Meriam Phaya Tani (Seri Petani) dibuat oleh tukang berbangsa
Cina bernama Tok Kayan setelah dititahkan oleh Ratu Biru bagi menghadapi
serangan Siam. Tiga buah telah disiapkan dengan Seri Petani merupakan yg
terbesar, diikuti Seri Negara dan Mahalela. Pattani tewas ke tangan Raja Rama I
pada tahun 1785. Seri Petani dan Seri Negara cuba dibawa ke Bangkok, namun Seri
Negara telah karam bersama kapal yg membawanya.
Raja Rama I kemudian menitahkan sebuah meriam baru dibina
menggantikan Seri Negara, berpasangan dengan Seri Petani. Meriam yg sama
saiznya itu dinamakan Narai Sanghan. Meriam Seri Patani kini ditempatkan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan, Bangkok, Thailand. Ia adalah galeri terbuka yang menempatkan 40 buah meriam. Galeri ini dikenali sebagai Old Big Guns Museum (
link)
Sebahagian foto adalah milik Tajuddin Idrus
Foto lain - lain meriam
Pembaca boleh merujuk kepada sejarah Perang Thai - Patani dari Kitab Sejarah Malaya (
link) atau artikel seperti dibawah.
Tulisan oleh Wan Mohd Hazim (
link)
Dipetik dari Sejarah Kerajaan Melayu Pattani
Bab 3: Pemerintahan Patani Zaman Kejatuhan
Dalam tahun Masehi
1767 Kota Ayuthia pusat pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat
ditawan oleh orang-orang Burma
menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-orang Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia
itu. Sekalian raja-raja kecil yang memerintah di merata jajahan takluk Siam
pada masa itu masing-masing berangan-angan mahu memerintah sendiri dan
membebaskan kedudukan meraka dari takluk Raja Siam itu. Raja dalam negeri Ligor
telah menggunakan kesempatan ini mendiri semula kerajaannya yang bebas dan
merdeka lalu dia mengisytiharkan kerajaannya di sebelah selatan Siam.
Negeri-negeri Singgora serta Pathalung telah menjadi jajahannya serta dihantar
menterinya menjadi pemerintah di dalam jajahan itu.
Dalam masa negeri Siam sedang kacau-bilau dan raja-raja
kecilnya di seluruh jajahan itu sedang mendirikan kerajaan masing-masing
timbullah seorang pembesar Siam-Thai bernama Phya Tak Sin dia telah dapat
mengumpul sekumpulan orang-orang Siam-Thai
hingga menjadi suatu pasukan yang besar, kemudian dia telah mengetuai pasukan
itu menyerang balas ke atas orang-orang
Burma dalam Kota Ayuthia. Akhirnya dia telah berjaya dan
orang-orang Burma itu habis dihalau dan
dibunuh serta Kota Ayuthia itu dapatlah kembali ke tangan orang-orang Siam-Thai, lalu didirikan semula pusat
kerajaan Siam-Thai itu dan dia sendiri menjadi rajanya. Tetapi pusat
pemerintahan telah dipindah ke suatu tempat yang lain di dalam jajahan Thon
Buri.
Setelah itu Phya Tak Sin, Raja Siam itupun menghantar angkatan
tenteranya ke seluruh jajahan takluk kerana mengalahkan raja-raja kecil yang
berkeras mahu merdeka dari pemerintahan Raja Siam-Thai itu. Tidak berapa lama
sahaja sekalian raja-raja kecil itu habis daat ditunduk kepadanya semula hanya
raja negeri Ligor sahaja yang belum dapat dikalahkan.
Oleh itu di dalam tahun Masehi 1769 Raja Siam-Thai itu telah melancarkan
serangan yang besar ke atas negeri Ligor dengan kerana kekuatannya lebih besar
dapatlah Raja Siam itu mengalahkan Raja Ligor dan Raja Ligor yang ingin mahu
kemerdekaan itupun terpaksa melarikan diri ke Singgora tetapi diturut pula oleh
Raja Siam itu akhirnya Raja Ligor, Raja Singgora dan Raja Pathalung telah
membawa kaum kerabatnay melarikan diri ke negeri Patani serta meminta
perlindungan kepada Sultan Muhamad.
Dalam hal itu Raja Siam-Thai mengikut juga hingga sampai di
daerah Tiba iaitu sempadan negeri Patani dengan Siam pada masa itu. Dari situ
dia menghantar utusannya kepada Sultan Muhamad meminta supaya ketiga orang raja
yang lari dari Singgora itu ditangkap dan dihantar kepadanya.
Jika Sultan Muhamad enggan menyempurnakan kehendaknya iaitu
dia akan tetap menyerang negeri Patani. Utusan Raja Siam-Thai itu telah sampai
di Patani pada bulan Disember tahun Masehi
1769 juga. Oleh itu Sultan Muhamad telah bermesyuarat dengan
pembesar-pembesarnya mencari keputusan mahukah diturut atau tidak akan kehendak
Raja Siam-Thai itu. Keputusannya patut diturut kerana bimbang atas keselamatan
dan keamanan negeri Patani nanti diserang oleh Raja Siam-Thai dengan hanya
suatu sebab yang kecil sahaja. Tambahan baginda Sultan Muhamad telah merasai
tidak ada bersangkut paut pun dengan Raja Ligor dan rakan-rakannya itu. Setelah
itu baginda menyuruh orangnya menangkap Raja Ligor itu dihantarnya kepada Raja
Siam kemudian Raja Siam-Thai belayarlah kembali dengan membawa ketiga orang
raja-raja yang tersebut sebagai tawanannya. Semenjak itu negeri Ligor pun
bercantum kembali ke bawah takluk Raja Siam-Thai.
Adapun perkembalian Raja Siam-Thai itu bukanlah terhapus
ingatan jahatnya di atas negeri Patani akan tetapi hatinya masih kuat
berkehendak supaya negeri Patani itu dapat ditakluk dan orang Melayunya dapat
diperhambakan. Sebagaimana kejayaannya dapat menakluk negeri Ligor, Singgora
dan Pathalung itu. Oleh kerana kekuatannya belum dapat meluluskan kehendaknya
itu terpaksalah dia diam dahulu sementara menunggu masa yang baik.
Dalam hal yang demikian pada tahun Masehi 1776 orang-orang Burma pun datang pula menyerang negeri Siam
utaranya. Dengan hal ini Raja Siam-Thai itu mahu mengetahui adakah Sultan
Muhamad Raja Patani itu takut kepada pengaruhnya atau tidak lalu pura-pura dia
menghantar utusannya ke Patani meminta bantuan Sultan Muhamad itu membantunya
melawan serangan orang-orang Burma itu
dan dikehendaki bantuan sebanyak 80,000 bath. Tetapi permintaan itu tidak
dihiraukan oleh Sultan Muhamad, bila diketahui oleh Raja Siam-Thai kehendaknya
tidak berjaya sangatlah panas hatinya dan bertambah-tambah kuat azamnya hendak
menakluk negeri Patani.
