Australian
Border Force (ABF) adalah sebahagian dari Department of Immigration and Border
Protection yang bertanggungjawab ke atas kawalan dan penguatkuasaan di sempadan
laut dan daratan Australia. Pasukan ini ditubuhkan pada 1 Julai 2015, dengan
penggabungan Australian Customs and Border Protection dan sebuah unit yang bertanggungjawab
keatas penahanan imigran dari Department of Immigration and Border Protection.
ABF mempunyai 5,800 orang kakitangan.
Marine Unit
dari ABF merupakan sebuah pasukan pengawal pantai (Coast Guard) yang
bertanggungjawab ke atas pengawasan EEZ (Economic Exclusion Zone) Australia
yang dilengkapi dengan 8 buah bot peronda kelas “Cape” dan juga beberapa buah
kapal seperti ACV Triton, ACV Ashmore Guardian, ACV Ocean Protector dan MV
Skandi Bergen (kemudiannya dinamakan Ocean Shield). ABF juga memiliki komponen udara yang
mengoperasikan 8 buah pesawat Dash 8.
Eksesais
Redback
Pada hari
ini Maritim Malaysia bersama ABF telah melancarkan “Eksesais Redback”, sebuah
siri latihan bersama yang bertujuan untuk memperkasakan daya usaha bagi menghadapi
cabaran dalam menjaga keselamatan perairan antara kedua – dua negara. Eksesais
ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2013 lagi (sejumlah 8 siri telah
dilaksanakan) dimana kedua – dua agensi saling bertukar maklumat berkenaan
pergerakan jenayah maritime rentas sempadan.
Bercakap
semasa Majlis Perasmian Eksesais Redback, YBhg Laksamana Maritim Dato’ Indera
Zulkifli bin Abu Bakar, “inisiatif ini perlu dilakukan secara berterusan bagi memantapkan
kapabiliti Maritim Malaysia dengan berkongsi kepakaran dalam bidang penguatkuasaan
dan carilamat (SAR – search and rescue) yang mana ianya merupakan tugas teras
Agensi ini”.
Tambahnya
lagi, “Maritim Malaysia dan ABF telah menjalinkan kerjasama melalui MOU antara
kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia dibawah Cooperation and Assistance
Relating to Civil Maritime Law Enforcement Operations pada 12 Julai 2011, yang
mana kerjasama ini melibatkan 4 tunjang utama bagi asas hubungan kerjasama ini
iaitu perkongsian maklumat, pembangunan sumber manusia, kajian dan pembangunan
(R&D) serta mana – mana bidang yang berkaitan dengan Ciivl Maritime Law
Enforcement Operations”.
Sementara
itu, Pemangku Komisioner ABF, Michael Outram berkata. “ini merupakan kali
pertama ABF membawa bersama kapal maritim Australia yang terbesar iaitu
Australian Border Force Cutter (ABFC) Ocean Shield ke Malaysia. Kehadiran kapal
ini adalah sebagai nilai tambah dan simbolik kepada kerjasama erat antara kedua
negara. ABFC Ocean Shield merupakan sebuah aset yang terlibat secara langsung
dalam membantu Malaysia semasa pencarian MH370 di Lautan Hindi”.
“Australia
telah lama menjalinkan kerjasama dari sudut penguatkuasaan bersama Malaysia dan
berkongsi matlamat yang sama untuk menghadapi cabaran keselamatan di laut,
termasuklah isu penyeludupan manusia dan dadah, penangkapan ikan secara haram
dan lain – lain ancaman keselamatan”, kata Michael Outram.
Sepanjang
eksesais dilaksanakan, lebih kurang 100 pegawai dan anggota daripada Maritim
Malaysia dan ABF terlibat. Ini termasuk juga penglibatan dari TLDM dan PDRM.
Mereka ditempatkan di atas KM Marlin dan KM Bagan Datuk selaku pemerhati selama
ianya diadakan di Selat Melaka dengan bermula dari Pelabuhan Klang pada hari
ini dan berakhir di Pulau Pinang pada 14 Oktober nanti.
Eksesais
Redback akan dibahagikan kepada 3 fasa utama, iaitu fasa pelabuhan, fasa di laut
dan juga fasa penutup. Ketiga – tiga fasa ini akan diisi dengan pelbagai modul latihan
bagi mencapai oebjektifnya dalam memperkasakan pengawasan dan keselamatan maritim
kedua – dua negara.
Kapal Ocean
Shield.
ABFC Ocean
Shield pada asalnya telah ditempah oleh firma DOF Subsea pada tahun 2010
sebagai kapal sokongan luar pantai (offshore support vessel – subsea construction
and maintenance) dan dikenali sebagai MSV Skandi Bergen. Ia dibina oleh STX
OSV, Tulcea di Romania dan siap pada 22 Mei 2012.
Pada tahun
2012 juga, Jabatan Pertahanan Australia sedang mencari calon pengganti sementara
bagi kapal amfibi dari kelas Kanimbla yang telah dilucut tauliah. Perbincangan
telah diadakan dengan firma DOF Subsea semasa Skandi Bergen masih dalam
pembinaan lagi. Pada pertengahan tahun 2012, kapal ini telah memasuki
perkhidmatan Tentera Laut Diraja Australia (RAN – Royal Australian Navy) dengan
nama Australian Defence Vessel (ADV) Ocean Shield dan dikendalikan oleh krew
awam.
Berat
sesaran – 8,500 tan
Panjang –
110.9 meter
Lebar – 22 meter
Draf – 6.6
meter
Kelajuan –
16 knots (30 km/jam)
Krew – 22 +
50
Pada bulan
Mac 2014, ADV Ocean Shield merupakan antara beberapa kapal dari Australia yang
menyertai misi pencarian MH370. Dilengkapi dengan “towed pinger locator” yang
dipinjamkan oleh USN (United States Navy), telah ememulakan pencarian pada 3
April 2014. Kemudian pada 14 April 2014, telah digantikan dengan Bluefin-21, AUV
– autonomous underwater vehicle.
ADV Ocean
Shield dijadualkan untuk diserahkan kepada Marine Unit, Australian Customs and
Border Protection Service pada 2016 setelah kapal kelas Canberra (landing
helicopter dock) disiapkan untuk RAN, akan tetapi proses penyerahan ini
dipercepatkan kepada 1 Julai 2014. Ocean Shield kemudiannya menjalani
modifikasi di Singapura dan Horbart, Australia bagi menyesuaikan dengan tugas
barunya. Peruntukan telah disediakan untuk Ocean Shield melakukan rondaan
selama 300 hari dalam setahun.
Setelah
pembentukan Australian Border Force pada Julai 2015, prefix untuk Ocean Shield
telah ditukarkan kepada ABFC – Australian Border Force Cutter.
Foto - foto Ocean Shield dan fasiliti yang terdapat didalamnya.
No comments:
Post a Comment