"Rancangan Briggs" dilancarkan pada June 1950 telah berjaya memindahkan 423,000 rumah-rumah setinggan ke 410 kampung-kampung baru. Dengan perlaksanaan strategi pengasingan ini, dimana kampung-kampung dipinggir hutan dipindahkan ke kawasan-kawasan baru yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, pengganas komunis mula megalami kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Mereka terpaksa melarikan diri jauh kedalam hutan dan bergantung pada bekalan makanan sumbangan dari Orang-orang Asli yang simpati dengan mereka atau mereka akan mengugut untuk membunuh Orang-orang Asli itu supaya berkerjasama. Orang Asli ini turut menjadi mata dan telinga kepada pengganas komunis.
Menyedari hal ini, British melancarkan kempen "Winning Hearts and Minds" dengan menghantar pasukan keselamatan ke kampung-kampung Orang Asli dengan memberi perlindungan dan juga penerangan kepada mereka supaya mereka tidak lagi berhubung dengan pengganas komunis. Selain itu, dalam beberapa rondaan dan lawatan ke kampung-kampung tersebut, maklumat akan disalurkan oleh Orang Asli jika terdapat pergerakan pengganas komunis disekitar kampung mereka. Pasukan SAS (Special Air Service) juga terlibat dalam misi-misi ini. Selain itu, Rancangan Briggs juga termasuk menempatkan post atau kubu pasukan keselamatan berhampiran dengan perkampungan Orang Asli. Pada tahun 1954, terdapat 10 buah "jungle forts" diseluruh semenanjung - Fort Kemar (Perak), Fort Chabai, Fort Legap, Fort Brooke, Fort Selim, Fort Telanok, Fort Dixon, Fort Shean, Fort Langakap dan yang berada diselatan sekali adalah Fort Iskander (diutara Johor). Fort Kemar dan Fort Brooke pernah dijadikan kem latihan pasukan perintis Komando 69 pada awal penubuhannya. Ketika itu mereka dilatih oleh British SAS sebelum diambil alih oleh New Zealand SAS.
Berikut adalah maklumat dari catatan Roy Follows yang pernah berkhidmat di Fort Brooke pada tahun 1954.
Fort Brooke telah dibina oleh anggota komando SAS bersama-sama sepasukan Polis Hutan. Ia dinamakan sempena nama Pegawai Memerintah (CO) SAS. Fort Brooke ini terletak 2,500 kaki dari permukaan laut dan tiada landasan kapalterbang kerana kedudukannya dikawasan pergunungan. Ia bagaimanapun mempunyai Landing Zone dan Drop Zone untuk menerima bekalan dari helikopter ataupun digugurkan dari udara. Tiada bekalan elektrik dan bekalan air boleh didapati dari sungai berhampiran. Bekalan akan digugurkan dari udara seminggu sekali, dengan pesanan dihantar tiga hari lebih awal - bekalan termasuklah bahan makanan segar, bahan-bahan binaan termasuk juga pakaian seragan dan boot.
Kubu ini terdapat 3 pos Bren Gun yang dikawal 24 jam selain dikelilingi oleh dawai kawat dan buluh runcing (punji) yang dipancangkan 45 darjah serta 18 inci panjang. Jika kubu ini diserang, perhubungan radio akan dibuat dengan kata kod "Operation Medal" dan bantuan pasukan paratrooper akan dihantar. Kubu ini juga boleh menempatkan kompeni Polis Hutan yang akan menjalankan operasi dikawasan berhampiran.
Sebagai "Fort Commander" beliau bertanggungjawab menjalankan kempen "Winning Hearts and Minds" dengan Orang Asli disekitar kubu itu. Terdapat 2 pasukan pengganas komunis yang berhampiran diketuai oleh Fung Ming dan Pangoi. Pangoi adalah ketua Orang Asli disitu. Bagaimanapun, kerana lokasi kubu itu berdekatan dengan kampung Pangoi, Orang-orang Asli itu biasa bertandang ke Fort Brooke termasuklah Uda, anak kepada Pangoi. Melalui Uda, hadiah-hadiah dikirimkan kepada Pangoi. Roy Follows pernah membuat beberapa lawatan mengejut ke kampung itu, tetapi Pangoi sempat melarikan diri. Dia juga pernah menyerang kedudukan Fung Ming tetapi mereka dapat menyelamatkan diri. Setelah beberapa lama, Pangoi telah datang menyerah diri.
Lokasi Fort Brooke 13 batu ke Timur Gunung Korbu
Fort Brooke dari udara
Kawat berduri dan Punji dari buluh runcing
Guard Room
Bilik Operasi
Lokasi Bren Gun dikawal 24 jam
Jambatan merentangi sungai berhampiran yang merupakan tandas mereka
Bekalan dihantar melalui helikopter
Operasi melibatkan tentera British, Gurkha dan Askar Melayu juga didaratkan disini
Helikopter meninggalkan Fort Brooke
Paracut digugurkan membawa bekalan
Pasukan keselamatan keluar meronda
Pasukan keselamatan akan memnuhi kubu jika ada operasi dilancarkan
Menerima generator petrol
Hantaran udara yang tepat ke sasaran
Mereka dilengkapi dengan radio set
Anak-anak Orang Asli
Sir Donald MacGillivary, Pesuruhjaya Tinggi British (menggantikan Gen. Templer) melawat Fort Brooke. Pangoi juga hadir semasa lawatan tersebut.
Roy Follows menerima Pingat Pangkuan Negara
Roy Follows menyerahkan bukunya " The Jungle Beat" kepada Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abd. Razak, Menteri Pertahanan ketika itu
No comments:
Post a Comment