Saturday 2 August 2014

Cu Chi Tunnel / Terowong Viet Cong di Cu Chi, Saigon

Sejarah

Terowong Cu Chi yg terletak didalam wilayah Saigon merupakan tempat persembunyian, bekalan lojistik, hospital, komunikasi, bengkel senjata dan kediaman yg digunakan oleh gerila Viet Cong dan Tentera Vietnam Utara (NVA) semasa era Perang Vietnam. Jaringan terowong seperti sawang labah-labah ini adalah sepanjang 75 batu (121 km). Pembinaan sistem terowong ini bermula dalam tahun 1940an ketika perang melawan pendudukan Perancis. Terowong yg digali secara manual dengan perkakas asas dan tangan mengambil masa 25 tahun untuk siap.

Tentera US pernah melancarkan 2 operasi besar dikawasan terowong ini, iaitu Operasi Crimp pada 7 Jan 1966 dan Operasi Cedar Falls pada 8 Jan 1967. Dalam Ops Crimp, seramai 8,000 anggota dari 1 Div Infantri, 173 Briged Airborne, Batalion 1 RAR (Royal Australian Regiment) telah terlibat. Operasi ini tidak begitu membuahkan hasil kerana sistem terowong ini telah dilindungi oleh banyak jerangkap samar dan "punji stake" yg dipasang pada lokasi-lokasi strategik. Tentera US menggunakan teknik memasukkan air atau gas ke dalam terowong utk memaksa gerila-gerila keluar. Sistem pengudaraan yang baik menjadikan teknik ini kurang berkesan. Grened juga dilontar kedalam pintu masuk terowong sebagai salah satu cara utk memusnahkannya. Viet Cong juga bijak dalam membuat perangkap-perangkap, contohnya Koperal Bob Bowtell, anggota jurutera Tentera Australia mati setelah gagal keluar (terperangkap didalam terowong yg tiada jalan keluar).

Ops Cedar Falls pula melibatkan 30,000 anggota tentera dari US dan Vietnam Selatan. Ia merupakan operasi darat yg terbesar melibatkan tentera US di Vietnam. Unit-unit yg terlibat adalah 1 Div Infantri, 25 Div Infantri, 196 Briged Infantri, 173  Briged Airborne dan pasukan kavalri berperisai. Walaupun ada bahagian sistem terowong ini berjaya dimusnahkan, kejayaan dianggap kecil kerana Viet Cong masih berjaya menyelamatkan diri dengan bersembunyi didalam rangkain sistem terowong yg sememangnya kompleks dan ada juga yg menyusup ke sempadan Kemboja.

Kawasan yg dikenali sebagai Iron Triangle semasa Ops Cedar Falls 1967


Operasi ini berjaya membunuh 750 Viet Cong dan menawan 280 gerila. Manakala US dan Vietnam Selatan kehilangan 83 terbunuh, 345 kecederaan. Tentera US kehilangan 2 kereta kebal dan 5 APC (musnah). Antara infrastrukur Viet Cong yg berjaya dimusnahkan termasuk 100 bunker, 25 terowong dan jumlah rampasan adalah 590 senjata, 2800 bahan letupan, 60 ribu butir peluru rifel seta bekalan beras utk 13,000 gerila yg cukup utk tempoh setahun.

Pada masa Op Cedar Falls ini jugalah unit khas "Tunnel Rats" telah diperkenalkan. Anggota-anggota Tunnel Rats kebanyakan lebih kecil saiz badan dari lain-lain anggota tentera US. Ketinggian mereka tidak lebih 5' 6" (170 cm) dan kebayakannya adalah dari etnik-etnik Amerika Latin seperti Puerto Rico dan Mexico. Kerana ruangan yg sangat sempit mereka lebih gemar pistol buatan Soviet yg agak "senyap" ataupun membeli sendiri revolver yg mereka kirim dari kenalan di US. Dalam Ops Cedar Falls anggota Tunnel Rats dari Batalion 1, Rejimen Infantri ke-5, 25 Div Infantri telah berjaya menemui setengah juta dokumen rahsia Viet Cong berkenaan strategi mereka, peta-peta pangkalan tentera US, pergerakan dari Kemboja ke Vietnam Selatan dan juga perancangan utk membunuh Robert McNamara, Setiausaha Pertahanan US ketika itu.


Tunnel Rats sedang beraksi




Pada tahun 1969, pesawat-pesawat pengebom B-52 telah dibenarkan utk melaksanakan "carpet bombing" di Hanoi dan lain-lain kawasan strategik termasuklah Cu Chi. Walaubagaimana pun sebahagian terowong masih lagi selamat dan Viet Cong masih berupaya menggunakannya sehinggalah perang tamat pada 1975.

(Foto dan info kredit kepada Wikipedia)



Lawatan ke Cu Chi Tunnels - Ogos 2014

Saya meminta khidmat kaunter hotel utk book lawatan ke sana. Bayarannya yg dikenakan adalah USD 18.00 (380,000 dong) seorang. Tempahan hendaklah dibuat sehari awal. Keesokkannya, bas datang untuk pick-up pada jam 8.30 pagi. Terdapat kira-kira 18 pelancong dari Britain, Perancis dan Malaysia dalam trip ini. Perjalanan sejauh 70 km dari bandar Saigon mengambil kira-kira sejam setengah. Lawatan dikawasan terowong mengambil masa kira-kita 1 1/2 ke 2 jam.




Cuaca ketika kami tiba hujan renyai. Bagaimanapun anda boleh membeli baju hujan dari pemandu pelancong anda.



Antara contoh perangkap "punji stake"




Saiz sebenar lubang terowong. Lubang terlindung dengan penutup dan dibuat penyamaran dengan daun-daun kering.




Sebuah kereta kebal tentera US yang berjaya dimusnahkan.


Ruang keluar-masuk terowong yg telah diubahsuai.




Anda boleh mencuba terowong ini sepanjang 20 meter. Juga telah diperbesarkan untuk kemudahan pelancong. Terdapat sebuah lagi terowong yang lebih kecil utk dicuba oleh para pelancong.



Diorama bengkel senjata. Juga terdapat bilik rawatan/hospital, bilik mesyuarat, bilik jahitan uniform, dapur, bilik mesyuarat dan kediaman utk keluarga.




Cu Chi Tunnels juga menyediakan sebuah lapang sasar utk sesiapa yg berminat utk merasai pengalaman menembak. Antara senjata yg disediakan M1 Garand, M16, AK47 dan M60. 10 butir peluru berharga antara 300,000 hingga 400,000 dong. Kadar tukaran Ogos 2014 adalah RM 50.00 bersamaan 310,000 dong.


No comments:

Post a Comment