Di antara itu dalam tahun Masehi 1782, Raja Siam-Thai yang bernama Phya Tak
Sin atau Raja Thon Buri itu pun mati dibunuh oleh seorang panglimanya dan
panglima inilah yang dilantik menjadi Raja Siam-Thai menggantinya atau bergelar
Phra Putrra Yu’ Fa Chula Lok atau Raja Rama yang pertama daripada keturunan
Maha Chakri. Di dalam pemerintahan raja inilah yang mula didirikan Kota Bangkok
yang ada sekarang ini.
Dua tahun kemudian iaitu di dalam tahun Masehi 1784, orang-orang Burma datanglah pula menyerang negeri Ligor
yang di dalam takluk Raja Siam itu. Raja Siam telah menghantar adiknya yang
menjadi Raja Muda membwa angkatan perangnya untuk melawan orang-orang Burma itu. Angkatan perang itu telah beredar
dari Bangkok dengan beberapa buah kapal perang menuju ke negeri Ligor, manakala
sampai di Ligor terus panglima Siam-Thai itu mendaratkan tenteranya dan bersatu
dengan angkatan Siam Ligor melawan orang-orang Burma itu. Peperangan telah
berlaku berbulan lamanya kesudahannya orang-orang Burma terrpaksa mengundurkan diri kembali
setelah ditewas oleh angkatan perang Siam-Thai yang datang dari Bangkok itu.
Setelah tamat peperangan Raja Muda Siam itu telah membawa
angkatan perangnya ke Singgora kerana mengatur urusan pemerintahan di situ.
Setelah siap urusannya dia telah menghantar utusannya ke Patani meminta Sultan
Muhamad tunduk kepadanya dengan baik.
Bila utusan Raja Siam-Thai sampai di Patani, Sultan Muhamad
telah memanggil pembesar-pembesarnya datang mesyuarat untuk mengambil keputusan
yang muktamad akhirnya tetap suara masing-masing tidak mahu tunduk kepada Raja
Siam-Thai lebih lagi tidak akan melayani segala kehendak Raja Siam-Thai yang
bertujuan hendak merampas kedaulatan Raja Dan kebebasab negeri Patani.
Keputusan ini telah diberitahu kepada utusan Raja Siam-Thai
itu bila diketahui Raja Siam-Thai bahawa kehendaknya tidak berjaya tambahan
pula dia telah mendapat jawapan yang megahdari Sultan Muhamad itu. Sangatlah
bergelora nafsu penjajahan dalam hatinya dan memutus fikirannya akan menyerang
negeri Patani diberitahu kepada panglimanya Phraya Kalahum membawa angkatan
perasaannya menyerang negeri Patani dan memaksa panglima itu berperang secara
berhabisan sehingga negeri Patani itu dapat ditakluk.
Sultan Muhamad sepeninggalan utusan Siam-Thai itu kembali
telah yakin di hati baginda bahawa bagaiman pun pada kali ini sudah tentu
negeri Patani akan diserang oleh orang-orang
Siam-Thai. Oleh itu baginda tidak berlengah laig terus bertitah
melengkapkan senjata perang dan membina kubu-kubu pertahanan serta mengatur
langkah-langkah perang seberapa yang dapat.
Tetapi dukacita bahawa kedudukan negeri Patani pada masa itu
di dalam kelemahan kerana telah kurang kekuatannya dan segala senjata perang
sudah tidak memadai jikalau berperang dengan berlanjutan. Semenjak berhenti
peperangan dengan orang-orang Siam-Thai
dalam masa pemerintahan Raja Kuning dahulu hampir-hampir setengah kurun lamanya
negeri Patani tidak pernah diperalatkan senjata perang kerana tidak ada
musuh-musuh yang datang menyerang. Selama itulah orang-orang Melayu Patani
hanya hidup dengan aman tenteram hingga terlupa menyediakan persediaan untuk
berperang dan hampir-hampir pula terlupa mereka terhadap muslihat mengawal
tanah air. Dengan hal itu kian lama darah perwira orang-orang Melayu itu tentu beransur-ansur lemah serta
alat-alat perang yang ada tersimpan di dalam gedung-gedung senjata tentu pula
terlampau buruk. Tiadalah sama darjatnya dengan senjata-senjata baru yang ada
di dalam tangan orang-orang Siam-Thai
kerang orang-orang Siam-Thai itu
sentiasalah mengadakan senjata-senjata baru di dalam angkatan perangnya.
Sekalipun begitu keadaannya, tetapi melihat kepada sikap
Raja Siam-Thai yang telah berazam penuh hendak menakluk negeri Patani itu. Maka
Sultan Muhamad tidaklah berputus harap malahan terus baginda mengumpulkan
senjata-senjata lama yang masih ada itu dan mengisytiharkan kepada rakyat
jelatanya peperangan yang akan berlaku pada kali ini ialah peperangan yang akan
menentukan buruk baik dan hidup matinya Kerajaan Melayu Patani. Serta meminta
kepada rakyat jelatanya hendaklah masing-masing bersatu padu dan mengambil
bahagian penuh di dalam peperangan pada kali ini untuk mempertahankan
kemerdekaan bangsa dan kerajaan. Permintaan Sultan Muhamad itu telah disambut
oleh rakyat jelata Patani dengan penuh gembira dan masing-masing berkesanggupan
penuh untuk melawan kecerobohan orang-orang
Siam-Thai. Sekalipun terpaksa mereka berkorban di medan perang kerana
mempertahankan kermerdekaan itu daripada hidup dijajah dan ditakluk orang-orang Siam-Thai.
Setelah hampir angkatan perang Siam itu akan sampai di
Patani sekalian rakyat jelata Patani telah dikerah oleh Sultan Muhamad
berkumpul di luar kota Istana dan dibahagikan kepada dua pasukan. Pasukan yang
pertama diperintah berkawal dalam kubu-kubu di tepi pantai untuk mempertahankan
pendaratan orang-orang Siam-Thai dari
kapal perangnya. Pasukan kedua berkawal di hadapan Kota Istana dan segala alat
senjata termasuk meriam dan pelurunya telah dibahagi sama rata. Meriam besar
Seri Negara dan Seri Patani yang telah pernah mengalahkan orang-orang Siam-Thai dahulu telah dibawa semula diletak
diluar kota hanya menunggu perintah akan melepaskan pelurunya yang handal dan
kedua-dua pasukan pertahanan itu hanya menanti saat sahaja akan menghentam
serangan orang-orang Siam-Thai.
Tiada berapa hari kemudian angkatan perang Siam-Thai yang
dikepalai oleh Phraya Kalahum sampailah di Kuala Patani dan berlabuh disitu
sementera menunggu saat yang baik akan melancarkan serangannya di dalam saat
penting itu. Tiba-tiba dalam golongan orang-orang besar Sultan Muhamad adalah seorang Siam-Thai
bernama “Nai Chan Tung” iaitu berasal dari Siam Ligor telah datang menduduki
dalam Patani dengan beberapa orang rakannya ia telah banyak berkhidmat kepada
kerajaan Patani sehingga Sultan Muhamad menaruh kerpecayaan penuh kepadanya dan
telah dilantik dia menjadai seorang pembesar raja.
