Thursday, 28 June 2018

Royal Thai Air Force Museum, Don Muang

Muzium ini telah dibuka pada tahun 1952. Ia menyimpan dan mempamerkan lebih 60 buah pesawat terbang dan helikopter yang terletak didalam 2 bangunan berhawa dingin, sebuah hangar, sebuah kawasan berbumbung dan ruangan pameran terbuka. Perjalanan dengan teksi dari Lapangan Terbang Don Muang mengmabil masa kurang 30 minit, dan ia terletak berhampiran RTAF Academy / RTAF Aviation Park (link).

Koleksinya sangat menarik kepada "aviation/military enthusiasts" kerana ia terdiri dari pesawat - pesawat udara yang telah berkhidmat dengan Royal Thai Air Force semenjak tahun 1913 lagi (link). Koleksi "rare" seperti pesawat Tachikawa Ki-36, Vought O2U Corsair, Curtiss BF2C Goshawk, Spitfire, Nieuport dan Breguet merupakan antara beberapa unit terakhir yang hanya boleh didapati di muzium ini.

Senarai pesawat yang dipamerkan adalah seperti berikut (link).

Muzium ini dibuka pada setiap hari, kecuali hari Isnin dan cuti umum (public holidays).


































Wednesday, 27 June 2018

Royal Thai Air Force Aviation Park

RTAF (Tentera Udara Diraja Thai) Aviation Park ini terletak di dalam kawasan Akademi RTAF, tidak jauh dari Muzium RTAF di Don Muang. Anda boleh mengambil teksi bermeter dari Lapangan Terbang Don Muang dengan perjalanan kurang 30 minit, anggaran kos adalah 200 Baht.

Dataran penerbangan ini dibina bagi memberi penghormatan kepada pengasas RTAF dan juga memperingati pengorbanan anggota RTAF dalam melindungi kemerdekaan dan kedaulatan negara Thai.

Formasi monumen ini terdiri dari 4 buah pesawat pejuang yang pernah digunakan oleh RTAF, di mana generasi pertama adalah F-86F, generasi kedua F-5A, generasi ketiga F-5E dan generasi keempat F-16A.

Sejarah RTAF menurut garismasa turut dipamerkan.

Ditubuhkan pada 2 November 1913, RTAF merupakan antara pasukan tentera udara yang terawal di Asia. Kini ia terdiri dari 45,000 anggota aktif dan 288 buah pesawat udara. Kini mereka mengoperasikan jet - jet penyerang dan pejuang Alpha Jet, F-16A/B/AM/BM, JAS-39C/D Gripen dan F-5E/F. Jet pelatih adalah L-39 dan T-50TH. Lain - lain pesawat adalah Saab 340 AEW & C, C-130, ATR-72 dan lain - lain.



Raja Rama VI amat tertarik dengan persembahan udara yang pertama di buat di Sapathum Horse Racing Course, Bangkok oleh juruterbang Belgium bernama Charles Van Den Born pada bulan Feb 1911. Kira - kira setahun kemudian, pada 28 Feb 1912, tiga orang pegawai tentera darat telah dihantar ke Perancis untuk mempelajari ilmu penerbangan. Mereka kembali ke Thailand pada bulan November 1913 setelah lulus dan layak mendapat sayap penerbangan. Mereka membawa pulang bersama 8 buah pesawat terbang (4 x Breguet dan 4 x Nieuport IV).



Pada mulanya Siemese Flying Corps ditumpangkan kepada Jabatan Inspektor Jeneral, Jurutera Tentera Darat sebelum berkembang menjadi Royal Siamese Aeronautical Service pada tahun 1919. Ia kemudiannya menjadi perkhidmatan yang bebas dengan nama Royal Siamese Air Force. Semasa Perang Dunia ke - 2, ia dilengkapi dengan pesawat - pesawat udara buatan Perancis, Amerika dan Jepun.




Mereka pernah terlibat dalam pertempuran semasa Perang Thai - Perancis (menentang pasukan Vinchy Armee de l'Air di Indochina). Setelah dipaksa menjadi sekutu Jepun dalam Perang Dunia ke - 2, RTAF dibekalkan dengan pesawat buatan Jepun seperti Ki-43 Oscar dan Ki-27 Nate. Pada masa yang sama sebahagian anggota RTAF terlibat dalam gerakan melawan tentera Jepun.

Semasa era Perang Korea, RTAF telah menghantar 3 buah pesawat pengangkut C-47 Dakota untuk menyokong operasi tentera United Nations. Mereka juga terlibat dalam operasi - operasi melawan pasukan komunis di Laos dan sempadan Kemboja semasa Perang Vietnam.




Foto - foto RTAF Aviation Park















Monday, 9 October 2017

Exercise Redback

Australian Border Force (ABF) adalah sebahagian dari Department of Immigration and Border Protection yang bertanggungjawab ke atas kawalan dan penguatkuasaan di sempadan laut dan daratan Australia. Pasukan ini ditubuhkan pada 1 Julai 2015, dengan penggabungan Australian Customs and Border Protection dan sebuah unit yang bertanggungjawab keatas penahanan imigran dari Department of Immigration and Border Protection. ABF mempunyai 5,800 orang kakitangan.

Marine Unit dari ABF merupakan sebuah pasukan pengawal pantai (Coast Guard) yang bertanggungjawab ke atas pengawasan EEZ (Economic Exclusion Zone) Australia yang dilengkapi dengan 8 buah bot peronda kelas “Cape” dan juga beberapa buah kapal seperti ACV Triton, ACV Ashmore Guardian, ACV Ocean Protector dan MV Skandi Bergen (kemudiannya dinamakan Ocean Shield). ABF juga memiliki komponen udara yang mengoperasikan 8 buah pesawat Dash 8.


