Tuesday, 9 December 2014

ROKS Choi Young (DDH 981)

Kapal pemusnah Tentera Laut Korea Selatan (ROKN - Republic of Korea Navy) ROKS Choi Young (Choe Yeong) dan kapal bekalan ROKS Cheonji yang kini sedang mengadakan misi pelayaran ke 12 buah negara telah singgah di Pelabuhan Kelang selama 4 hari bermula dari 27 November hingga 30 November 2014. 

Kapal ini membawa pegawai-pegawai kadet kanan bagi tujuan latihan di laut sejauh 20,240 batu nautika serta membuat kunjungan ke negara-negara sahabat bagi mengeratkan hubungan kerjasama dalam aspek keselamatan. Navy Cruise Training Task Group ini diketuai oleh Rear Admiral Jungsoo Chun.




ROKS Choi Young (DDH 981) adalah kapal pemusnah dari kelas Chungmugong Yi Sun-sin, yang dinamakan sempena Jeneral Choi Young (1316 hingga 1388). Beliau terkenal atas kejayaan menumpaskan lanun-lanun Jepun yang mengganggu perairan Korea pada tahun-tanun 1350an dan pada usia 39 tahun, beliau berjaya menumpaskan pemberontakan "Red Turban Rebellion" dalam lebih 30 pertempuran berlainan. Pada tahun 1364, beliau berjaya menumpaskan serangan 10,000 tentera bekuda Mongol yang menyerang Dinasti Goryeo.

Beliau telah difitnah oleh salah seorang pembesar negara Shin Don yang cemburu atas kejayaannya. Jeneral Choi menentang amalan korupsi yang diamalkan oleh Shin Don dan hasilnya beliau telah dibuang daerah selama 6 tahun dan hampir-hampir dijatuhkan hukuman mati. Bagaimanapun, selepas kematian Shin Don pada 1374, Raja Gongmin telah melantiknya kembali serta mengarahkan beliau menghapuskan ancaman lanun Jepun dan saki-baki tentera Mongol di Pulau Jeju.

Dalam satu cubaan rampasan kuasa pada tahun 1388, Jeneral Choi telah ditawan oleh Jeneral Yi Seong-gye dan dijatuhkan hukuman pancung. Namun sebelum hukuman dijalankan, Jeneral Choi sempat bersumpah kerana hukuman yang tidak adil ini, rumput tidak akan tumbuh dipusaranya. Secara kebetulannya, rumput hanya tumbuh dipusaranya pada tahun 1976. 




Berikut adalah fakta untuk kapal dari kelas Chungmugong Yi Sun-sin:

Kapal-kapal ini dibina oleh Daewoo Shipbuilding dan Hyundai Heavy Industries, dengan pembinaan bermula pada tahun 2002 dan 6 buah telah disiapkan dalam tempoh 4 tahun.

DDH 975 Chungmugong Yi Sun-sin (tauliah 30 Nov 2003)
DDH 976 Munmu The Great (tauliah 30 Sep 2004)
DDH 977 Dae Jo-yeong (tauliah 30 Jun 2005)
DDH 978 Wang Geon (tauliah 10 Nov 2006)
DDH 979 Gang Gam-chan (tauliah 1 Okt 2007)
DDH 981 Choi Young (tauliah 4 Sep 2008)

Berat: 4,400 tan (standard), 5.520 tan (full load)
Panjang: 150 meter
Lebar: 17.4 meter
Draf: 9.5 meter
Propulsi: CODOG
Kelajuan: 36 knots (56 km/jam)
Jarak: 10,200 km
Krew: 200

Persenjataan: 

32 x Mk 41 VLS SM-2 misil pertahanan udara, 
21 round RIM 116 Rolling Airframe Missile, 
8 x Harpoon misil anti-kapal
1 x 30mm Goalkeeper CIWS
1 x 127mm Mk 45 meriam utama
2 x (3 tiub) 324mm torpedo anti-kapal selam












No comments:

Post a Comment