Kang

8 Feb 1942
Pada jam 7 petang bot-bot pendarat telah mula bertolak dari Skudai dan Danga, Johor. Jam 8.30 malam Jepun berjaya mendarat di pantai Lim Chu Kang / Sarimbun dengan 4,000 orang pada serangan pertama. Pertempuran berlaku dengan Briged Australia ke-22 dan Briged ke-27.

9 Feb 1942
Lapangan Terbang Tengah ditawan Jepun
Jepun terus mara ke Kranji dan Tambak Johor menuju Sembawang
Jurong - Kranji Line tewas, Briged Australia ke-22 berundur

10 Feb 1942
Division ke-5 Jepun treus mara ke Choa Chu Kang dan menewaskan pertahanan British dari pasukan Argylls & Sutherland Highlanders dan Rejimen Hyderabad. Dalam usaha membentuk semula pertahanan di Jurong Line, British menghantar 2 batalion (X Battalion dan Merret Force). Bagaimanapun, mereka telah diserang oleh Division ke-18 Jepun yang sedang mara Jurong Road, separuh dari kekuatan batalion tersebut terbunuh.

11 Feb 1942
Jen Yamashita telah mengarahkan kedua-dua Division ke-5 dan ke-18 untuk menawan Bukit Timah pada 11 Feb 1942 sempena perayaan Kigensetsu, hari tertubuhnya Empayar Jepun. Serangan dilakukan pada tengah malam 10 Feb 1942 dan menjelang pagi, Bukit Timah berjaya ditawan. Briged ke-15 British berundur dengan 1,500 anggota dari Bukit Batok ke sebuah kawasan yang dikenali sebagai Sleepy Valley. tanpa pengetahuan mereka, Division ke-18 Jepun telah siap dalam posisi menanti kedatangan mereka. Dalam pertempuran ini, 1,100 tentera British telah terbunuh.

Setelah berjaya menawan Bukit Timah yang merupakan depoh simpanan lojistik British, Yamashita menghantar wakil menemui Percival dan meminta British menyerah kalah. Yamashita cuba mengelakkan pertempuran dibandar-bandar kerana pegawai-pegawainya telah menasihatkan beliau bahawa bekalan makanan dan peluru semakin berkurangan. Yamashita juga tahu bahawa pasukannya adalah 1/3 dari pasukan British.


10 Feb Japanese soldiers at Bukit Timah hill
Tentera Jepun di Bukit Timah

10 Feb Japanese Type 95 HaGo Light Tanks in Bukit Timah Village
Kereta kebal Jepun "Type 95" di Bukit Timah

13 Feb 1942
Pegawai-pegawai kanan British telah menasihatkan Percival untuk menyerah kerana kolam bekalan air telah jatuh ketangan Jepun, begitu juga depoh bekalan lojistik mereka. Selain itu mereka mengalami kekalahan demi kekalahan. Tetapi Percival masih enggan mengalah.

Pada jam 2 petang, tentera Jepun dari Rejimen Infantri ke-56, Division ke-18 yang diketuai oleh Kolonel Yoshio Nasu telah memulakan serangan. Tentera Jepun berjaya mengasak rapat ke pertahanan Askar Melayu dan India seterusnya berlaku pertempuran dengan bayonet. Sebahagian yang terselamat telah berundur ke Mount Echo.

13 Feb
Bandar Singapura semasa dibom oleh Jepun

14 Feb 2014
Lt Adnan Saidi yang megetuai 42 anggota dari Platun 7, Kompeni C, 1 Malay Brigade telah diarahkan berkubu di Point 226 (Bukit Chandu). Setelah meninjau kawasan tersebut, beliau megarahkan anggotanya membina kubu dengan beg-beg pasir.

Kira-kira waktu tengahari dia ternampak sepasukan tentera Sikh sedang berbaris naik kearah kubunya dari Pepys Road. Dia megarahkan pasukannya menembak kearah tentera Sikh tersebut yang sebenarnya sepasukan tentera Jepun yang memakai uniform tentera Punjab British. Beliau menyedari penyamaran ini kerana musuh membuat 4 barisan, manakala British hanya berbaris dalam 3 barisan. Selain itu dia juga nampak ada tentera yang memakai pistol Jepun. Kira-kira 20 tebtera musuh dapat dibunuh.

Dua jam kemudian, Jepun melancarkan serangan besar-besaran. Di Pasir Panjang ketika itu, Jepun mempunyai 13,000 anggota manakala yang bertahan hanyalah 1,400 Askar Melayu dan India. Pertempuran amat sengit sehingga Lt Adnan terpaksa mengambilalih Lewis machine-gun dari anggota yang terkorban, dan seterusnya berlaku pertempuran jarak dekat dengan bayonet. Walaupun tercedera, dia megarahkan pasukannya terus melawan dan tidak menyerah. Sebelum pertempuran dia telah mengingatkan pasukannya supaya terus berjuang "Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata" (Death Before Dishonour).

Jepun akhirnya berjaya menawan pasukan Askar Melayu. Kerana teramat marah dengan kedegilan dan keberanian Askar Melayu, mereka telah memasukkan Lt. Adnan (yang ketika itu telah tercedera) kedalam sebuah guni dan mengantung ke sebatang pokok ceri. Lt Adnan telah dipukul dan ditikam berkali-kali dengan bayonet dan mayatnya tidak dibenarkan dibawa turun dari pokok itu. Ada sumber mengatakan ianya kemudian dibakar.

Dalam pertempuran di Bukit Chandu ini, 159 Askar Melayu terkorban dan 146 telah tercedera. Kira-kira 600 orang telah ditawan, sebahagiannya dibunuh kerana enggan menanggal uniform mereka.

Selepas penakhlukan Singapura, Jepun terus memburu ahli keluarga Lt. Adnan. Isteri dan keluarganya terpaksa membuang kesemua barang-barang peribadi Lt. Adnan kerana khuatir akan dapat ditemui oleh pihak Jepun. Isterinya meninggal pada tahun 1949 kerana jatuh sakit.

Askar Melayu 


Tentera Jepun dalam satu serangan

Allahyarham Lt. Adnan bin Saidi

15 Feb 1942
Pihak British telah menandatangai perjanjian menyerah kalah tanpa syarat.

Kasualti keseluruhan pertempuran di Singapura:

British & Komanwel - 5,000 terbunuh dan cedera, 80,000 ditawan
Jepun - 1,713 terbunuh dan 2,772 cedera



Foto-foto Lawatan ke Bukit Chandu

Pepys Road, jalan naik ke Reflections at Bukit Chandu

Bergambar diluar pintu masuk 

ra
Meriam peninggalan Perang Dunia ke-2

Bangunan 2 tingkat yang menempatkan galeri


Basikal membantu kemaraan tentera Jepun di Malaya kerana ia sesuai dengan rupabumi Malaya ketika itu

Tayangan dokumentari yang menarik "Battle of Singapore"

Dokumentari samada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris

Galeri di Tingkat Bawah






Galeri di tingkat atas


Patung Lt. Adnan

Beginilah kelengkapan dan uniform Askar Melayu 1942

Di tingkat atas juga terdapat sebuah theatre

Iklan filem Lieutenant Adnan di stesyen MRT Pasir Panjang








No comments:

Post a Comment