Lt Col Ron Reid - Daly |
Uniform Selous Scouts |
Selous Scouts menggunakan taktik "asymmetric warfare" terhadap musuh mereka seperti melakukan penculikan, serang hendap, sabotaj landasan keretapi dan jambatan, pembunuhan tokoh - tokoh penting, memeras ugut, penggunaan bom kereta dan juga risikan. Apabila Selous Scouts dapat menawan gerila hidup - hidup, mereka mempunyai 3 pilihan - pertama, menghapuskan mereka serta merta, kedua - menyerahkan kepada pasukan keselamatan lain untuk diambil tindakan mengikut perundangan, biasanya membawa kepada hukuman gantung sampai mati dan ketiga - menyerapkan mereka masuk ke dalam pasukan Selous Scouts. Jika musuh didapati tercedera, ia akan dibawa ke pengkalan Selous Scout dan dirawat sehabis baik (tanpa pengetahuan pasukan gerila mahupun pasukan keselamatan lain). Dengan cara ini, baisanya gerila yang tercedera itu akan terasa terhutang budi dan lebih mudah untuk mereka berpaling tadah. Dia seterusnya dihantar untuk rawatan lanjutan di hospital, dan akan dilawati oleh Selous Scouts. Fasa seterusnya pemeriksaan akan dibuat bagi memastikan kesetiaannya, jika lulus ia akan diberikan wang secara lump sum dan ahli keluarganaya diberikan perlindungan. Ujian terakhir untuk menguji kesetiaan adalah dengan memberikannya senjata, tentunya dengan peluru yang telah tidak berfungsi dengan baik.
Pemilihan untuk menyertai Selous Scouts lebih mencabar dari pemilihan SAS Rhodesia, sebagai contoh, dalam satu ambilan 126 calon - hanya 12 sahaja berjaya melepasi latian. Selous Scouts mencari calon yang boleh bekerjasama dalam satu pasukan dan dia juga mesti berupaya berfikir dan bertindak berseorangan. Kursus mengambil masa selama 17 hari dimana hampir separuh akan gagal pada dua hari pertama latihan. Pelatih - pelatih tidak diberikan makanan dan mereka bergantung kepada ikhtiar hidup untuk mendapatkan makanan. Latian terakhir adalah menamatkan perjalanan 100 km dengan membawa bebanan seberat 30 kg yang berupa batu di cat merah untuk menhalang peserta melakukan penipuan. Bagi yang berjaya, fasa terakhir adalah latihan di kem yang dibina mirip seperti kem gerila. Mereka belajar bertutur seperti gerila, dan mengamalkan kehidupan seperti seorang gerila.
Pada tahun 1979, Selous Scouts dituduh terlibat dalam pemburuan haram gading gajah di lembah Zambesi. Ini menimbulkan ketegangan antara Lt. Col Ron dan Lt. Gen Jon Hackman, komander tentera Rhodesia ketika itu. Pertengkaran di mes pegawai berlanjutan hingga Ron di bawa ke mahkamah tentera. Kerana dia dihormati dan mendapat simpati ramai anggota tentera, Ron dikenakan hukuman paling minima. Tidak berpuas hati atas apa yang berlaku, beliau meletakkan jawatannya dan membawa kes ke mahkamah awam. Bagaimanapun usahanya menemui kegagalan dan Ron berhijrah ke Afrika Selatan.
Beliau meninggal dunia pada usia 81 tahun.
No comments:
Post a Comment