Wednesday 20 August 2014

Malayan Special Force (MSF) - Firefight in Congo, 1961 / Tentera Malaya di Kongo

Serangan gerila Katanga di Elizabethville, Congo 1961

Pada 30 Jun 1960, Congo telah mendapat kemerdekaan dari Belgium. Selang 5 hari kemudian, tentera Congo memberontak dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara, termasuklah beberapa serangan keatas rakyat Belgium disana. Pada 11 Julai 1960, Belgium mengerahkan pasukan paratrooper ke Congo tanpa meminta izin kerajaan Congo yang berpusat di Leopoldville, untuk melindungi warganya. Keadaan menjadi semakin kusut apabila pada tarikh yang sama, pemimpin politik tempatan Moise Tsombe mengisytiharkan wilayah Katanga yang kaya dengan galian merdeka dari Congo. Jejak ini diikuti pula oleh wilayah Kasai Selatan sebulan kemudian.

Pada 14 Julai 1960. Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan Resolusi 143 meminta Belgium menarik keluar tentera mereka dari Congo. Pasukan pengaman kemudiannya dibentuk, dengan nama - United Nations Operation in Congo - UNOC - dan menjelang Julai 1961, pasukan ini mengandungi 30 negara dengan 19,828 anggota pengaman dan 2,000 petugas awam. Walaupun majoriti tentera Belgium telah ditarik keluar dari wilayah-wilayah Congo, tetapi masih terdapat kira-kira 510 pegawai tentera Belgium dan tentera upahan yang menyokong Tsombe di wilayah Katanga.

Tentera Katanga bersama tentera upahan yang menyokong kemerdekaan Katanga


Mike Hoare, ketua pasukan tentera upahan yang dikenali sebagai 4 Commando, dan kemudiannya mengetuai pasukan 5 Commando.


Pada tahun 1961, kontinjen tentera pengaman dari Malaya telah berlepas ke Congo dengan menaiki kapal SS Blatchford di Port Swettenham (kini Port Klang). Kontinjen ini mangandungi pasukan-pasukan dari Batalion ke-2 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 101 anggota berserta 14 buah kenderaan peninjau Ferret dari C Skuadron, 2 Rejimen Peninjau. Setibanya di Mombasa, Kenya pasukan peninjau ini diterbangkan ke Elizabethville, Congo dan diletakkan dibawah pemerintahan Indian Independent Brigade Group yang diketuai oleh Brigadier R. S. Noronha bersama-sama dengan Batalion Tunisia, Batalion Ethiopia, Batalion Irish, Batalion 2nd/5th Gurkha, batalion dari Rejimen Madras dan juga sebuah batalion dari Briged Rajputana.



Di Elizabethville. situasi adalah sangat tegang. Kesemua jalan masuk dikawal oleh checkpoint tentera bagi memastikan tiada senjata diseludup masuk. Trup No. 3 dibawah pimpinan Leftenan Lee Ah Pow (bersara Mejar) diletakkan bersama pasukan 2nd/5th Gurkha Rifles (Batalion ke-2, Rejimen ke-5 Gurkha) untuk mengawal Lapangan Terbang Elizabethville.



Pada 12 September 1962, trup pimpinan Lt. Lee telah diarahkan mengiringi 1 seksyen dari unit Gurkha untuk meninjau dikawasan 5 batu ke utara lapangan terbang. Kereta Ferret Lt. Lee mengetuai kumpulan ronda diikuti oleh Ferret ke-2 (Kpl. M. Yusof), ke-3 (Sjn. A, Razak) dan Ferret yang terakhir (Kpl. Edward Skading). Pasukan Gurkha diketuai oleh Major Gupta menaiki 2 x Land Rover yang berada ditengah-tengah konvoi.

Setelah meronda selama 3 jam dan tiada tanda-tanda kehadiran pasukan pemberontak disitu, mereka berpatah balik dan melalui persimpangan yg dikenali sebagai Martini Junction. Kira-kira selepas 1 kilometer, mereka telah dihalang oleh lebih 40 tentera pemberontak Katanga yang tiba-tiba muncul. diketuai oleh seorang tentera upahan kulit putih. Pemberontak mula mengepung dan enggan mematuhi arahan supaya beredar. Tentera Gurkha telah melompat turun dari Land Rover mereka dan mengambil posisi sambil Major Gupta menjerit " Do something, Lieutenant! " ke arah Lt. Lee.

