Pemburuan Chong Chor - 1974
Kesemua 52 anggota pengganas komunis itu diturunkan oleh lori dipinggir hutan dekat Raub, Pahang. Disini, Unit Penggempur ke-6 PKM, dibawah pimpinan Chong Chor mendapat tambahan 4 lagi anggota baru. Atas faktor keselamatan, mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan, 33 anggota dibawah Chong Chor dan lagi 21 anggota dibawah pimpinan Chong San. Mereka menuju ke Cheroh, dan setelah berjalan selama 20 hari mereka mendapati kesemua stok simpanan makanan mereka telah dimusnahkan oleh pasukan keselamatan. (Stok makanan mereka ditanam di dalam tanah - food dump).
Peta: Negeri Pahang
Selepas dua hari meninggalkan Cheroh dan menuju ke Teras, mereka telah kehabisan bekalan makanan dan terpaksa memakan daging monyet. Beberapa hari kemudian mereka menemui kebun pisang dan memotong kira-kira 50 tandan pisang dalam masa sejam. Kerana kebuluran, sebahagian pisang dimakan disitu juga. Pekerja kebun pisang kemudian menjumpai banyak kesan kulit pisang yang ditinggalkan dan melaporkan kepada pasukan keselamatan. Disinilah menjadi permulaan pemburuan mereka oleh pasukan keselamatan. Beberapa hari kemudian, pada 11 Jan 1974, berlaku pertempuran, pengganas komunis berundur setelah memasang jerangkap samar untuk melengahkan pergerakan pasukan keselamatan. Chong Chor bercadang menukar arah dari Teras menuju ke Tanjung Malim, tetapi Special Branch (SB) telah berfikir selangkah kehadapan, pasukan keselamatan dihantar ke Slim River dan Tanjung Malim. Berlaku lagi pertempuran pada 13 Jan 1974 selama 20 minit, sebelum mereka melarikan diri. Keesokkannya mereka telah dihujani dengan tembakan artileri, peluru yang meletup pada semak samun kering telah membakar kawasan tersebut menjadikan musuh bertempiaran lari ke segenap arah. Pada waktu malam pula helikopter melepaskan flare, dan pada waktu siangnya pula menggugurkan risalah menawarkan pengampunan jika pengganas komunis menyerah diri.
Akhirnya pada 26 Jan 1974, Chong Chor dan pasukannya tiba di Tanjung Malim. Dalam usaha mencari makanan, pasukannya diserang hendap oleh pasukan keselamatan, membunuh seorang dan mencederakan lagi dua anggotanya. Mereka kemudian melarikan diri ke Ulu Slim, disana dua anggota pasukannya yang mencari makanan telah tidak kembali. Pada malam yang sama, kedudukan mereka telah diserang dengan tembakan mortar. Pada ketika ini, mereka telah kebuluran dan hilang arah. Seorang anggota mereka mati kelaparan, mayatnya dibungkus dengan plastik dan ditanam dibawah pokok besar.
Anggota pasukan keselamatan Malaysia semasa era melawan insurgensi. Polis (atas) dan Tentera Darat (bawah)
Sembilan hari kemudian, mereka menemui buah kelihatan seperti buah nangka. Mereka pun makan buah tersebut setelah melihat beberapa ekor monyet memakannya. Mereka memakan buah dan biji sekali, yang menyebabkan mereka keracunan. Mereka muntah-muntah dan bergulingan seolah-oleh diserang histeria tanpa dapat dikawal, sehingga ada yang koma. Menjelang 28 Feb 1974, hanya 4 orang yang masih hidup. See Hong, yang koma selama 3 hari selepas memakan buah tersebut, terlalu lemah dan ditinggalkan. Dia kemudian mengagahkan diri bergerak menuju ke kawasan pembalakan, dimana dia diselamatkan dan diserahkan kepada pihak Polis di Raub.
