Friday 22 August 2014

British Air Power During Malayan Emergency 1948-1960 / Kuasa Udara British di zaman Darurat

Peranan Royal Air Force didalam Darurat Pertama di Malaya

"Although this was not air war, aviation was essential to the operations in Malaya"
Air Vice Marshall Sir Francis Mellersh, Air Officer Commanding Malaya (1949-1951).

Merujuk kepada kenyataan beliau selaku pemerintah RAF di Malaya, ternyata RAF masih memainkan peranan yang besar dalam operasi-operasi ketenteraan semasa Darurat Pertama, walaupun ianmya bukanlah peperangan udara dalam ertikata sebenar, RAF memainkan bertanggungjawab dalam pengangkutan udara, hantaran udara (ulang bekal), peninjauan dan juga serangan darat. Dengan mengambilkira rupa bumi Malaya pada masa itu yang masih belum banyak membangun dan jalan perhubungan darat adalah terhad, sokongan pasukan udara adalah amat-amat diperlukan.

Pada awal Darurat diisytiharkan, kekuatan pasukan keselamatan adalah seperti berikut:
- 14,000 anggota polis
- 6 batalion Gurkha Rifles
- 1 batalion King's Own Yorkshire Light Infantry (KOYLI)
- 1 batalion Seaforth Highlanders
- 2 batalion Rej. Askar Melayu Diraja
- 3 batalion 26th Field Regiment (Artillery) - yang menjalankan tugas-tugas infantri

Kemudiannya, bantuan tambahan adalah seperti berikut:
- 1 batalion Royal Inniskilling Regiment
- 6 batalion 2nd Guards Brigade
- kontinjen dari Fijian Regiment dan King's African Rifle

Pada kemuncak Darurat, kesemua anggota tentera British dan Komanwel berjumlah 40,000 orang (termasuk 10,500 Gurkha). Pada ketika itu, jumlah anggota polis adalah 24,000 orang, 37,000 anggota Special Constables/Auxillary Police dan 250,000 anggota Home Guard.

RAF pula mengandungi skuadron-skuadron berikut:
- No. 45 (Bomber) Sqn - Singapura
- No. 60 (Fighter) Sqn - Singapura
- No. 81 (Photo Recon) Sqn - Singapura
- No. 52 (Transport) Sqn - Kuala Lumpur
- No, 155 & No. 144 (Helicopter) Sqn
- No. 848 (Helicopter) Sqn. Fleet Air Arms, Royal Navy
- No. 41 (Transport) Sqn. Royal New Zealand Air Force
- No.205 (Maritime Recon) Sqn
- No. 656 (Light Liaison) Sqn. Army Air Corps

RAF Seletar

RAF Tengah

Pesawat pengebom Avro Lincoln No. 1 Sqn Royal Australian Air Force (RAAF) di Pangkalan Udara Tengah pada tahun 1950

No. 45 Sqn yang mengoperasikan jet pengenbom Canberra dari Pengkalan Udara Tengah, Singapura

Peranan-peranan RAF boleh dibahagikan seperti seperti berikut:
1.  bekalan udara
2.  tinjauan udara
3.  serangan darat
4.  semburan tanaman (crop spraying)
5.  perang saraf

Bekalan Udara
- kawasan pinggir pantai mempunyai infrastruktur yang agak baik. Kebanyakan bekalan lojistik ke pendalaman dan hutan-hutan tebal dibuat menggunakan hantaran udara oleh pesawat-pesawat Dakota dan Valetta
- cuaca bukanlah penghalang utama kepada operasi udara. Kebanyakan penerbangan dilakukan pada awal pagi hinggalah ke tengahari kerana tiada perubahan cuaca yang drastik membolehkan kebanyakan penerbangan dirancang awal dan dilaksana tanpa banyak masalah
- bekalan yang tiba tepat pada masanya membolehkan pasukan darat meronda jauh ke pendalaman dan dalam tempoh masa yang lebih panjang, dan seberapa lama yang mereka mampu bertahan
- pada tahun 1950, hanya 2 % atau 468 container gagal didaratkan dengan selamat - berbanding dengan 28,000 container yang selamat dijautuhkan melalui pasukan hantaran udara
- kawasan pendalaman yang mempunyi pangkalan hadapan biasanya mempunyai landasan sepanjang 450 hingga 600 kaki panjang. Pesawat Prestwick Pioneer sesuai digunakan kerana ia mempunyai keupayaan STOL (Short Take Off and Landing)
- pada tahun 1955, RAF menggunakan 10 x helikopter Sikorsky S-55 sebabagai pengangkut trup dan bekalan kekawasan-kawasan terpencil. Dengan keupayaan helikopter yang lebih versatil, jumlah telah ditambah menjadi 40 buah seperti berikut - No. 195 Sqn - 14 x Sycamore, No. 155 Sqn - 26 x Whirlwind dan No. 848 Sqn Fleet Air Arms - 10 x Sikorsky S-55
- dalam tahun 1955 sahaja, kesemua 40 buah helikopter ini telah membuat 20,000 (penerbangan)sorties
- penggunaan helikopter bagaimanapun dianggap sebagai satu kemewahan (tidak ekonomik) kerana kosnya yang lebih tinggi, sebagai perbandingan kos menerbangkan helikopter jenis Whirlwind untuk tempoh sejam adalah US $ 218.00 manakala kos menerbangkan pesawat ringan Auster hanyalah US $ 36.00 sejam.
- atas faktor ini, Markas Udara di Kuala Lumpur mengawal supaya helikopter tidak disalahgunakan dan dipoerasikan dengan cara yang terbaik dan paling ekonomik. Bagaimanapun, pada tahun 1955 sahaja, helikopter-helikopter ini melaksanakan 20,000 sorties.

