HMS Repulse bangkainya turut diburu.
Tahukah anda semenjak tahun 1596, sebanyak 12 kapal perang
Royal Navy telah dinamakan HMS Repulse? HMS Repulse yang terakhir adalah sebuah
kapal selam kelas Resolution (HMS Repulse S23) yg telah ditauliahkan pada tahun
1968 dan dilucut tauliah pada 28 Ogos 1996. Repulse ini adalah kapal selam
nuklear (SSBN) yg membawa peluru berpandu balistik Polaris.
Bagaimanapun, HMS Repulse yang paling popular adalah
battlecruiser dari kelas Renown yg telah karam akibat serangan udara tentera
Jepun pada 10 Disember 1941 tidak jauh dari Kuantan.
HMS Repulse telah mula ditempah pada 30 Disember 1914 dan
dibina oleh John Brown & Company di Clydebank, Scotland. Ia ditauliah ke
dalam perkhidmatan RN pada 18 Ogos 1916 dengan membawa motto "Qui Tangit
Frangitur" (Who touches me is broken).
Dalam Perang Dunia 1, Repulse terlibat dlm Pertempuran
Heligoland Bight yang ke-2 dan menjalani 2 kali proses pembaharuan dalam tahun
20an dan 30an. Semasa awal Perang Dunia 2, Repulse terlibat dlm pemburuan
kapal perang Jerman, Bismarck. Ia kemudiannya menjadi kapal pengiring kepada
konvoi ke Tanjung Pengharapan (Cape of Good Hope) dari Ogos hingga Oktober
1941, sebelum diletakkan dibawah pemerintahan East Indies Command.
HMS Repulse diletakkan dalam squadron Force Z bagi
menghalang pendaratan tentera Jepun di Malaya. Lain-lain kapal yg terlibat sama
adalah battlecruiser HMS Prince of Wales, 4 buah kapal pemusnah HMS Electra,
HMS Express, HMS Encounter dan HMS Jupiter. Kapal pengangkut pesawat HMS
Indomitable yang sepatutnya menyertai pasukan ini mengalami masalah di
Karibbean (Jamaica) dan cadangan menggantinya dgn HMS Hermes dibatalkan kerana
Hermes didapati terlalu perlahan.
Krew kapal selam Jepun I-58 telah menemui armada Force Z
pada 02.20 (10 Dis 1941) dan melepaskan 5 torpedo tetapi gagal menemui sasaran.
Sebelum subuh, Jepun telah melancarkan 11 pesawat peninjau hanya beberapa jam
kemudian 86 pesawat pengebom dari 22nd Air Flotilla melaporkan menemui Force Z.
Serangan udara bermula pada jam 11 pagi dgn 8 x pesawat Type
96 Nell menggugurkan bom, diikuti serangan gelombang ke 2, setengah jam
kemudian dengan 17 x Nell melepaskan torpedo. Kali ini Prince of Wales (POW)
terkena torpedo pertama kali, manakala Repulse berjaya mengelak torpedo yg ke-7
disasarkan kearahnya. Serangan ke-4 oleh pesawat Betty berjaya mengenai
torpedonya ke Repulse dan karam pada jam 12.33. Enam pesawat pula menyerang
Prince of Wales dan 3 torpedo menepati sasaran. Pada jam 13.15 arahan
dikeluarkan utk meninggalkan POW. Ia terbalik dan karam pada jam 13.20 pada
kedalaman 68 meter. Repulse secara keseluruhannya berjaya mengelak 19 serangan
torpedo tetapi 5 menepati sasaran.
Jumlah kematian Repulse - 508 dan Prince of Wales - 327
termasuk Vice Admiral Philips dan Captain Leach. Kini kedua-dua bangkai kapal diwartakan sebagai milik
kerajaan British dan pusara tentera yang dinamakan Protected Place dibawah akta
Protection of Military Remains Act 1986. Ministry of Defence, UK telah
mewartakan 60 lokasi "terkawal" (controlled) bangkai kapal serata
dunia yg bermakna aktiviti selaman dikawasan itu adalah dilarang. Lagi 58
lokasi diklasifikasikan sebagai "terlindung" (protected) yg membawa
maksud aktiviti selaman dibenarkan tetapi dibawah polisi "look but don't
touch", yang mana Repulse termasuk dalam kategori ini.
Menurut laporan akhbar The Telegraph (link) dua tahun lalu,
penyelam dari Tech Thailand, Stuart Shaw melaporkan baki propeller dari Repulse
dan 4 propeller dari Prince of Wales telah dicuri antara September 2012 hingga
May 2013. Dianggarkan setiap propeller adalah seberat 15 tan dan harga bagi
satu tan adalah £ 3,800. Jumlah kesemuanya adalah 8 propeller.