Sewaktu angkatan perang Siam-Thai berlabuh di Kuala Patani
itu, timbullah perasaan jahatnya kepada kerajaan Patani dan akan berbuat bakti
kepada bangsa dan kerajaannya. Lalu dia mengatur rancangan jahatnya kemudian
dengan terburu-buru dia masuk mengadap baginda Sultan Muhamad menyatakan bahawa
dia sanggup melawan serangan orang-orang
Siam-Thai. Tetapi hendaklah dilantiknya menjadi ketua dalam pasukan
rakyat Melayu yang bertahanan dalam kubu di tepi pantai itu serta meminta
kepada sultan mengurnia kepada sebuah perahu yang besar lima hasta cukup dengan
senjata-senjata dan meriam. Dengan kerana kepercayaan itu Sultan Muhamad telah
meluluskan permintaannya. Setelah itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya.
Pura-pura menuju kepada pertahanan di tepi pantai itu, di sini mulalah dia
menjalankan rancangan khianatnya kepada kerajaan Patani.
Manakala sampai di tengah malam waktu alam sedang gelap
gelita yang akan dapat melindungi kepada seorang yang akan berbuat jahat. Di
kala itu keluarlah Nai Chan Tung dengan perahunya menuju ke kapal perang
orang-orang Siam-Thai dan meminta
berjumpa dengan panglima Phraya Kalahum. Setelah dapat berjumpa terus dia
membuka rahsia pertahanan orang-orang
Melayu Patani dan memberi tahu tempat-tempat perkubuan mereka serta
ditunjuk pula tempat-tempat menyimpan senjata perang kemudian dia terus
melarikan diri ke Singgora.
Panglima Phraya Kalahum sangatlah sukacitanya bila dapat
mengetahui rahsia pertahanan orang-orang
Melayu itu. Dia yakin pada kali ini angkatan perangnya akan tetap menang
serta terbayang-bayang pada matanya bahawa pada kali ini sudah tentu takhta
kerajaan Patani akan berguling jatuh ditendang oleh angkatan perangnya.
Setelah sampai saat
yang baik panglima itu mulalah memerintah pasukan meriamnya membedil ke atas
kubu-kubu pertahanan orang-orang Melayu
di pantai itu. Dengan serentak dia mendaratkan tenteranya ke pantai dengan berlindung
di bawah peluru-peluru yang ditembakoleh pasukan meriam, tetapi malangnya
tiap-tiap kali peluru yang dibedil oleh Siam itu telah terjatuh di dalam
kubu-kubu orang-orang Melayu. Sehingga
beberapa kali tembak sahaja banyaklah orang-orang Melayu itu terbunuh dalam hal itu pun
orang-orang Melayu tetap bertegas hati
membedil balas dengan hebatnya. Serangan dan bedilan orang-orang Siam-Thai itu semakin lama semakin kencang
sehingga angkatan perang orang-orang
Siam-Thai itu dapat naik ke pantai serta mengumpul semua kekuatannya
menyerbu ke kubu orang-orang Melayu.
Dengan sekejap sahaja kedudukan orang-orang
Melayu itu terkepung dan terputus perhubungannya dengan pasukan yang
kedua yang bertahan di hadapan kota dalam negeri. Sekalipun mereka terkepung
dan hadapannya telah terkecewa, orang-orang
Melayu dalam kubu itu terus juga melawan dengan tidak berganjak setapak
pun. Kesudahannya pertahanan orang-orang
Melayu di pantai itu hancur lebur dan kubu-kubu serta meriam-meriam
mereka telah ditawan oleh orang-orang
Siam-Thai.
Setelah barisan pertahanan orang-orang Melayu di pantai itu jatuh, panglima Phraya
Kalahum telah mengumpul sekali lagi kekuatan perangnya yang tinggal di situ
terus melancarkan serangan ke dalam negeri. Serangan panglima itu telah
mendapat tentangan yang hebat dair pertahanan orang-orang Melayu di hadapan Kota Istana dan Sultan
Muhamad sendiri telah keluar mengatur pertahanan itu. Meriam Seri Negara dan
Seri Patani pun mulalah melepaskan pelurunya yang handal itu menyekat kemaraaan
orang-orang Siam-Thai dan peperangan
berapat-rapat dengan menggunakan senjata-senjata pendek pun berlaku dengan
hebat.
Peperangan itu terus
berlaku beberapa hari dengan tidak berhenti-henti dan malangnya Sultan Muhamad
telah terkena peluru meriam yang dibedil oleh Siam-Thai dengan sekejap sahaja
baginda pun gugur serta mangkat ditengah-tengah pertempuran itu, pertahanan
orang-orang Melayu di hadapan Kota
Istana itu pun pecah. Serangan orang-orang
Siam-Thai semakin kuat mendesak kesudahannya pertahanan orang-orang Melayu sampailah saaat akhir dengan berpecah
belah membawa diri masing-masing. Kota Istana itu jatuh ke tangan
orang-orang Siam-Thai serta peperangan
pun tamat dengan kekalahan orang-orang
Melayu.
Kekalahan pada kali ini ialah kekalahan yang pertama kali di
dalam sejarah Kerajaan Melayu Patani. Dengan kekalahan ini bererti hilanglah
kemerdekaan Kerajaan Melayu Patani dan terhapus kedaulatan raja-raja Melayu
yang telah dikawal beratus-ratus tahun lamanya. Juga sampailah maksud raja
Siam-Thai yang telah lama ingin hendak menakluk negeri Patani dan
memperhambakan rakyat jelatanya.
Kekalahan orang-orang
Melayu Patani pada kali ini adalah dengan kerana beberapa sebab yang
besar sekali ialah :
1. Rahsia
pertahanan dan kekuatan orang-orang
Melayu telah pecah, dibuka oleh Nai Chan Tung kepada panglima Siam-Thai.
2. Sultan Muhamad
telah mangkat di dalam peperangan.
3. Kelengkapan atau
senjata perang orang-orang Melayu tidak
memadai.
4. Kekuatan perang
orang-orang Siam-Thai lebih banyak daripada
orang-orang Melayu.
Setelah semua pertahanan orang-orang Melayu Patani hancur lebur, bermaknalah
negeri Patani telah terjatuh dibawah kongkong penaklukan Siam-Thai. Inilah
tarikh awal-awalnya kejatuhan negeri Patani yang berdaulat dan merdeka beratus-ratus
tahun semenjak dari pemerintahan Raja Seri Wangsa dahulu, dalam masa kejatuhan
ini adalah sangat besar ertinya dalam sejarah kerajaan Melayu Patani. Yang
demikian susah dan pengorbanan raja-raja Patani semenjak beratus-ratus tahun
pada mempertahankan daulat kerajaan dan kemerdekaan orang-orang Melayu itu telah jatuh terkongkong di bawah
penaklukan Siam-Thai. Dengan kejatuhan inilah membawa negeri Patani terus
menerus terkongkong oleh Siam-Thai hingga sampai pada hari ini.
Setelah tertawan semua pertahanan orang-orang Melayu itu, maka perkerjaan yang mula-mula
sekali dibuat oleh orang-orang Siam-Thai
di dalam Patani ialah menangkap dan membunuh orang-orang Melayu Patani lelaki perempuan dan
kanak-kanak kecil yang tiada bersenjata serta merampas segala harta benda, alat
senjata. kemudian Kota Istana al-Marhum Sultan Muhamad itu telah dibakar hingga
licin licau.
