Wednesday 8 October 2014

Indonesian Police Museum / Muzium POLRI

Sejarah Ringkas Kepolisian Republik Indonesia (POLRI)

Pada zaman kerajaan Majapahit, Gajah Mada membentuk pasukan Bhayangkara, untuk mengawal keamanan dan melindungi raja dan kerajaan. Pasukan polis yang pertama ditubuhkan pada era kolonial Belanda adalah pada tahun1867, dengan pengambilan pertama melatih seramai 78 anak-anak watan Indonesia.








Semasa zaman pendudukan Jepun, pasukan Polis dekekalkan, tetapi setiap balai polis daerah diketuai oleh seorang pegawai Jepun yang dinamakan Sidookaan. Pada 19 Ogos 1945, Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) membentuk Badan Kepolisian Negara (BKN) dan pada 29 September 1945, Presiden Soekarno melantik R. S. Soekanto Tjokrodiatmodjo sebagai Kepala Kepolisian Negara (KKN). Bermula tarikh 1 Julai 1946, Hari Bhayangkara diraikan setiap tahun bagi memperingati tarikh penubuhan pasukan Polis.




Sejarah Brimob

Korps Brigade Mobil (Brimob) adalah pasukan paramilitari yang merupakan sebuah entiti didalam POLRI. Pasukan ini juga dikenali dengan nama Korps Beret Biru. Brimob pada asalnya ditubuhkan pada zaman pendudukan Jepun dengan nama Tokubetsu Keisatsutai (Pasukan Polis Istemewa). Semasa pengunduran tentera Jepun, pasukan ini deberikan tugas untuk melucuti senjata pasukan tentera Jepun. Ia kemudiannya terlibat didalam pertempuran Surabaya pada 10 November 1945, menentang kembalinya pasukan Tentera Berikat (Allied Forces). Kemudian pada 14 November 1946, Perdana Menteri ketika itu Sutan Sjahrir membentuk Mobile Brigade (Mobrig) bagi menggantikan Pasukan Polis Istimewa. Sepanjang tempoh 1947 hingga 1958, Mobrig terlibat dalam operasi-operasi seperti Operasi Trisula (Peristiwa Madiun), pemberontakan di Acheh, Sulawesi, Sumatera dan Kalimantan dengan Operasi Tegas, Operasi Saptamarga, Operasi 17 Augustus dan Operasi Mena. Pada 14 November 1961, pasukan ini dinamakan pula sebagai Korps Brigade Mobil (Korps Brimob) dan kekal sehingga sekarang. Keanggotaan Brimob ketika ini dianggarkan 30,000 orang.

Gegana pula adalah sebuah cabang dari Brimob yang mempunyai kemampuan khas dalam tugas-tugas anti-pengganas, pemusnah bom (EOD), perisikan dan menangani senjata Kimia, Biologi dan Radioaktif. Gegana ditubuhkan pada 27 November 1974 dan identiti setiap anggotanya dirahsiakan.




Detasmen Khusus 88 (Anti-Terror) juga dikenali sebagai Densus 88 adalah pasukan yang dilatih khas dalam penyiasatan, pemusnah bom, sniper dan pasukan penggempur anti-pengganas. Unit elit yang kini dianggarkan mempunyai 400 anggota, telah ditubuhkan secara rasmi pada 26 Ogos 2004 dengan 75 anggota awal. Angka 88 berasal dari perkataan ATA (Anti Terrorist Act) singkatannya ATA apabila disebut dalam bahasa Inggeris mirip Eighty-Eight. Beberapa anggota unit ini juga adalah anggota Gegana.



Polisi Air (Polair) dan Polisi Udara (Polud) disingkatkan kepada Polairud bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas diudara dan perairan. Polud - Polisi Udara mempunyai pesawat udara seperti berikut:
  • 15 x NBO 105
  • 18 x Enstrom 480B
  • 10 x PZL W-3 Sokol
  • 1 x NBell 412
  • 1 x NBell 206
  • 2 x NC 212-200
  • 4 x PZL M28 Skytruck
  • 2 x Beechcraft 1900D
  • 1 x Beechcraft 18CH
  • 12 x Mi 2
  • 2 x Eurocopter 365
  • 1 x Fokker 50



Kelengkapan bot/kapal pula adalah seperti berikut:
  • 10 x Kelas A (48 meter)
  • 11 x Kelas B (28 meter)
  • 5 x Kelas C (bot 15 meter)





Sebelum tahun 1999, POLRI adalah sebahagian daripada Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI - yang mengandungi Angkatan Darat, Angkatan Laut, Angkatan Udara dan Angkatan Kepolisian). Pemisahan dari ABRI (kini TNI) secara rasminya dilakukan pada 1 April 1999. Pada tahun 2006, kekuatan POLRI dianggarkan 460,000 anggota.

Lawatan ke Museum POLRI

Museum POLRI terletak di Jalan Trunojoyo No. 3, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan. Ruang pameran muzium ini memenuhi 2 tingkat bangunan, dimana tingkat pertama terletaknya:
  • Bahagian Koleksi dan Peristiwa
  • Sejarah penubuhan Polri dan ruang pameran senjata
  • Hall of Fame
Tingkat 2 pula menempatkan:
  • Ruang Kepahlawanan
  • Cawangan dalam Polri
  • Profail dan Simbol Pasukan
  • Ruang Kanak-kanak


Museum POLRI terletak di Jalan Trunojoyo No. 3, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan. 

Ruang pertama ditingkat bawah

Lie Detector yang pernah digunakan dahulu oleh POLRI

Voice transmitter pada calculator

Basikal dan peralatan yang pernah digunakan oleh Polri

Hand Talkie

Pakaian di zaman Belanda

Senjata bantuan yang pernah digunakan

POLRI juga memiliki senjata berat dahulu sebagai salah satu cabang paramilitari ABRI

Rifel dan senjata ringan yang pernah digunakan

Lain-lain senjata berat

Ruang mempamer para pemimipin POLRI dari dahulu hingga sekarang

Topi pemimpin POLRI terawal

Ruang pameran ditingkat 2

Barang-barang peribadi pengasas BRIMOB

Alat yang digunakan oleh pasukan pemusnah bom

Model pesawat udara yang digunakan POLRI

Model bot-bot peronda Polair

Ruangan permainan untuk kanak-kanak di tingkat 2

Kenderaan POLRI

Helikopter milik pasukan udara POLRI (Polud) terletak diluar muzium

Foto bersama Polwan


Rujukan:




No comments:

Post a Comment