Didalam bukunya, "I Want to Live", dia menceritakan pengalamannya, dimana pada malam sebelum dia ditinggalkan, dia ternampak Chong Chor dan isterinya sedang memakan makanan di dalam tin. Dia sangat terkejut kerana Chong Chor sanggup membiarkan anggotanya mati kebuluran, sedangkan dia mempunyai bekalan makanan yang disimpan untuk isteri dan dirinya sendiri. Ketika di soal siasat semasa penangkapannya, Chong Chor menceritakan yang dia terjumpa tin-tin makanan yang ditinggalkan oleh anggota pasukan keselamatan. Setiap kali mereka menemui bekas pangkalan sementara pasukan keselamatan, beliau akan menguis tanah dengan jari-jarinya di kawasan yang dijangka ada lebihan makanan yang telah dikambus oleh pasukan keselamatan, tanpa dilihat oleh pengganas komunis yang lain. Jika berjaya menemui tin makanan yang belum dibuka, dia akan menyorokkan dari pengetahuan anggota pasukannya.
Pengganas komunis
Tertangkapnya Chong Chor - 1988
Apabila telah tiba di Raub, Chong Chor, Ahli Komiti Pusat, Parti Komunis Malaya (PKM) dan isterinya Ailian mula merekrut dan melatih anggota-anggota baru di kawasan tersebut. Ia tidak mengambil tempoh yang lama untuk mereka membina kawasan simpanan makanan (food dumps) dan dibawah pimpinan Chong Chor jugalah, Unit Penggempur ke-6 PKM (6th Assault Unit) kembali mencapai kekuatan dan menjadi ancaman serius kepada kerajaan. Beliau tinggal di Pahang sepanjang tahun-tahun 1980an.
Menjelang tahun 1980, Special Branch telah berjaya melumpuhkan gerakan bawah tanah komunis (underground) di Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan. Ini memberikan tamparan hebat kepada pengganas komunis yang beroperasi di hutan kerana mereka amat bergantung kepada sokongan lojistik yang diberikan oleh pasukan bawah tanah mereka itu. Semakin ramai anggota pengganas komunis di Perak, Pahang dan Selangor samada menyerah diri atau ditangkap oleh Special Branch. Hal ini semakin menjatuhkan moral PKM untuk meneruskan perjuangan sia-sia mereka.
Dengan kemudahan infrastruktur jalanraya yang lebih baik di semenanjung, pasukan keselamatan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada penggunaan helikopter dalam mobiliti. Lebuhraya Timur-Barat umpamanya boleh digunakan oleh pasukan keselamatan untuk masuk ke kawasan operasi pada bila-bila masa, berbanding penggunaan helikopter yang mana kehadirannya boleh disedari oleh musuh.
Setelah berjaya melumpuhkan jaringan-jaringan kumpulan bawah tanah PKM di beberapa negeri yang disebutkan tadi, Special Branch kini boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti yang dilakukan oleh Chong Chor dan pasukannya. Mereka telah berjaya memintas frekuensi radio dan mampu mengesan kedudukannya dengan tepat setiap kali Chong Chor berkomunikasi dengan Ibupejabat PKM di Betong di Selatan Thai. Dalam satu insiden, mereka berjaya menyelamatkan diri semasa kem mereka dibom oleh pasukan keselamatan. Mengesyaki yang frekuensi radio mereka telah dipintas oleh pasukan keselamatan. beliau mengarahkan sebarang perhubungan radio untuk seluruh semenanjung dihentikan buat seketika. Radio-radio yang sedia ada telah diarahkan untuk ditanam, dan semua unit pengganas komunis yang beroperasi dikehendaki menggunakan kaedah komunikasi - Dead Letter Box - dimana mesej akan dibawa oleh courier (anggota pengganas) dan ditinggalkan pada tempat-tempat tertentu untuk diambil oleh pihak penerima. Tempat-tempat tersebut adalah seperti pokok-pokok yang telah ditanda atau di pondok-pondok ladang yang tertentu. Jika satu-satu tempat itu telah ditetapkan sebagai tempat berkumpul atau rendezvous, setiap pihak hanya akan menunggu di lokasi tersebut selama tidak lebih 48 jam sahaja, untuk mengelakkan mereka dari ditangkap oleh pasukan keselamatan. Jika salah satu pihak gagal hadir dalam tempoh masa tersebut mereka dianggap samada telah tertangkap atau dibunuh oleh pasukan keselamatan.
Kaedah Dead Letter Box
Gambar menunjukkan mesej (rolled slip) dibawah kayu yang disandarkan pada pokok, antara kaedah Dead Letter Box (Gambar dari buku "The Spear and The Kerambit" oleh A. Navaratnam, 2001)
Antara barang-barang yang ditemui adalah:
1. beras - 72 drum bersaiz 44 gallon
2. minyak masak - 42 tin x 17kg
3. gula - 29 guni x 50kg
4. garam - 61 drum bersaiz 1 gallon
5. marjerin - 15 tin x 17kg
6. pelbagai jenis makanan dalam tin dalam jumlah yang besar
Jumlah makanan yang ditemui ini mampu membekalkan 50 pengganas komunis untuk tempoh selama setahun.