Lebih kurang sebulan lamanya orang-orang Siam-Thai itu bermaharajalela di dalam Patani
kerana berhabis-habisan membalas dendamnya kepada orang-orang Melayu Patani yagn telah disifatkan
orang-orang Melayu itu musuh yang utama.
kemudian mulalah panglima Phraya Kalahum itu mengatur undang-undang pemerintahan
di dalam Patani mengikut corak undang-undang penakluk dan mengurangkan daulat
raja dan orang-orang besarnya.
Setelah undang-undang itu selesai diatur maka panglima Siam
itu memerintah tenteranya turu ke kapal perang lalu mengangkat sauh belayar
kembali ke Bangkok dengan membawa beberapa banyak orang-orang tawanan Melayu termasuk lelaki perempuan dan
kanak-kanak serta harta benda rampasan perang. Di antara benda rampasan itu
yang lebih berharga sekali pada orang-orang
Melayu ialah meriam-meriam besar yagn dibuat di dalam masa pemerintahan
Raja Biru dahulu. sepucuk daripadanya telah dibawa bersama-sama dengan tawanan
itu ke Bangkok tetapi sepucuk lagi telah terjatuh ke dalam laut di hadapan
Kuala Patani sewaktu orang-orang
Siam-Thai itu hendak membawanya naik ke kapal perang. Hanya sepucuk
sahaja yang telah dapat dibawa ke Bangkok. Hingga sekarang meriam besar Patani
itu telah diletak menjadi perhiasan di hadapan bangunan Jabatan Menteri
Peperangan di Bangkok pada hari ini.
Undang-undang pemerintahan yang diatur oleh panglima
Siam-Thai sebelum kembali ke Bangkok itu ialah melantik seorang daripada orang
Melayu menjadi pemerintah negeri Patani sebagai raja patung. Pentadbiran negeri
terletak di bawah kuasa jagaan raja Siam-Thai di Ligor dan tiap-tiap tahun
dipaksa menghantar ufti Bunga Emas ke Bangkok menandakan taat setia kepada Raja
Siam-Thai. Raja Patung yang dilantik oleh orang-orang Siam-Thai itu ialah Raja Bendang Badang
bernama Tengku Lamidin.
Setelah Tengku Lamidin diangkat oleh Siam menjadi Raja
Patani maka kewajipan yang mula-mula sekali di kerajaan ialah memperbaiki Kota
Istana dan mengumpulkan semula rakyat jelata Patani yagn telah melarikan ke
merata-rata [sic]. Tetapi manakala dilihat kota Istana yang di Kota Gerisik itu
sudah hasbis binasa dan rakyat jelatanya sudah sunyi sepi kerana banyak yang telah mati di dalam
peperangan dan banyak pula yang telah ditawan
oleh Siam dibawa ke Bangkok, Tengku Lamidin pun tiadalah berapa suka
lagi tinggal di Kota Gerisik itu, lalu baginda berpindah pula membuat istana
baru di Kota Perawan serta dilantik seorang Datuk bernama Datuk Pangkalan,
duduknya di Kampung Pengkalan Besar menjadi pemerintah di Kota Gerisik itu.
Sungguhpun Tengku Lamidin ini telah dilantik oleh Raja
Siam-Thai menjadi raja patung tetapi dalam hatinya telah tertanam perasaan
sedih atas perbuatan orang-orang
Siam-Thai kepada orang-orang
Melayu Patani. Dengan kerana itu baginda telah berazam akan menuntut
bela kekalahannya dan membebaskan kerajaan Patani dari kongkongan penaklukan
Siam-Thai hanya baginda menunggu sahaja peluang yang baik akan dijalankan
maksud itu.
Dengan hal yang demikian dalam tahun Masehi 1789, baginda pun menghantar utusannya
membawa surat kepada Raja Annam (Vietnam) dalam Indochina yang bernama Raja
“Ong Chieng Su” mengajak raja itu bermuafakat menyerang negeri Siam. Baginda
akan menyerang di pihak selatan Siam dan hendaklah Raja Annam itu menyerang di
pihak utaranya.
Tetapi malangnya surat Tengku Lamidin itu telah dikirim pula
oleh Raja Annam kepada Raja Siam di Bangkok. Manakala diketahui oleh Raja Siam
akan kehendak Raja Patani itu sangatlah murkanya lalu diperintah kepada
panglimanya Phraya Kalahum menangkap Raja Patani itu, tetapi dalam masa itu
juga Tengku Lamidin telah siap melengkapkan bala tenteranya. Lalu berangkatlah
dengan angkatan tenteranya itu menyerang negeri Tiba manghalau orang-orang Siam-Thai di situ. kemudian terus menyerang
masuk ke jajahan Cenak dengan senang dan akhirnya sampai ke Singgora manakala
sampai baginda di Singgora bertempurlah baginda dengan angkatan
orang-orang Siam-Thai yang sedang
berkubu di Kampung Bukit Anak Gajah lalu berperanglah di situ beberapa hari
lamanya.
Berita serangan orang-orang
Melayu ke Singgora itu telah sampai kepada Raja Siam-Thai di Ligor lalu
dia menghantar bantuan tenteranya menolong orang-orang Siam-Thai Singgora. Serangan orang-orang Melayu yang di bawah pimpinan Tengku Lamidin
itu kian lama semakin kencang akhirnya pertahanan orang-orang Siam-Thai Singgora dan Ligor pun melarikan
diri ke negeri Phatalung, tetapi terus juga diburu oleh orang-orang Melayu itu sehingga berlaku pula peperangan
di negeri Pathalung.
Dalam hal yang demikian sampailah angkatan panglima Phraya
Kalahum dari Bangkok yang bertujuan hendak menangkap Raja Patani itu. Lalu
angkatanya masuk bersatu dengan Raja Singgora dan Raja Ligor bersama-sama
menahan serangan orang-orang Patani itu.
Pengundurun Tengku Lamidin ini tiadalah mendatangkan
kebaikan suatu pun kepada baginda kerana memberi peluang yang baik kepada
orang-orang Siam melancarkan serang
balasnya. Oleh itu sepanjang-panjang pengundurannya sentiasa diikut oleh
orang-orang Siam-Thai akhirnya sampailah
orang-orang Melayu Patani dan
masing-masing masuk bertahan dalam Kota Perawan kerana menanti serangan
orang-orang Siam itu.
Oleh kerana angkatan orang-orang Siam itu telah berkumpul dari tiga angkatan
besar jadilah mereka lebih banyak daripada orang-orang Melayu. Kesudahannya Kota Perawan itupun
dapatlah dikepung oleh orang-orang Siam
dan mereka menyekat segala perhubungan orang-orang Melayu itu dengan rakan-rakannya yang ada di luar
kota. Dengan hal yang demikian pertahanan orang-orang Melayu itu pun lemah akhirnya Kota Perawan
itu terjatuh ke tangan orang-orang Siam
dan Tengku Lamidin pun dapat ditangkap oleh orang-orang Siam. Kemudian baginda telah dihukum bunuh
atas kesalahannya menderhaka kepada Raja Siam-Thai di Bangkok. Setelah itu
orang-orang Melayu pun berpecah belah
membawa diri masing-masing. Kekalahan ini ialah berlaku dalam tahun 1791 iaitu
kekalahan yang kedua di dalam sejarah kerajaan Melayu Patani. Sebagaimana biasa
orang-orang Siam-Thai itu pun masuklah
ke dalam Kota Perawan menangkap dan membunuh orang-orang Melayu serta merampas segala harta benda
mereka. Setelah puas mereka bermaharajalela, mereka itu pun kembalilah ke
Singgora dengan membawa beberapa orang-orang
tawanan Melayu.
