Tuesday, 2 September 2014

Singapore Cablecar Disaster - 1983 - Rescue by No. 120 Squadron, RSAF / Bencana Kereta Kabel Singapura

Pada 29 Januari 1983 kira-kira jam 6 petang, sebuah kapal carigali minyak (drillship) bernama Eniwetok sedang ditunda keluar dari Keppel Wharf oleh bot tunda milik Lembaga Pelabuhan Singapura (PSA). Ketika berada dibawah laluan kereta kabel Singapore Cable Cars, menara "derrick" setinggi 68 meter kapal itu telah melanggar salah satu dari dua kabel laluan menyebabkan 2 buah kabin kereta kabel terkeluar dari landasan kabel dan terhumban kelaut dari ketinggian 55 meter. Tujuh orang maut dan 13 lagi terperangkap didalam 4 buah kabin kereta kabel lain yang terselamat dari pelanggaran itu, tetapi tidak dapat digerakkan.




Pusat kawalan operasi menyelamat dibuka di PSA Tower dengan diketuai oleh Philip Yeo, Setiausaha Tetap Kedua (Pertahanan) ketika itu. Keseluruhan operasi menyelamat adalah dibawah arahan Colonel Lee Hsien Loong (kini Perdana Menteri Singapura). Pukul 7:17 pm daripada 4 pelan cadangan, mereka memutuskan untuk menggunakan helikopter sebagai usaha menyelamat.

Semasa operasi menyelamat dijalankan, 4 buah bot tunda digunakan untuk menstabilkan kedudukan kapal Eniwetok bagi mengelakkan menaranya bergerak dan memutuskan kabel itu. Arus yang kuat dan air pasang boleh menyebabkan kapal tersebut bergerak dan berisiko kepada kabel laluan tersebut.

Kapal Eniwetok dengan menaranya tersangkut pada kabel laluan


Gambar atas dan bawah - diorama operasi menyelamat didalam galeri Muzium Tentera Udara Republik Singapura (RSAF)



Unit penyelam Tentera Laut Singapura mengambil masa selama 3 jam untuk mengeluarkan 4 mayat mangsa dari 2 buah kabin kereta kabel yg telah jatuh ke dalam laut pada awal pelanggaran tadi. No. 120 Squadron RSAF telah menggunakan 2 buah helikopter Bell 212 Twin Huey SAR (callsign: Rescue One Zero dan Rescue One One) diarahkan untuk menyelamatkan 13 mangsa yang terperangkap dalam 4 buah lagi kabin.

Pada jam 8.13 malam, krew helikopter telah diberi taklimat dan seterusnya menjalani latihan singkat pada sebuah kabin kereta kabel yang tidak digunakan. Jam 11.40 malam, helikopter pertama yang diterbangkan oleh Lt. Kao Yit Chee memulakan operasi. 6 mangsa berjaya deselamatkan sebelum helikopter kehabisan bahanapi. Ia digantikan helikopter kedua pada jam 1.43 pagi, yang diterbangkan oleh Lt. Geoff Ledger sehingga operasi tamat pada jam 3.30 pagi, 30 Januari 1983. Lt. Geoff adalah pegawai Tentera Laut Australia yang ditumpangkan ke No. 120 Squadron sebagai jurulatih.



Cuaca yang berangin, ditambah lagi angin dari kipas helikopter merupakan kesukaran yang dihadapi oleh para penyelamat untuk merapati kabin-kabin tersebut. Setiap helikopter juga dipasang dengan lampu suluh bagi membantu penyelamat, memandangkan operasi berterusan hingga ke malam. Mereka menggunakan kaedah "winching" untuk merapati kabin dan menggunakan "harness" untuk membawa naik mangsa dan penyelamat ke helikopter.



Laporan The Sunday Times, 30 Januari 1983

Patch No. 120 Squadron, RSAF, pasukan yang terlibat dalam misi menyelamat

Jagjit Singh bertemu penyelamat beliau pada Oktober 2011, 28 tahun selepas insiden itu berlalu



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) baru-baru ini menjalani latihan menyelamat sebagai persediaan menghadapi situasi kritikal



Sumber:

http://ourstory.asia1.com.sg/dream/life/headline/lifh10.html

Foto: kredit kepada pemilik asal

Republic of Singapore Air Force (RSAF) Museum / Tentera Udara Republik Singapura

Sejarah Ringkas


Ditubuhkan pada 1968 sebagai Singapore Air Defence Command (SADC) sebelum ditukarkan kepada Republic of Singapore Air Force (RSAF) pada 1975. Sebagai permulaan, 8 buah Cessna 172K telah digunakan sebagai pesawat latihan asas juruterbang pada May 1969.

