Monday 15 June 2015

Ex Haringgaroo 66/2015 (Malaysian and Australian Armies)

Eksesais Haringgaroo Siri 66/2015 merupakan kerjasama bilateral antara Malaysia dan Australia, melalui Malaysian-Australian Joint Defence Program (MAJDP). Latihan ini dilaksanakan dalam 2 fasa, iaitu latihan silang (cross training) antara 5 hingga 7 Jun 2015, dan latihan medan (FTX - field training exercise) antara 8 hingga 14 Jun 2015. Latihan yang pertama kalinya diadakan pada tahun 1977 dikenali sebagai Ex Scorpion sebelum dinamakan Ex Haringgaroo (Harimau - Kangaroo).

Perasmian disempurnakan oleh Mej. Jen. Dato' Abu Muslim bin Ismai, Panglima 4 Divisyen, manakala majlis penutupan pula disempurnakan oleh Brig. Jen. Badrul Hisham bin Mohamad, Panglima 11 Briged. (link - upacara pembukaan).

Foto-foto dari fasa terakhir latihan, iaitu Fasa Serangan Akhir pada 14 Jun 2015 yang melibatkan gabungan Batalion ke-4 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) dan Rifle Company Butterworth (RCB) ke atas kedudukan musuh di sekitar kawasan Ladang Sungai Kelah, Sungkai, Perak.

Laporan dari Perak Today


































1 comment:

  1. Adakah senjata api perlu bergantung kpd hasil rampasan atau lain2 macam segelintir pergerakan gerlia seperti Pejuang indonesia zaman 40 an dan kumpulan pejuang lain.

    ReplyDelete