Sebelum orang-orang
Siam-Thai itu kembali, telah dipililh seorang pembesar Melayu diangkat
pula menajadi raja memerintah negeri Patani.
Diangkatnya “Datuk Panglakan” serta diberi gelaran “Luang” kepadanya
dengan kerana itu sekalian anak-anak datuk ini semuanya dipanggil “Long”
belaka. Dan supaya menjaga orang-orang
Melayu itu daripada menderhaka kepadanya dilantik pula serorang orang
besar Siam bernama Laksaman Dajang menjadi penjaga mengawal orang-orang besar Melayu serta disuruh pula beberapa
orang orang-orang Siam-Thai tinggal
berkawal di Patani.
Semenjak itu tenanglah sedikit hal ehwal di dalam Patani
tetapi pemerintahan Datuk Pangkalan selalu berselisih dengan orang-orang Siam itu kerana tidak ada kebebasan
menjalankan pemerintahan negeri hanya sentiasa sahaja dihalang oleh
orang-orang Siam-Thai. Istimewa
orang-orang Siam itu sangat jahat
perangainya dan selalu membuat keganasan kepada rakyat Melayu Patani. Oleh itu
dalam tahun Masehi 1808 timbullah suatu
perselisihan yang hebat di antara Datuk Pangkalan dengan orang-orang Siam itu.
Setelah hilang sabarnya, Datuk Pangkalan pun datanglah
dengan orang-orangnya menyerang orang-orang
Siam-Thai itu secara terkejut. Sehingga terpaksalah mereka itu dengan
ketuanya Laksama Dajang lari menyelamatkan diri ke Singgora. Raja Singgora pula
menghantar suratnya ke Bangkok menyatakan bahawa Datuk Pangkalan dan
orang-orang Melayu Patani telah belot
kepada Raja Siam-Thai. Sementara itu Raja Ligor dan Raja Singgora pun datanglah
dengan bala tenteranya ke Patani keran
hendak menangkap Datuk Pangkalan itu.
Di Patani pun
bersiaplah sekalian kerabat datuk-datuk iaitu Datuk Pangkalan, Datuk Sai, Datuk
Pujud dan lain-lain. Masing-masing mengumpul kekuatan menanti kedatang
orang-orang siam Ligor dan Singgora
manakala sampai orang-orang Siam itu
berperanglah dengan orang-orang Patani
berbulan-bulan lamanya. Orang-orang Patani di bawah pimpinan datuk-datuk itu
pun terus berjuang dengan cara berhabis-habisan, masing-masing berazam teguh
akan menghalau orang-orang Siam itu dari
negeri Patani dan membebaskan diri mereka dari kongkong penaklukan Siam-Thai.
Dengan berkat azam yang suci itu maka orang-orang Siam pun kalah lalu mengundurkan diri kembali
ke Singgora dan Laksama Dajang pun kembali juga ke Ligor.
Beberapa bulan kemudian angkatan orang-orang Siam-Thai dari Bangkok yang diketuai oleh
Phraya Kalahum pun sampai pula dengan beberapa buah kapal perang dan di daratan
telah diiringi pula oleh orang-orang
Siam Singgora dan Ligor. Peperangan pada kali ini telah berlaku sekali
serentak di darat dan di laut. Perjuangan di laut telah berlaku dalam Baruh
Laguni dan perjuangan di darat telah berlaku di Kota Gerisik. Akhirnya
orang-orang Melayu Patani pun telah
kalah dan Datuk Pangkalan telah mati di dalam perjuangan itu. Sekalian
datuk-datuk yang lain telah lari menyelamatkan diri masing-masing.
Setelah mendapat kemengan itu, masuklah orang-orang Siam-Thai dengan megahnya memerintah negeri
Patani dan ditangkap orang-orang Melayu
membuat tawanan serta merampas segal harta benda mereka itu, dan mengatur pula
undang-undang pemerintahan di dalam negeri Patani mengikut kemahuannya.
Kemudian mulai orang-orang
Siam itu menjalankan rancangan hendak menghapus daulat raja-raja Melayu,
iaitu diangkat seorang bangsa Siam-Thai brnama “Nai Khuan Sai” menjadi raja
Patani. Setelah sempurna mengatur pemerintahan dalam Patani itu, Panglima
Phraya Kalahum pun kembali ke Bangkok bersama-sama dengan angkatan perangnya.
Nai Khuan Sai itu ialah anak Raja Cenak yang berasal keturunannya daripada
bangsa Cina yang datang berniaga di Cenak. Setelah itu Nai Khuan Sai pun
datanglah memerintah Patani membawa beberapa ratus orang-orang Siam Singgora dan berbuat kampung kediaman di
bandar.
Sejak itu kedaulatan raja-raja Melayu dalam negeri Patani
pun mulai terhapus serta kekuasaan penuh telah tercabut ke tangan
orang-orang Siam-Thai pula. Di antara
beberapa tahun kemudian raja Khuan Sai itu mati dan diganti oleh adiknya
bernama Nai Phya menjadi Raja Patani serta adik dari abangnya itu bernama Nai
Him Sai yang bergelar Luang Sawad Phakdi, telah diangkat menjadi penolongnya.
Dalam masa Nai Phya mejadi raja memerintah negeri Patani
itu, keadaan di dalam negeri Patani tidaklah menjadi aman seperti dalam masa
pemerintahan raja-raja Melayu dahulu. Oleh kerana orang-orang Siam telah merasai dirinya lebih berkuasa
selalulah mereka berbuat ganas dan kejam atas orang-orang Melayu Patani, malah selalu pula
orang-orang Siam itu bertempur dengan
orang-orang Melayu. Dengan hal itu
menyebabkan orang-orang Melayu sangat
benci kepada mereka.
Setelah Nai Phya berpendapat bahawa orang-orang Melayu sentiasa menaruh dendam terhadap
orang-orang Siam maka bimbanglah dalam
hatinya jikalau orang-orang Melayu
memberontak menuntut kemerdekaan pula. Oleh itu dikirimnya sepucuk surat kepada
Raja Singgora menyatakan hal kebimbangannya di Patani dan Raja Singgora pun
menyampaikan hal kebimbangan itu kepada Raja Siam di Bangkok, soal ini telah
dibawa mesyuarat dengan para menterinya untuk mengambil keputusan pada
menetapkan dasar pemerintahan dalam jajahan takluknya di Patani.
Permesyuaratan itu telah bersetuju bahawa kekuatan negeri
Patani hendaklah dipecah-pecahkan supaya senang memerintah dan dengan jalan ini
dapatlah ia melemahkan pendiriajn orang-orang
Melayu. Setelah itu raja Siam mengutus seorang menterinya bernama Phraya
Abya Songgram” datang ke Singgora dan berunding dengan Raja Singgora itu untuk
membahagikan negeri Patani menjadi tujuh buah wilayah yagn kecil-kecil iaitu
Patani, Jering, Nongcik, Jalur, Sai, Reman dan Legeh.
