Sunday 3 August 2014

War Remnants Museum, Saigon / Muzium Perang Saigon

Muzium ini adalah antara muzium yg paling popular di Vietnam. Beralamat di No. 28, Vo Van Tan, District 3, Saigon (Ho Chi Minh City). Muzium ini berjaya menarik 500,000 pengunjung setahun yang mana 2/3 adalah pelancong asing. Lokasinya juga hanya beberapa minit berjalan kaki dari Reunification Palace. Di buka pada 4 Sep 1975, ia memaparkan exibit-exibit yg berkaitan dengan Perang Vietnam. Tiket masuk pada tarikh artikel (Ogos 2014) adalah 15,000 dong (kira-kira RM 2.50).

 Pandangan luar muzium. Di sebelah kiri adalah jet pejuang F-5A.

 Ruang bawah muzium. Terdapat poster-poster propaganda yg dicetak semasa era perang tersebut. Dibelakang muzium terdapat kedai yg menjual souvenir.
Ruang pameran dengan thema "Keganasan dan Jenayah Perang"

Ruangan di muzium ini dibahagikan kepada bebrapa thema, dari perjuangan awal menentang penjajah Perancis hinggalah perang menentang Amerika. Bahan-bahan pameran seperti senjata-senjata, gambar-gambar penyeksaan keatas tahanan perang dan juga kesan kecacatan kekal hasil dari penggunaan defoliant (Agent Orange) turut dipamerkan.

 Periuk api dan claymore mines
Antara senjata yg pernah digunakan

Ruang pameran berthema Agent Orange. Gambar-gambar kecacatan kesan penggunaan bahan kimia Agent Orange. Juga terdapat janin yg telah cacat turut dipamerkan.


Senjata "recoiless gun"

Di ruangan luar muzium pula terdapat kelengkapan berat tentera Amerika seperti kereta kebal M48 Patton, M113, jet pejuang F-5A, A-1 Skyraider, A-37 Dragonfly, helikopter UH-1 Huey dan Chinook.

203mm M110 SPH

M113 APC

M41 Walker Bulldog

CH 47 Chinook


A-1 Skyraider


Walaupun muzium ini menggambarkan cerita dari sebelah pihak sahaja, iaitu dari kacamata Vietnam ia wajar dilawati kerana dapat memberikan pengajaran tentang kesan-kesan peperangan yang harus ditanggung oleh rakyat Vietnam berpuluh tahun lamanya, walaupun perang telah tamat pada tahun 1975. Tentunya pendedahan yg dibuat akan dapat membuka minda kita tentang buruknya peperangan dan mula hargai kedamaian yg kita kecapi sekian lama.



No comments:

Post a Comment