Kini RSAF mempunyai 13,500 anggota dan beroperasi dari pangkalan udara berikut:

1. Pangkalan Udara Changi Barat (KC-135R)
2. Pangkalan Udara Changi Timur (F-16D Block 52)
3. Pangkalan Udara Paya Lebar (F-5S, F-5T, F-15SG)
4. Pangkalan Udara Sembawang (AH-64D, AS-332M Super Puma, AS-532UL Cougar, CH-47SD)
5. Pangkalan Udara Tengah (F-16C/D Block 52)

Detasmen diluar negara:

1. Cazaux AB, Perancis (A-4SU, TA-4SU)
2. Luke AFB, USA (F-16C/D)
3. Mountain Home AFB (F-15SG)
4. RAAF Pearce, Australia (PC-21)

Lambang Tentera Udara Republik Singapura (RSAF)

Roundel yang digunakan pada 1975 hingga 1990

Roundel yang digunakan dari 1990 sehingga kini

Muzium RSAF berada dilokasi 400, Airport Road bersebelahan Pangkalan Udara Paya Lebar

Muzium ini mempunyai 9 galeri dengan bangunan setinggi 3 tingkat

Di tingkat bawah terletak galeri sejarah penerbangan dan sebuah mini-theatre

Tingkat bawah juga menempatkan ruang pameran untuk pesawat-pesawat yang pernah digunakan oleh RSAF. Jet BAC Strikemaster Mk 84 dan Mk 81 - 25 buah dioperasikan antara 1969-1984

20 buah T33A Shooting Star digunakan pada 1980 hingga 1985

46 jet Hawker Hunter FGA 74S, FR74S dan T75S digunakan pada 1970 hingga 1992

RSAF membeli 47 jet A-4S pada 1972 dan dinaik taraf menjadi A-4SU Super Skyhawk pada 1988

Jet pelatih SIAI Marchetti S.211 - sebanyak 32 buah digunakan pada 1984 hingga 2008

8 buah SA316B Alouette III mula digunakan pada 1969 dan diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 1978

45 buah UH-1B dan UH-1H dioperasikan 1980 - 1988

Pintu masuk ke galeri di tingkat 2

Antara galeri di tingkat 2

Model Pangkalan Udara Tengah


Gambar atas dan bawah - Launch Control Post (LCP) untuk peluru berpandu Bloodhound


Bloodhound Mk 2 SAM, bekas stok milik RAF sebanyak 88 unit (telah dibersarakan pada 1994)

Terdapat sebuah kedai cenderahati di tingkat bawah.

Secara keseluruhannya, semua bahan pameran berada dalam keadaan yang baik dan terpelihara, galeri-galeri sedia ada juga memaparkan sejarah RSAF dari awal penubuhan, operasi dan latihan diluar negara yang dipersembahkan dengan gaya yang menarik. Menurut staff muzium itu, sebuah pesawat E-2 Hawkeye akan dipamerkan termasuk ubahsuai di galeri-galeri di tingkat 2 yang mungkin memakan masa 3 bulan untuk disiapkan. Saya percaya wajah baru muzium ini nanti pastinya lebih menarik.