Yang demikian negeri
Patani yang dahulu hanya diperintah oleh seorang raja sahaja dan tidak pernah
pula dipecah-pecahkan, sekarang telah terbahagi kepada beberapa buah kawasan.
Dibahagi oleh Raja Siam dengan maksudnya hendak melemahkan kekuatan orang-orang Melayu supaya senang dia memerintah dan mudah
memperhambakan orang-orang Melayu itu
mengikut dasar penjajah (imperialisme) iaitu “pecah-pecahkan kemudian perintah”
Setelah pekerjaan membahagi negeri Patani sudah selesai, Nai
Phya telah diangkat menjadi Raja Jering dan diserah kuasa kepadanya menjaga
segala wilayah-wilaya yang lain itu. Tetapi segala urusan pemerintahan dalam
negeri terletak di bawah perhatian dan kawalan Raja Singgora dan pada tiap-tiap
wilaya itu disuruh Nai Phya memilih orang-orangnya yang dipercayai kemudian
dihantar memerintah dalam tiap-tiap buah wilaya itu serta diberi taraf kepada
meraka itu seperti raja-raja juga.
Adapun orang-orang
yang dipilih oleh Nai Phya dan dihantar memerintah di dalam
wilayah-wilayah yang tersebut itu ialah demikian :
1. Tuan Haji Sulong
diangkat menjadi Raja Patani duduknya di Kota Gerisik
2. Tuan Nik
diangkat menjadi Raja Nongcik duduknya di Kota Nongchik.
3. Tuan Mansur
diangkat menjadi Raja Reman duduknya di Kota Baharu.
4. Tuan Jalur
diangkat menjadi Raja Jalur duduknya di Jala.
5. Nik Dah diangkat
menjadi Raja Legeh duduknya di Kota Legeh.
6. Nik Dih diangkat
menjadi Raja Sai duduknya di Jerenga.
Adapun Tuan Haji Sulong yang menjadi Raja Patani itu ialah
seorang daripada anak cucu keluarga Datuk Pangkalan duduknya dengan berumah
tangga di kampung Gerisik. Selain daripadanya ialah orang-orang yang dipercayai oleh Nai Phya belaka. Di
dalam masa Tuan Haji Sulong menjadi Raja Patani, baginda sangatlah mengambil
berat terhadap urusan agama Islam, dan baginda inilah yang membina masjid di
pintu gerbang yagn masih ada bekasnya di Kampun Gerisik hari ini.
Dalam tahun Masehi
1871, Tuan Jalur yang memerintah wilayah Jala itu pun mangkat dan
diganti oleh anaknya bernama Tuan Bangkok menjadi pemerintah di situ. Kemudian
daripada itu Tuan Nik Raja Nongchik pula mati dan diangkat Tuan Kecik adik
kepada Tuan Sulong Raja Patani menggantinya memerintah di wilayah Nongchik itu.
beberapa tahun kemudian Tuan Mansur Raja Reman pun mati pula dan diganti oleh
anaknya bernama Tuan Kundur. Demikianlah adanya pemerintahan di dalam negeri
Patani sewaktu dia telah dijajah oleh kekuasaan orang-orang Siam itu cara pemerintahannya adalah di bawah
kongkongan penjajahan mereka.
Mulai dari sini negeri Patani pun adalah berkaitan dengan
negeri Kedah pula. Oleh itu eloklah kita bawakan sedikit sejarah yang berkenaan
dengan negeri Kedah itu dalam masa ia ada berhubung dengan sejarah kerajaan
Melayu Patahi dan orang-orang Siam-Thai
pada masa itu supaya senang kita memahamkannya.
Pada masa itu negeri Kedah telah diperintah oleh seorang
Raja Melayu yang bergelar Sulatan Ahmad Abdul Halim Syah atau Tengku Pengiran
namanya. Tetapi akhirnya baginda ini telah ditewaskan oleh Raja Siam-Thai lalu
lari menyelamatkan dirinya ke Melaka dan di negeri Kedah pun diperintah oleh
seorang anak raja Siam Ligor.
Pada tahun Masehi
1831 adalah seorang putera dari keluarga Raja Kedah itu bernama Tunku
Kudin telah mengumpul sekalian rakyat Kedah yang masih taat setia kepada
rajanya melancarkan serangan ke atas orang-orang Siam di Kedah itu. Akhirnya dapatlah merebut
kembali Kota Istana yang diduduki oleh Raja Siam dan Raja Siam denga
orang-orang besarnya lari kembali ke
Singgora. Kemudian dia telah berunding dengan Raja Singgora serta dengan
bapanya Raja Ligor untuk mengadakan sebuah angkatan yang besar bagi mengalahkan
semula orang-orang Kedah itu.
Masing-masing un bersetuju atas cadangan ini lalu mereak mengadakan sebuah
angkatan perang yagn bergabung dari orang-orang
Siam Singgora dengan orang-orang
Siam Ligor.
Angkatan orang-orang
Siam ini telah datang melancarkan serang balas yang hebat ke atas negeri
Kedah. Tunku Din sendiri telah keluar memimpin rakyat Kedah itu melawan
serangan orang-orang Siam-Thai.
Peperangan ini telah berlaku dengan berlanjutan
tetapi serangan angkatan orang-orang
Siam itu tidak berjaya hendak meneawaskan orang-orang Kedah, dan terpaksa Raja Siam itu
mengundurkan angkatan perangnya kembali ke Singgora. Sepanjang-panjang
pengudurannya telah turut diserang oleh Tunki Din dengan rakyatnya hingga
sampai juga ke Singgora.
Melihat kepada serangan orang-orang Kedah itu telah sampai dalam negerinya, Raja
Singgora pun memberitahu hal ini kepada Raja Siam di Bangkok serta meminta
bantuan dengan segeri kepadanya. Sepucuk surat pula telah dihantar kepada Raja
Nai Phya di Patani meminta bantuan juga kepadanya buat melawan orang-orang Kedah itu. Setelah suratnya sampai di Patani,
Raja Nai Phya pun mengarah sekalian raja-raja dari eman buah wilayah dalam
Patani itu membawa rakyat masing-masing datang berkumpul di wilayah Jering
(Jambu) kerana akan dihantar kepada Raja Singgora. Raja Patani, Raja Nongchik,
Raja Legeh dan Raja Yala membawa rakyat masing-masing berkumpul di Jering hanya
Raja Sai dan Raja Remen sahaja yang tidak datang. Nai Phya pun menyuruh
raja-raja yang tersebut membawa rakyatnya berjalan ke Singgora, tetapi
raja-raja itu enggan menjalankan suruhannya kerana mereka telah tahu
rakyat-rakyatnya akan dibawa berperang melawan saudara-saudaranya
orang-orang Kedah iaitu saudara-saudara
yang sebangsa dengan mereka juga. Di sini terpaksalah Nai Phya menjalankan
kekerasan dan ugutan hingga empat orang raja-raja itu sanggup hendak membawa
rakyat-rakyatnya ke Singgora baharulah berhenti kekerasannya.
Dalam hal yang demikian empat orang raja-raja ini telah
berunding dengan sulit untuk memutuskan soal ini. Keputusannya masing-masing
telah tetap tidak mahu membawa rakyatnya ke Singgora berperang dengan
saudaranya orang-orang Kedah itu dan
masing-masing telah bersetuju mahu memberontak melawan Raja Nai Phya dan
orang-orang Siam yang ada di dalam
Patani.
