TUDM telah ditubuhkan pada 2 Jun 1958 dengan dikenali sebagai Royal Federation of Malaya Air Force. Sejarah awal penubuhan pasukan udara di Malaya bermula pada 1934 dengan tertubuhnya Malayan Auxiliary Air Force, yang mana kemudian dikenali sebagai Malaya Volunteer Air Force (MVAF). Bagaimanapun, unit ini telah dibubarkan pada tahun 1942, ketika Perang Dunia ke-2.
Pada tahun 1950, Malaya Volunteer Air Force telah ditubuhkan kembali dalam usaha kerajaan menghadapi ancaman pengganas komunis. Pesawat pertama yang digunakan oleh MVAF adalah jenis "Twin Pioneer" (dinamakan Lang Rajawali) manakala pesawat tempur yang pertama diterima kedalam inventori adalah jenis Canadair CL-41G Tebuan. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, pasukan udara ini telah dinamakan sebagai Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Pintu masuk muzium
Pesawat "Twin Pioneer" - Lang Rajawali
Pesawat pengangkut DHC-4 Caribou diterima pada 1966, sebanyak 18 buah untuk Sqn 1 dan Sqn 8. Tamat perkhidmatan pada tahun 2000.
de Havilland DH.104 Dove
14 buah jet Northrop F-5E diterima pada 1975.
13 buah jet pelatih Aermacchi MB339AM digunakakan antara 1983-2009. Digantikan dengan 8 buah MB339CM LIFT.
10 buah jet CAC Sabre telah disumbangkan oleh Royal Australian Air Force (RAAF) kepada TUDM (1969 hingga 1972)
A-4PTM Skyhawk - TUDM telah mengoperasikan sebanyak 40 buah. (beroperasi 1982 hingga 1995)
CL-41G Tutor (Tebuan) sebanyak 20 buah telah dioperasikan.
Pameran statik di dalam hangar. Pesawat Scottish Aviation Pioneer.
North American Harvard
de Havilland Tiger Moth
Pandangan dari jalan masuk ke kawasan muzium.
Pesawat tebuan dipamerkan dipintu masuk/keluar muzium.
Rujukan dan kredit kepada:
http://en.wikipedia.org/wiki/Royal_Malaysian_Air_Force
http://www.airforce.gov.my/
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_aircraft_of_the_Malaysian_Armed_Forces
Kemna tudm muzium pindah ye
ReplyDelete