Rujukan:

Wikipedia 

http://www.mindef.gov.sg/imindef/mindef_websites/atozlistings/air_force/about/museum.html

Monday, 1 September 2014

British surrender to Japanese 1942 - Gen. Yamashita and Gen. Percival Dialogue at Ford Factory, Bukit Timah, Singapore / Jepun Menawan Singapura 1942

Pada 4 Disember 1941, ketumbukan tentera Jepun dari 25th Army yang terdiri dari Division ke-5 dan Diivision ke-18 telah belayar meninggalkan Pelabuhan Samah, Pulau Hainan untuk menyerang Malaya. Division ke-5 akan didaratkan di Songkhla dan Pattani, manakala Division ke-18 akan didaratkan di Kota Bharu, Kelantan. Pasukan ini dibantu oleh 3rd Tank Group dengan 79 kereta kebal sederhana berat dan 100 kereta kebal ringan. Selain itu, Jepun juga menghantar pasukan tambahan dan pesawat-pesawat udara dari Saigon, Vietnam. Malayan Command ketika itu dibawah pemerintahan III Indian Corps yang terdiri dari Division ke-9 dan Division ke-11 Indian Infantry, Division ke-8 Australia, Fortress Penang dan Fortress Singapore dengan kekuatan keseluruhan kira-kira 130,000 anggota.

Konvoi ini telah dikesan oleh pesawat peninjau RAAF (Tentera Udara Diraja Australia), dan pada kali keduanya dikesan oleh pesawat peninjau Catalina dari No. 205 Squadron RAF (Tentera Udara Diraja). Pesawat Catalina ini kemudian ditembak jatuh oleh Jepun. Pihak British telah membentuk Force Z yang terdiri dari kapalperang HMS Repulse dan HMS Prince of Wales berserta 4 buah kapal pemusnah HMS Electra, HMS Express, HMS Tenedos dan HMAS Vampire. Malangnya kapal pengangkut pesawat HMS Indomitable tidak dapat menyertai Force Z kerana mengalami kerosakan.

HMS Prince of Wales karam pada 10 Jan 1942

Pada tengah malam 7 Disember 1941, 3 buah kapal Jepun (Awazisan Maru, Ayatosan Maru dan Sakura Maru) telah mula mendaratkan 5,200 tentera di Kota Bharu. Serangan udara dari No. 1 Squadron RAAF dari Pangkalan RAF Kota Bharu berjaya merosakkan kapal-kapal tersebut, tetapi menjelang pagi 8 Disember 1941, Jepun berjaya mendaratkan 3 batalion ke pantai. Pada 31 Januari 1942, seluruh Semenanjung Malaya telah berjaya ditawan oleh Jepun (cuma dalam masa 55 hari sahaja). Pada 7 Februari 1942, Jepun melancarkan serangan ke Singapura dengan mendaratkan 400 tentera di Pulau Ubin dan lagi 2 arah lain - Kranji Line dan Serangoon Line. Pertempuran terakhir adalah di Bukit Chandu, 14 Februari 1942 dimana saki-baki 1,400 tentera British dan Askar Melayu berhadapan kemaraan 18,000 tentera Jepun.




Pada 15 Februari 1942, jam 0930, Gen. Percival telah bermesyuarat dengan lain-lain pegawai British di Fort Canning dan bersetuju untuk menyerah kalah kerana ketiadaan bekalan air dan lain-lain masalah lojistik. Seorang pegawai kanan tentera, pegawai awam dan seorang jurubahasa telah dihantar untuk menemui pegawai Jepun. Mereka kemudian diarahkan untuk membawa Gen. Percival ke Ford Motor Factory di Bukit Timah untuk membincangkan penyerahan tentera British kepada Jepun. Kilang ini telah ditawan oleh tentera Jepun dan dijadikan markas mereka.

Kilang Ford dahulu


Kilang Ford 2014

Ketibaan Percival untuk berunding

Replika meja dan bilik yang digunakan. Meja asal telah diletakkan di muzium perang Australia

Berikut adalah ringkasan dialong antara Yamashita dan Percival (melalui jurubahasa).