Setelah itu empat orang raja-raja ini telah memerintah
rakyat masing-masing mengakat senjata dan bersatu menyerang orang-orang Siam yang ada di dalam Patani itu. Oleh kerena orang-orang Siam itu sangat sedikit bilangannya tidak
berdaya mereka hendak melawan pemberontakan orang-orang Melayu. Banyaklah orang-orang Siam itu telah dapat dibunuh oleh mereka dan
banyak pula yang sempat melarikan diri ke Singgora. Tetapi telah dibunuh juga
oleh orang-orang Melayu itu hingga sampai
ke Tiba, Cenak dan masuk ke dalam sempadan Singgora lalu orang-orang Melayu itupun bertemulah dengan saudaranya
orang-orang Kedah yang sedang berperang
dengan orang-orang Siam Singgora itu.
Orang-orang Melayu Patani itu masuklah pula bersatu dengan
saudaranya orang-orang Kedah sama-sama
melawan orang-orang Siam-Thai. Di dalam
peperangan ini orang-orang Melayu Patani
telah berkubu di Bukit Anak Gajah. Sewaktu peperangan sedang berlaku dengan
hebat itu, sampailah angkatan orang-orang
Siam-Thai dari Bangkok diketuai oleh Phray Phrak Khlang yang dihantar
oleh rajanya membantu Raja Singgora. Angkatan ini ialah suatu angkatan perang
yang besar lengkap dengan senjata-senjata yang banyak, setelah di amsuk bersatu
dengan orang-orang Siam Singgora itu
bertambah besar kekuatan mereka melawan orang-orang Melayu. Tetapi orang-orang Melayu itu terus juga melawan dengan tidak
mengendahkan kekuatan musuhnya yang lebih besar itu. Dalam hal yang demikian
Tengku Kudin panglima angkatan orang-orang
Kedah itu mati dalam perjuangan, dan mulalah orang-orang Kedah itu berpecah-belah melarikan diri
masing-masing.
Orang-orang Melayu Patani bila melihat saudaranya itu telah
berpecah-belah, serta mereka telah percaya tidak akan berdaya melawan
orang-orang Siam-Thai yang lebih besar
kekuatannya itu, mereka pun terpaksa mengundurkan diri kembali ke Patani dan
masing-masing berazam akan membuat pertahanan yang akhir di Patani.
Setelah itu panglima Siam-Thai Phray Phrak Khlang telah
mengumpul semua angkatan perang orang-orang
Siam itu dan dibahaginya menjadai dua pasukan. Pasukan yagn pertama
dihantar menyerang orang-orang Kedah dan
pasukan yang kedua dihantar menyerang orang-orang Patani. Pasukan yang pertama itu mulalah
melacarkan serangannya ke atas negeri Kedah dengan menumpahkan semua
kekuatannya. Kesudahannya negeri Kedah dapatlah ditakluknya kembali dan
diangkat Raja Siam yang dahulu juga menjadi pemerintah siam di situ. Setelah
selesai peperangannya dengan orang-orang
Kedah itu beredarlah pasukan yang kedua dengan diketuai sendiri oleh
panglima Phray Phrak Khlang menuju ke Patani dengan beberapa buah kapal
perangnya. Setelah sampai di Patani diapun mendaratkan orang-orangnya di pantai
Kuala Patani kemudian menyerbu masuk ke dalam negeri. Orang-orang Melayu di
bawah pimpinan empat orang rajanya bertahanlah dengan bersungguh-sungguh.
Adapun Tuan Sulong yang menjadi pemerintah negeri Patani
pada masa itu ialah saudara kepada Sultan Kelantan yang beranam Long Muhamad.
Bila diketahuinya negeri Patani diserang oleh orang-orang Siam itu baginda Long Muhamad pun menghantar
bantuan sepasukan rakyat Kelantan menolong orang-orang Patani yang berperang melawan orang-orang Siam-Thai. Pasukannya diketuai oleh Raja Muda
Kampung Laut serta anaknya Tengku Besar (Tengku Muhamad) dan Raja Banggol.
Demikian juga Sultan Terengganu telah menghantar sebuah angkatan bantuannya ke
Patani dengan diketuai oleh Panglima Tengku Idris, Panglima Encik Kulan,
Panglima Wan Kamal dan Panglima Encik Ismail. Setelah angkatan bantuan ini
sampai di Patani, masuklah bersatu dengan orang-orang Patani berperang melawan orang-orang Siam.
Peperangan ini telah berlaku dengan sehabis-habis dahsyat
dlaam sejarah Patani. Phray Phrak Khlang telah memerintah orang-orang Siam itu berperang dengan berhabis-habisan.
Dia tidak mengindahkan kerugian dan kebinasaan yang ditanggungnya lebih banyak
daripada orang-orang Melayu itu.
Kesudahannya pertahanan orang-orang
Melayu pun roboh dan pintu kemenangan mulalah terbuka kepada orang-orang Siam itu. Orang-orang Melayu yang tidak
berkuasa mempertahankan serangan mereka. Terpaksalah berpecah belah
menyelamatkan diri masing-masing. Rakyat-rakyat Kelantan dan Terengganu sekali
dengan panglima-panglimanya telah mengundur kembali ke negeri masing-masing.
Tuan Sulong
Raja Patani dengan Tuan Kundur Raja Jalur telah undur dengan anak isterinya
berlindung di Kelantan. Sementera itu Tuan Kecik Raja Nongcik dan Nik Dah Raja
Legeh mengundurkan diri ke ulu negeri Patani tetapi diburu juga oleh
orang-orang Siam hingga sampai ke daerah
Jarum sempadan Perak. Berlaku pula perjuangan di antara dua orang raja itu
dengan orang-orang Siam akhirnya Tuan
Kecik mati dalam perjuangan dan Nik Dah berlepas ke Perak.
Setelah
raja-raja Patani itu habis melarikan diri masing-masing, maka rakyat di dalam
negeri Patani pun menderitalah kesengsaraan kerana ditindas, dibunuh dan
dicabul oleh orang-orang Siam-Thai yang
menyangka dirinya telah menang di dalam segala-gala perjuangan itu. Segala
harta benda dan makanan orang-orang
Melayu itu seperti padi, berass, ayam, itik dan lain-lain habis
dipunggahnya bawa ke kapal sebagai harta rampasan perang.
Sesudah puas mereka bermaharajalela di dalam Patani itu.
Phray Phrak Khlang panglima Siam telah mulai pula melengkapkan angkatan
perangnya akan melanggar negeri Kelantan dan Terengganu kerana menuntut bela
atas perbuatan raja-rajanya yang telah membantu orang-orang Melayu Patani berperang dengan orang-orang Siam itu.
Bila kala hal ini telah diketahui oleh Long Muhamad Sultan
Kelantan itu, bimbanglah baginda nanti negeri Kelantan pula diserang dan
ditakluk oleh orang-orang Siam-Thai itu. Dan supaya mengawal negeri Kelantan
jangan menanggung nasib seperti negeri Patani itu. Maka Sulatan Kelantan itu
teah menghantar utusan damainya kepada Phray Phrak Khlang mengaku hendak tunduk
kepada Raja Siam serta sanggup membayar kesalahannya itu dengan wang sebanyak
50,000 dolar. Dan Tuan Sulong Raja Patani dengan Tuan Kundur Raja Jalur serta
anak isterinya yang ada di Kelantan itu, terpaksalah dihantar kembali kepada
panglima Siam itu. Dan cadangannya hendak menyerang negeri Kelantan pun diubah.