C-47 Skytrain (Dakota) pesawat pengangkut kargo dan paratrooper

Vickers Valetta

Bristol Freighter pesawat pengangkut yang digunakan oleh Royal New Zealand Air Force (RNZAAF)


Tinjauan Udara
- Biasanya dilaksanakan dari RAF Butterworth dengan pesawat Mosquito manakala No. 81 Sqn dari Singapura menggunakan pesawat jenis Pembroke dan Meteor.
- tinjauan taktikal pula dilakukan oleh No. 656 Sqn Army Air Corps yang dilengkapi dengan 34 buah pesawat Auster.
- sepanjang tahun 1953, skuadron ini telah melakukan 460 misi tinjauan fotografik.

Auster yang dioperasikan oleh Tentera Darat sebagai peninjau

Percival Pembroke

Prestwick

Shorts Sunderland mempunyai keupayaan amfibi



Serangan Darat
- bertujuan untuk membunuh, menganggu (supaya pengganas komunis sentiasa berpindah randah), memusnah kem-kem dan stor simpanan makanan
- pada permulaan Darurat pada tahun 1948, pesawat Spirfire masih digunakan untuk tujuan serangan darat. Kemudian, dalam program pemodenan RAF, pesawat lama seperti Tempest, Hornet dan Brigand digantikan dengan Vampire dan Venom
- pengeboman pula dilakukan oleh pesawat yang lebih besar seperti Lincoln dan Sunderland, yang kemudiannya digantikan dengan pesawat yang lebih moden seperti Canberra.
- kebanyakan serangan adalah dirancang awal dan sangat sedikit yang berupa panggilan segera
- antara teknik yang digunakan pasukan darat adalah dengan melepaskan belon-belon berwarna (setiap warna mempunyai kod tersendiri)
- pesawat ringan Auster yang dioperasikan oleh tentera darat juga digunakan sebagai penanda sasaran (Forward Air Controller)
- sepanjang tempoh 12 tahun Darurat, RAF telah melaksanakan 25,000 penerbangan/sorties dengan mengugurkan 33,000 tan pelbagai jenis bom.
- percubaan percubaan menggugurkan komando SAS dari udara di Pahang agak kurang berjaya memandangkan separuh dari trup yang telah digugurkan dengan paracut tersangkut pada pokok-pokok yang tinggi mencecah 200 kaki...seorang pegawa British mengatakan ia seolah-olah melihat pokok Krismas yang digantung dengan hiasan-hiasan! Bagi mengatasi masalah ini, SAS menggunakan peralatan "abseil gear" seperti kaedah yang digunakan oleh pasukan bomba Amerika dan Kanada untuk turun dari tempat tinggi
- selain itu mereka juga menukar taktik dengan menggugurkan pasukan SAS agak jauh dari sasaran supaya kehadiran mereka tidak disedari oleh pengganas komunis.

Bristol Brigand

de Havilland Hornet


Gloster Meteor

Vampire

Venom

Canberra

Semburan Tanaman
- tujuan penyemburan ini adalah untuk membunuh tanaman-tanaman dan menghalang pengganas komunis mendapat bekalan makanan. Strategi ini telah digunapakai oleh tentera Amerika dalm Perang Vietnam dengan menyembur bahan kimia beracun yang dikenali sebagai Agent Orange (tetapi di Malaya tidak menggunakan bahan ini)
- mulanya RAF menggunakan helikopter dari No, 155 Sqn untuk menyembur racun-racun tersebut, tetapi menyedari yang mereka juga boleh disenbur dengan peluru-peluru pengganas komunis, operasi seperti ini mula diiringi helikopter bersenjata
- sebanyak 170 sorties dilakukan oleh helikopter dan pesawat Beaver serta Pioneer.

Helikopter jenis Whirlwind dibuat dibawah lesen dari model asal Sikorsky S-55

Sycamore


Perang Saraf
- pada tahun 1953, No. 267 Sqn menggunakan 1 x Auster dan 2 x Valetta yang dipasang pembesar suara untuk memujuk pengganas komunis untuk menyerah diri. Strategi ini ternyata berjaya kerana kebanyakan (70%) yang menyerah diri adalah buta huruf
- pada tahun 1954 hingga 1955, mereka telah menggugurkan risalah dalam ratio 50,000 bagi 1 orang pengganas

Kesimpulan kepada operasi-operasi yang dilaksanakan oleh RAF, ternyata sumbangan RAF wajar dihargai kerana ia membolehkan pasukan darat beroperasi dengan lebih jauh dan lama atas frekuensi dan kecekapan ulang bekal, membantu mobiliti dan evakuasi anggota tentera yang cedera, peninjauan udara membolehkan tentera darat dan polis membuat keputusan-keputusan taktikal dan misi pengeboman dan bantuan udara rapat juga menghasilkan kejayaan sebagaimana diharapkan.


Kredit:

Diterjemah dari "The Accomplishments of Air Power in the Malayan Emergency", Project Number AU-411-62-ASI, Insurgency and Counterinsurgency Studies, Aerospace Studies Institute, Air University, Maxwell Air Force Base, Alabama, USA (May 1963).

Foto: sumber internet / kredit kepada pemilik asal

No comments:

Post a Comment