Y: Tentera Jepun tidak akan mempertimbangkan apa-apa perkara dan kami hanya mahu British menyerah tanpa syarat. Jika ini tidak dipatuhi, kami akan meneruskan serangan petang ini juga.
P: Bolehkah kamu beri sedikit masa lagi?
Y: Mustahil, perkara utama sekarang kamu lucutkan senjata kesemua tentera British. Kami benarkan hanya 1,000 anggota bersenjata untuk mengawal ketenteraman awam. Perkara kedua, dalam apa jua keadaan kami tidak akan biarkan tentera British mengambil apa-apa tindakan menghalang Tentera Jepun menjalankan tugas.
P: Kami mahu gencatan senjata diadakan bermula 11.30 pm
Y: Itu terlalu lewat, kerana pada jam 11.30 pm kami boleh menempatkan tentera-tentera kami di seluruh Singapura
P: Saya khuatir saya tidak ada cukup masa untuk menyampaikan arahan kepada semua tentera British di Singapura
Y: Jika begitu, baiklah - 11.30 pm
P: Jangan benarkan Tentera Jepun memasuki bandar Singapura sehingga esok
Y: Kenapa tidak kumpulkan semua senjata kamu di lokasi tengah Singapura untuk kami periksa
P: Kenapa tidak benarkan kami lakukan pada esok pagi sahaja?
Y: Perkara ini kita boleh bincangkan kemudian
P: Jika begitu gencatan senjata serta-merta di kawasan bandar, dan dilain-lain kawasan selewat-lewatnya pada 11.30 pm
Y: Untuk membuktikan kejujuran kamu, kami akan menahan seorang pegawai tinggi kamu dan Govenor disini
P: Kami mahu Tentera Jepun kekal berada pada posisi sekarang dan kami akan beri kamu pengesahan esok pagi
Y: Apa? Saya mahu pertempuran dihentikan malam ini juga. Saya ingin ingatkan kamu, semua tentangan dari Tentera British mesti dihentikan menjelang 11.30 malam.
P: Kami akan hentikan tembak-menembak pada jam 10 malam, tapi akan kekal berada dalam posisi kami
Y: Saya setuju untuk hentikan pertempuran pada 10 malam, selepas itu tentera kamu mesti dilucutkan senjata dan saya hanya benarkan 1,000 orang sahaja untuk membawa senjata dan mengawal keamanan. Hal ini sudah jelas, tetapi kamu masih belum setuju untuk menyerah tanpa syarat. Saya mahu dengar dari mulut kamu sendiri!
P: Saya setuju. Tapi saya ada satu permintaan supaya Tentera Jepun melindungi orang awam British - lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.

Pada jam 1820, Percival menandatangani dokumen menyerah tanpa syarat.


Selepas Perang.

Jen. Yamashita berkata dia sebenarnya simpati melihat keadaan Jen. Percival pada masa rundingan tersebut. Percival nampak agak tidak bermaya dan keletihan, tetapi dia terpaksa berkeras dan mahukan British segera menyerah tanpa syarat kerana dia khuatir British akan mengetahui pasukannya lebih kecil dengan hanya 30,000 anggota manakala British mempunyai antara 80,000 hingga 130,000 tentera. Yamashita juga bimbang yang pasukannya semakin kekurangan bekalan makanan dan peluru.

Percival kemudiannya dipenjarakan di Changi, sebelum dipindahkan ke Formosa dan Manchuria. Selepas upacara tandatangan penyerahan kalah Jepun diatas kapal USS Missouri, Jen. MacArthur telah menyerahkan pen tersebut kepada Percival. Percival kemudian dibawa ke Filipina untuk upcara yang sama dimana dia akan bertemu kembali dengan Yamashita pada 2 September 1945, tetapi kali ini Jepun pula menyerah kalah kepada Tentera Berikat (Allied Forces). Percival enggan bersalam dengan Yamashita sebagai protes keatas kekejaman tentera Jepun keatas tawanan perang.

Yamashita telah dijatuhkan hukuman gantung pada 23 Feb 1946 di penjara Laguna, 48km ke selatan Manilla. Percival meninggal dunia pada usia 78 tahun di London pada 31 Jan 1966.


Ruang legar



Galeri pameran

Galeri-galeri memaparkan kehidupan pada zaman pendudukan Jepun. Contoh bagaimana anak gadis dipotong rambut pendek dan dipakaikan pakaian lelaki bagi mengelakkan dirogol askar Jepun

Matawang Jepun yang digunakan pada masa itu

Tandas

Pedang pegawai tentera Jepun

Lain-lain galeri


Bersama "Percival dan Yamashita"


Theater untuk dokumentari penakhlukan Jepun keatas Singapura - amat menarik!

Bergambar bersama staff - Mr. Jimmy

Rujukan:

Wikipedia (sebahagian gambar dan info)

http://www.bbc.co.uk/history/ww2peopleswar/stories/79/a4217979.shtml