Kini pencuri telah mula mengambil bahagian besi lain yang
berharga utk dijual. Pencuri menggunakan bahan letupan buatan sendiri untuk
meletupkan bahagian tertentu sebelum besi tersebut di kaut dgn kren. Di
khuatiri dalam tempoh sedekad dua ini, bangkai HMS Repulse dan HMS Prince of
Wales akan pupus.
Royal Navy memasang bendera White Ensign pada Repulse dalam tahun 2014 (link).
Gambar-gambar bahagian Repulse yang dirampas dari pencuri besi buruk.
Berikut adalah maklumat hasil soalsiasat antara Komander TH
Moorer, USN dan Kapt. Kameo Sonokawa, Ketua Flait, Grup Udara Genzan, IJN yang
terlibat dalam serangan ke atas HMS Repulse dan HMS Prince of Wales. Rujuk
laporan OPNAV-P-03-100 Naval Analysis Division.
Flotila Udara ke-22 IJN yang berpangkalan di Saigon
bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.
Elemem-elemen yang berada di bawah
Flotila Udara ke-22 adalah:
1. Grup Udara Mihoro, berpengkalan di Dau Mot, 20 batu ke
utara Saigon dilengkapi 36 x G3M Nell (12 dlm simpanan).
2. Grup Udara Genzan, berpengkalan di Saigon. Dilengkapi dgn
36 x G3M Nell (12 dlm simpanan).
3. Grup Udara Konoya, berpengkalan 60 batu diselatan Saigon.
Dilengkapi dgn 27 x G4M Betty (9 dlm simpanan).
4. Unit Yamada (tumpangan) berpengkalan di Soc Trang.
Dilengkapi dgn 25 x A6M Zero, 11x A5M Claude dan 6 x C5M Babs.
Menurut Kapt. Sonokawa, Flotila Udara ke-22 terlibat dalam
misi menawan Malaya, Borneo dan Jawa. Mereka mempunyai kemahiran dalam
pengeboman, serangan torpedo dan operasi pada waktu malam.
Berdasarkan pengalamannya, walaupun torpedo boleh digugurkan
pada altitud 500m, hanya 10% boleh berfungsi pada 200m dan 50% berfungsi dengan baik pada 100m. Dengan
itu mereka berusaha menggugurkan pada altitud rendah antara 20m hingga 50m.
Jarak pelancaran adalah antara 400m hingga 600m dari sasaran dgn kelajuan 170
knots. Torpedo aktif apabila mencecah air.
88 buah pesawat (27 pengebom dan 61 penyerang torpedo)
diarahkan memburu kedua-dua kapal perang dgn setiap satu flait mengandungi 9
pesawat.
Serangan dilakukan mengikut gelombang, dimulakan dgn
pengeboman pada ketinggian 2500m oleh Grup Genzan, diikuti oleh Mihoro dan
Kanoya. Serangan gelombang pertama berjaya memperlahankan Repulse dan ia terus
menjadi sasaran walaupun perancangan asal mereka akan fokus kepada Prince of
Wales.
G3M Nell (atas) dan G4M Betty (bawah)
Repulse menerima 2 hentaman bom dan 12 torpedo, manakala
Prince of Wales menerima satu hentaman bom dan 10 torpedo. Secara keseluruhan
IJN hanya kehilangan 4 pesawat (1 dari Genzan dan 3 dari Kanoya).
Repulse karam pada jam 1230 dan Prince of Wales karam 30
minit kemudian. Lokasi serangan kira-kira 50 batu ke timur Kuantan. Jarak antara
kedua kapal kira-kira 5 batu. Selepas serangan, sebuah pesawat ditinggalkan sebagai
pemerhati sehingga kedua-dua kapal tersebut karam. Tidak lama kemudian 10 x
pesawat Buffalo tiba, tetapi pesawat tadi dapat lolos.
Semasa operasi di Malaya, Grup
Udara Genzan mempunyai bekalan alat ganti dan bahanapi yg mencukupi. Sepanjang
Malayan Campaign mereka hanya kehilangan 2 pesawat, sebuah semasa serangan ke
atas Repulse dan PoW dan sebuah lagi semasa serangan ke atas Singapura.
Kebiasaannya mereka miliki 36 buah pesawat. Tugas IJN adalah melakukan serangan
ke atas armada British di Singapura manakala IJA bertanggungjawab di Malaya.