Friday 15 August 2014

Malaysian Armed Forces Intelligence College / Kolej Perisikan ATM

Upacara Penyerapan Pusat Latihan Perisikan (PULARIS)  ke dalam Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia pada 25 Jun 2014
Laksamana Madya Dato' Nasaruddin bin Othman telah diberikan penghormatan untuk menyempurnakan upacara berkenaan yang diadakan di Kem Mentakab, Pahang, Perbarisan Penyerapan Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) ke dalam Kolej Perisikan Angkatan Tentera Malaysia dianggotai 16 pegawai dan 146 anggota lain-lain pangkat diketuai oleh Leftenan Kolonel Abu Hashim bin Jamaluddin.
Penyerapan PULARIS ke dalam kolej Perisikan ATM telah diluluskan oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada 6 Januari 2014. Kolej Perisikan ATM bertanggungjawab untuk menganjurkan kursus-kursus kerjaya Kor Risik Diraja (KRD) dan kursus-kursus kepakaran Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara). Penubuhan institusi latihan tersebut adalah selaras dengan transformasi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kepada Malaysian Defense Intelligence Organisation (MDIO) termasuk mengambil kira Plan Keupayaan Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF) melalui modul dan latihan kepakaran perisikan di peringkat ATM.
Visi Kolej Perisikan ATM adalah untuk menjadi nadi Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Latihan dan Penciptaan Ilmu Perisikan kepada ATM dan negara.
Misi Kolej Perisikan ATM menyediakan platform pembelajaran dan latihan perisikan semasa kepada anggota ATM. Selain itu, institusi latihan ini meneraju pembangunan dan penciptaan disiplin perisikan termasuk pengaplikasi sains serta teknologi berdasarkan doktrin periisikan moden, versatil dan unggul.
Objektif Kolej Perisikan ATM berasaskan kepada kualiti dan kecemerlangan merangkumi penyediaan kemudahan prasarana dan pengetahuan profesional serta Latihan Prisikan Semasa (LPS) bagi penambahbaikan semua program akademik terencana dan LPS seiring dengan Wawasan BSPP. Kolej Perisikan ATM komited terhadap pengendalian pengajian akademik secara sistematik , cekap dan berkesan berasaskan Piawaian Doktrin Perisikan Bersama BSPP/ATM. Melalui latihan yang dilaksanakan, Kolej Perisikan ATM berupaya menghasilkan operator perisikan yang unggul dan versatil untuk kepeblagaian kepakaran modal insan dalam semua bidang perisikan secara kompetitif sejajar dengan hasrat untuk menjadi Pusat Keemerlangan Perisikan.
Sejarah ringkas PULARIS.
PULARIS wujud dari Sel Latihan Kor Risik yang ditubuhkan pada tahun 1969 dan diperbesarkan menjadi Kompeni Latih yang ditempatkan di Kem Imphal. Sejajar dengan pembesaran Tentera Darat pada 3 Mac 1981, unit ini telah didesignasi keada Sekolah Perisikan Angkatan Tentera (SPAT) dan berpindah le Taman Melawati, Ulu Kelang, Selangor.
Pada bulan Nov 1983 pula, SPAT telah berpindah ke kem Sg. Buloh dan seterusnya pada 2 Nov 1988, SPAT didesignasikan sebagai Sekolah Perisikan (SP). Bagaimanapun, dengan perkembangan pesat didalam angkatan tentera, Sekolah Perisikan telah didesignasikan semula sebagai Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) berkuatkuasa pada 1 Jan 1994. Pada tanggal 1 Jan 2010, PULARIS telah berpindah ke kompleks sendiri di Kem Mentakab, Pahang Darul Makmur.
Di sepanjang tempoh 1994 sehingga 2014, PULARIS telah berjaya melatih seramai 1844 Pegawai dan 7357 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan dengan jayanya di dalam pelbagai bidang kursus asas, kemahiran dan kepakaran perisikan. Pada masa yang sama, PULARIS juga pernah melatih pegawai daripada negara asing seperti Brunei, Bosnia dan Sudan juga dalam bidang perisikan. selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh PULARIS turut menarik minat cabang perisikan. Selain itu, kepakaran yang dimiliki oleh PULARIS turut menarik minat cabang perisikan angkatan tentera asing untuk melakukan lawatan kerja yang melibatkan pegawai kanan negara-negara seperti daripada United States of America, Zimbabwe dan Thailand. Lawatan ini selain daripada mengukuhkan hubungan dua hala, ia juga sekitar pertukaran perkara latihan dan kepakaran perisikan antara kedua-dua negara.
Pegawai-pegawai yang berada di PULARIS juga turut diberi peluang untuk menghadiri kursus di luar negara samada kursus kerjaya atau kursus sampingan di pusat-pusat di luar negara samada kursus sampingan di pusat-pusat latihan ternama seperti di Defence Intelligence Training Centre (DINTC), Canugra, Australia; Defence Intelligence Agency (DIA), Fort Huachuca, USA dan Defence Intelligence and Security Centre (DISC), Chicksand, United Kingdom. Ini membuktikan pengiktirafan negara luar dan kebolehan para pegawai di PULARIS untum menyumbangkan dan berkongsi ilmu yang ada kepada negara luar. Pegawai dan anggota dari PULARIS juga pernah menyumbangkan khidmat mereka sebagai anggota misi pengaman di Lubnan, Afghanistan dan Selatan Filipina.
Selain daripada pengiktirafan angkatan tentera negara asing, PULARIS turut menjadi rujukan kepada agensi keselamatan dalam negara dalam melaksanakan latihan perisikan dan keselamtan. Antara agensi dalam negara yang pernah menagih kepakaran PULARIS adalah Jabatan Perdana Menteri (JPM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam dan Eksais, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

























No comments:

Post a Comment