Sekali lagi Chong Chor terpaksa mengubah strategi. Dalam keadaan yang sangat terdesak, dia mengarahkan anggota pasukannya keluar dari hutan dan cuba berhubung dengan penyokong-penyokong mereka yang ternyata semakin berkurangan kerana ramai telah ditangkap oleh Special Branch. Beliau sendiri terpaksa menggunakan khidmat pasukan bawah tanah untuk membawanya ke Betong untuk menemui Ahli Komiti Pusat PKM, Ah Sek yang juga komander kepada Rejimen ke-12 PKM. Menyedari keadaan ini, Special Branch melancarkan "Operasi Talong" dengan objektif menangkap Chong Chor dan menamatkan riwayat Unit Penggempur ke-6 PKM. Pada masa itu, hanya unit penggempur ini yang masih aktif di semenanjung kerana Abdullah CD dan Rashid Mydin telah cenderung kepada perdamaian yang dicadangkan oleh kerajaan Thai.
Untuk seketika, Chong Chor dengan liciknya berjaya melepaskan diri dari Operasi Talong. Beliau berada di Kuala Lumpur sejak Disember 1987, dan berulang alik dari rumah kakaknya di Jalan Pasar, Kuala Lumpur ke rumah anaknya di Sungai Buloh. Beliau berpindah randah untuk megelak dari dikesan, bagaimanapun pada 1 Mac 1988, Special Branch (SB) telah dapat menjejaknya di Jalan Pasar. Walaupun dia boleh ditangkap pada masa itu, Ketua Polis Negara telah mengarahkan SB untuk menunggu sehingga waktu malam, kemungkinan Chong Chor ada membuat temujanji dengan anggota komunis lainnya.
Pada keesokkannya, 2 Mac 1988, Chong Chor bersama pengawal peribadinya menemui Yeung Nam, salah seorang anggota 5th Armed Work Force (AWF) dihadapan Globe Silk Store di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Mereka ditangkap tanpa sebarang perlawanan dan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa. Menjelang penghujung bulan Julai 1989, semua anggota pengganas komunis dari Unit Penggempur ke-6 PKM telah diberkas oleh SB dalam beberapa siri operasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang.
Semoga tuan dapat meneruskan penyiaran artikel seperti ini dimasa hadapan. Terima kaseh dan syabas atas usaha tuan
ReplyDeleteInsya Allah...dan terima kasih kerana sudi membaca
ReplyDeletePas tu, apa brlaku kepada Chong Chor?
ReplyDeleteDitangkap ketika berusia 66 tahun, dan mati kerana sakit jantung 11 tahun kemudian pada 9 Mei 1997. Link: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131222/re_07/Chong-Chor-komunis-tegar
Deletedalam Ops Tanglung 88 orang yang ditugaskan untuk tangkap Cheong chor adalah Supt Borhan bin Daud yang kini tinggal di Kuantan dan bertugas IPK Pahang.cuba baca buku sang saka biru
ReplyDeleteterima kasih
Deletesaya bernah membaca buku mengisahkan See Hong,tajuk buku tu.. aku ingin hidup.segala penderitaan telah di coretkan dalam buku tersebut.tapi sayangnya buku tu telah lama hilang dan mungkin sapa yg ada blh shere..
ReplyDeleteSaya pun tengah cari buku tu. Tajuk dia I WANT TO LIVE.
DeleteTeringat buku the spear and the kerambit tulisan SAC (R) A. NAVARATNAM. Semoga tuan dapat mengalih bahasa lebih banyak kisah perjuangan perwira negara kita.
ReplyDeletememang terjemahan dari buku tersebut disamping maklumat tambahan dari sumber lain
DeleteDimana saya boleh beli buku See Hong 'I want to live '?
ReplyDeletesekarang mungkin dah tiada lagi tuan
DeleteDimana saya boleh beli buku See Hong 'I want to live '?
ReplyDeleteboleh pulak lepak2 di kuala lumpur.... hebat... heh
ReplyDelete