Eksesais Redback

Pada hari ini Maritim Malaysia bersama ABF telah melancarkan “Eksesais Redback”, sebuah siri latihan bersama yang bertujuan untuk memperkasakan daya usaha bagi menghadapi cabaran dalam menjaga keselamatan perairan antara kedua – dua negara. Eksesais ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2013 lagi (sejumlah 8 siri telah dilaksanakan) dimana kedua – dua agensi saling bertukar maklumat berkenaan pergerakan jenayah maritime rentas sempadan.



Bercakap semasa Majlis Perasmian Eksesais Redback, YBhg Laksamana Maritim Dato’ Indera Zulkifli bin Abu Bakar, “inisiatif ini perlu dilakukan secara berterusan bagi memantapkan kapabiliti Maritim Malaysia dengan berkongsi kepakaran dalam bidang penguatkuasaan dan carilamat (SAR – search and rescue) yang mana ianya merupakan tugas teras Agensi ini”.

Tambahnya lagi, “Maritim Malaysia dan ABF telah menjalinkan kerjasama melalui MOU antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Australia dibawah Cooperation and Assistance Relating to Civil Maritime Law Enforcement Operations pada 12 Julai 2011, yang mana kerjasama ini melibatkan 4 tunjang utama bagi asas hubungan kerjasama ini iaitu perkongsian maklumat, pembangunan sumber manusia, kajian dan pembangunan (R&D) serta mana – mana bidang yang berkaitan dengan Ciivl Maritime Law Enforcement Operations”.




Sementara itu, Pemangku Komisioner ABF, Michael Outram berkata. “ini merupakan kali pertama ABF membawa bersama kapal maritim Australia yang terbesar iaitu Australian Border Force Cutter (ABFC) Ocean Shield ke Malaysia. Kehadiran kapal ini adalah sebagai nilai tambah dan simbolik kepada kerjasama erat antara kedua negara. ABFC Ocean Shield merupakan sebuah aset yang terlibat secara langsung dalam membantu Malaysia semasa pencarian MH370 di Lautan Hindi”.

“Australia telah lama menjalinkan kerjasama dari sudut penguatkuasaan bersama Malaysia dan berkongsi matlamat yang sama untuk menghadapi cabaran keselamatan di laut, termasuklah isu penyeludupan manusia dan dadah, penangkapan ikan secara haram dan lain – lain ancaman keselamatan”, kata Michael Outram.



Sepanjang eksesais dilaksanakan, lebih kurang 100 pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia dan ABF terlibat. Ini termasuk juga penglibatan dari TLDM dan PDRM. Mereka ditempatkan di atas KM Marlin dan KM Bagan Datuk selaku pemerhati selama ianya diadakan di Selat Melaka dengan bermula dari Pelabuhan Klang pada hari ini dan berakhir di Pulau Pinang pada 14 Oktober nanti.
Eksesais Redback akan dibahagikan kepada 3 fasa utama, iaitu fasa pelabuhan, fasa di laut dan juga fasa penutup. Ketiga – tiga fasa ini akan diisi dengan pelbagai modul latihan bagi mencapai oebjektifnya dalam memperkasakan pengawasan dan keselamatan maritim kedua – dua negara.




Kapal Ocean Shield.

ABFC Ocean Shield pada asalnya telah ditempah oleh firma DOF Subsea pada tahun 2010 sebagai kapal sokongan luar pantai (offshore support vessel – subsea construction and maintenance) dan dikenali sebagai MSV Skandi Bergen. Ia dibina oleh STX OSV, Tulcea di Romania dan siap pada 22 Mei 2012.

Pada tahun 2012 juga, Jabatan Pertahanan Australia sedang mencari calon pengganti sementara bagi kapal amfibi dari kelas Kanimbla yang telah dilucut tauliah. Perbincangan telah diadakan dengan firma DOF Subsea semasa Skandi Bergen masih dalam pembinaan lagi. Pada pertengahan tahun 2012, kapal ini telah memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Australia (RAN – Royal Australian Navy) dengan nama Australian Defence Vessel (ADV) Ocean Shield dan dikendalikan oleh krew awam.

Berat sesaran – 8,500 tan
Panjang – 110.9 meter
Lebar – 22 meter
Draf – 6.6 meter
Kelajuan – 16 knots (30 km/jam)
Krew – 22 + 50

Pada bulan Mac 2014, ADV Ocean Shield merupakan antara beberapa kapal dari Australia yang menyertai misi pencarian MH370. Dilengkapi dengan “towed pinger locator” yang dipinjamkan oleh USN (United States Navy), telah ememulakan pencarian pada 3 April 2014. Kemudian pada 14 April 2014, telah digantikan dengan Bluefin-21, AUV – autonomous underwater vehicle.




ADV Ocean Shield dijadualkan untuk diserahkan kepada Marine Unit, Australian Customs and Border Protection Service pada 2016 setelah kapal kelas Canberra (landing helicopter dock) disiapkan untuk RAN, akan tetapi proses penyerahan ini dipercepatkan kepada 1 Julai 2014. Ocean Shield kemudiannya menjalani modifikasi di Singapura dan Horbart, Australia bagi menyesuaikan dengan tugas barunya. Peruntukan telah disediakan untuk Ocean Shield melakukan rondaan selama 300 hari dalam setahun.


Setelah pembentukan Australian Border Force pada Julai 2015, prefix untuk Ocean Shield telah ditukarkan kepada ABFC – Australian Border Force Cutter.

Foto - foto Ocean Shield dan fasiliti yang terdapat didalamnya.