Seketika itu juga, pemberontak melepaskan tembakan ke arah Lt. Lee, dan semasa berlindung didalam turret, Lt. Lee menghubungi HQ melaporkan situasi berkenaan dan pada masa yang sama memberi arahan kepada komander-komander Ferret lainnya supaya bersedia menembak dengan Browning machine-gun yang dipasang pada setiap Ferret. Dia juga mengarahkan tembakan dibuat ke arah Ferret yg diketuainya jika musuh berjaya menghampiri tanpa perlu memikirkan tentang keselamatan dirinya. Mereka juga diingatkan supaya tidak membazirkan peluru. Lt. Lee kemudian mengarahkan setiap Ferret menjarak dan mengambil kedudukan manakala pemberontak terus-menerus menembak dan melontar grened ke arah mereka dari jarak hanya 20 ela. Posisi menjarak diambil bagi mengelakkan Ferret disambar api jika salah satu terbakar akibat penggunaan grened oleh musuh. Selepas Ferret melepaskan tembakan short burst dengan Browning, pemberontak berundur dan melarikan diri. Apabila pengeledahan dilakukan, mereka dapati pemberontak meninggalkan 2 mayat dan banyak senjata-senjata seperti rifel, peluru, termasuklah pelancar roket.

Insiden ini telah menunjukkan kebolehan, kecekapan dan disiplin pemimpin dan anggota-anggota pasukan peninjau yang mampu bertindak secara profesional dalam situasi genting. Berikut adalah kandungan surat penghargaan yang ditulis oleh Brigadier R. S. Noronha kepada pegawai atasan Lt. Lee Ah Pow.

" Lt. Lee Ah Pow who commanded a troop of scout cars from C Squadron, 2nd Recce from MSF in support of 2nd/5th Gurkha Rifles patrol of 12 men on 12th September 1962 played an admirable part and showed examplary courage when the patrol was surrounded by about 100 armed Katangese Gendarmerie on Martini Track Junction, Elizanethville.

With a high degree of restraint and presence of mind, Lt. Lee Ah Pow deployed his troops in a position of all round defence to take on the enemy should they open fire, and thus provided a screen around 2nd/5th Gurkha Rifles.

With an undaunted couage and high quality of leadership he controlled his men from opening fire until the enemy opened the fire first on the patrol. Only then under a most difficult situation knowing of the UN peaceful aim, he ordered his troops to open fire with short bursts, in which they did and only killing two Gendarme and wounding one. The enemy then dispersed leaving behind boxes of ammunitions, side arms, greatcoats and equipment.

For gallantry and the right execution of orders and high degree of discipline displayed in the face of enemy. Lt. Lee Ah Pow has set a glowing example of leadership against overwhelming odds in the eyes of the enemy and Gurkha Rifles patrol."

Signature,
Brigadier R. S. Noronha MC
Command HQ
Indian Independent Brigade Group

Leftenan Lee Ah Pow telah dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 3 Jun 1964.


Rujukan:

http://www.mercenary-wars.net/congo/list-of-congo-soldiers.html

http://cj3b.info/Finds/FindsCongo2.html

http://renjervalour.blogspot.com/2006/03/firefight-in-elizabethville-congo-lt.html

8 comments:

  1. need more facts, i am edward skading, pls contact me

    ReplyDelete
  2. facebook skading edward edmond

    ReplyDelete
  3. facebook skading edward edmond

    ReplyDelete
  4. need more facts, i am edward skading, pls contact me

    ReplyDelete
  5. did mr skading said anything about the operation in congo? btw, he is my grandfather's friend, they both served under un command in congo. please do let me know if you have any info regarding these. thank you.

    ReplyDelete
  6. did mr skading said anything about the operation in congo? btw, he is my grandfather's friend, they both served under un command in congo. please do let me know if you have any info regarding these. thank you.

    ReplyDelete
  7. Hello there. My name is Azlan A. Aziz, the youngest son of the late Col (R) Hj A. Aziz bin Hj Saif. He served with the MSF in 1960 as a 2nd Lt right after receiving his commission. I am collecting news articles, pictures and any recollection of the MSF operation at that time to build my own archive. This is to hand down to my own children so they know who their grandfather was. I can be contact on 017 623 7813 or via e-mail at azlan.aziz1968@gmail.com.

    ReplyDelete