Sunday 3 August 2014

Pakistan Navy F22P Zulfiquar 18th Squadron

Pakistan telah mengadakan rundingan dengan China semenjak penghujung tahun 1990an lagi berkenaan pembelian 4 buah kapal frigate tetapi kontrak rasmi hanya ditandatangani pada 4 April 2006. Kontrak yang berjumlah USD 750 juta itu juga merangkumi 4 hingga 6 buah helikopter anti-kapal selam jenis Harbin Z-9EC dan berserta ordans untuk kapal-kapal ini. 3 buah kapal yg pertama dibina di Hudong-Zhonghua Shipyard, Shanghai, manakala kapal yg terakhir dibina di Karachi Shipyard & Engineering Works.

Kapal-kapal ini merupakan versi yang dipertingkatkan dari kapal frigate kelas Type 053H3 Jiangwei II. Kapal yang pertama PNS Zulfiquar (251) telah diterima pada 30 Julai 2009. Kapal ini pernah singgah di Malaysia dan Sri Lanka dalam perjalanan menuju ke Pakistan (tiba Karachi pada 12 Sep 2009), Kapal yang ke-2 PNS Shamsheer (252) tiba di Pakistan pada 23 Jan 2010 dan yang ke-3 PNS Saif (253) pada 15 Dis 2010. Kapal yg ke-4 PNS Aslat (254) dibina di Karachi dan ditauliahkan pada 17 Apr 2013.

Kemasukan PNS Zulfiquar ke dalam armada Tentera Laut Pakistan menandakan tertubuhnya Skuadron ke-18 pada 19 Ogos 2009. Skuadron ini kini diketuai oleh Komodor Asif Khalique.

F22P Kelas "Zulfiquar" (Sword)
Berat: 3,144 tan
Panjang: 123.2 meter
Lebar: 13.8 meter
Draft: 3.76 meter
Kelajuan: 29 knots
Range: 6,000 nautical miles range
Krew: 170

Persenjataan:

SSM: 8 x pelancar C-802A
Meriam: 1 x 76mm
ASW: ET-52C 324mm torpedo & RDC-32 roket anti-kapalselam
SAM: 8 x pelancar FM-90N
Pertahanan Udara Jarak Dekat:  2 x meriam Type 730 30mm CIWS
Helikopter: 1 x Z-9EC 
 
 
Lawatan PNS Shamsheer ke Port Klang, Malaysia (5 Apr 2014)










Rujukan:
http://pakmr.blogspot.com/2011/07/pns-aslat-4th-frigate-of-f-22p-zulfiqar.html
http://paknavy.gov.pk/18destroyer.html
http://en.wikipedia.org/wiki/F-22P_Zulfiquar-class_frigate
http://www.panggilanpertiwi.my/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=7&id=46179&Itemid=337
http://www.navy.mil.my/index.php/media-massa/berita/berita-utama/item/704-lawatan-kapal-tentera-laut-pakistan

No comments:

Post a Comment