Kemudian panglim Siam-Thai itu menghantar utusannya kepda
Sultan Terengganu memperingatkan kesalahannya membantu orang-orang Patani dan memaksa hendaklah menghantar
kembali sekalian orang-orang Patani yang
telah lari berlindung di Terengganu iut. Istimewa panglima-panglima Patani
iaitu Panglima Damit, Panglima Mahmud, Panglima Pik dan Panglima Ahmad.
Sekalian orang-orang Patani dengan
panglima-panglimanya ini telah diserahkan oleh Sultan Terengganu kepada
panglima Siam yang sedang menunggu di Patani.
Setelah pemerintahan di dalam negeri Patani diatur semula
oleh panglima Siam itu. Maka dalam bulan September tahun 1832 angkataan perang
orang-orang Siam-Thai itu pun kembali ke
Bangkok dengan membawa beberapa banyak orang-orang tawanan perang serta dengan harta benda
rampasan di dalam Patani. Orang-orang tawanan Melayu Patani yang dibawa oleh
Siam pada kali ini tidak kurang daripada 4,000 orang iaitu lelaki, perempuan
dan kanak-kanak. Azab sengsara yang ditanggung oleh orang-orang Melayu yang dikurung di dalam kapal-kapal
perang Siam-Thai sewaktu di dalam perjalanan ke Bangkok itu tidaklah dapat
hendak dituliskan di sini dan beberapa banyak pula di antara mereka itu telah
mati di dalam kapal sebelum sampai di Bangkok.
Sebelum orang-orang
Siam itu kembali raja-raja di dalam wilayah-wilaya kecil dalam Patani
yang telah ditangkap atau mati itu pun telah diangkat semula oleh panglima Siam
menggatinya iaitu :
Di Patani diangkat Nik Yusuf orang Gerisik
Di Nongcik diangkat Nai Ming Orang Siam Cenak
Di Jala diangkat Nai Him Sai (Luang Sawad Phakdi) penolong
raja Nai Phya
Di Legeh diangkat Nik Bongsu seorang yang setia kepada Nai
Phya.
Adapun Nai Him Sai Jala itu duduknya di Kubang Teras, Nik
Bongsu Raja Legeh duduknya di Tanjung Mas, Nik Yusuf Raja Patani dudukunya di
Kuala Bekah iaitu di sebelah hilir gedung Cina hari ini.
Semenjak dari masa itu negeri Patani dan Kedah duduklah di
bawah kekuasaan Raja Siam iaitu di Kedah diperintah oleh anak Raja Siam Ligor
dan di Patani diperintah oleh rajaa-raja yang diletak oleh orang-orang Siam-Thai.
Pemerintahannya terus menerus berjalan hingga sampai pada
tahun Masehi 1838, adalah dua orang anak
raja dalam keluarga raja-raja Kedah bernama Tunku Muhamad Saad dan Tunku
Abdullah. Kedua anak raja ini telah mengatur rancangan gerakan sulit yang
bertujuan hendak menggulingkan kuasa raja Siam dan merampasa kembali takhta
kerajaan Melayu Kedah. Setelah sampai hari baik ketika baik, rakyat-rakyat
Kedah di bawah pimpinan kedua anak raja itu terus menyerang orang-orang Siam. Denga sekali serentak sahaja dapatlah
merebut kembali Kota Istana dan membunuh orang-orang Siam yang ada di dalam Kedah tetapi rajanya
telah sampai lari ke Singgora dengan rakyatnya.
Orang-orang Siam yang melarikan diri itu terus sahaja diburu
dan diusir oleh orang-orang Kedah hingga
sampai di Cenak. Di sini orang-orang
Siam Singgora pun datanglah membantu rakan-rakannya menahan serangan
orang-orang Kedah itu. Dengan kerana
serangan orang-orang Kedah itu semakin
lama semakin kencang, raja Singgora pun menghantar utusannya ke Bangkok,
meminta bantuan dengan segera. Dan utusan yang seumpama itu dihantar juga kepda
Raja Nai Phya di Jering.
Raja Nai Phya pun memanggil sekalian raja-raja dari
wilayah-wilayah yang tersebut membawa rakyat masing-masing ke Singgora. Oleh
sebab raja-raja itu orang yang taat setia kepada Raja Nai Phya dan telah lama
menjadi perkakasan pemerintahan kepadanya, tidaklah menjadi apa-apa halangan
lagi hanya raja-raja itu membawalah rakyat masing-masing ke Singgora. Tetapi
bila mereka sampai di Cenak banyaklah di antara mereka tidak suka membantu
orang-orang Siam. Tambahan pula mereka
akan dibawa berperang melawan saudaranya orang-orang Kedah, rakyat-rakyat Patani yang lari itu
telah masuk bersatu dengan saudaranya orang-orang Kedah berbalik melawan orang-orang Siam.
Peperangan ini terus berlaku beberapa lamnya hingga
orang-orang Melayu pun lemah. Tunku
Muhamad Saad ketua orang-orang Kedah itu
telah mati di dalam perjuangan dan Tunku Abdullah pula mengundurkan
orang-orangnya kembali ke Kedah. Di belakang pengundurunnya diikuti pula oleh
serangan orang-orang Siam itu hingga
sampai di Kedah. Oleh kerana kekuatan orang-orang Kedah itu telah habis digunakkan di dalam
peperangan, dengan senang sahaja negeri Kedah pun jatuh semula ke tangan
orang-orang Siam. Orang-orang Melayu
Patani yang bersatu dengna orang-orang
Kedah itu pun terpaksalah lari membawa diri masing-masing sahaja.
Setelah tamat peperangan itu , Raja Singgora pun menyuruh
raja-raja Patani dari emam buah wilayah itu kembali membawa rakyat masing-masing
kerana dia telah merasai bimbang kalau-kalau berbangkit pula pemberontakan
orang-orang Melayu Patani. Tiada
beberapa tahun kemudian, Raja Nai Phya yang memerintah di wilayah Jering pun
mati. Kematiannya telah diberitahu kepada pusat pemerintahan di Singgora, oleh
itu dengan perintah Raja Singgora telah dilantik Nai Him Sai Raja Yala menjadi
raja memerintah di Jering itu menggantinya. Kemudian dilantik pula orang Siam
Singgora bernama Nai Muang menjadi raja memerintah di Jala, dan Nai Muang telah
berpindah dari Kota Kubang Teras mendiri sebuah kota yang baharu di Kampung
Seting iaitu di seberang Sungai Besirat.
Di dalam tahun Masehi
1842 negeri Kelantan telah diperintah pula oleh Sultan Tuan Senik Mulut
Merah. Pada tahun ini udara perselisihan sedang mendung dengan gelapnya di
kalangan keluarga diraja Kelantan. Perselisihan ini telah berlaku di antara
sultan itu dengan beberapa orang saudaranya iaitu Sultan Dewa (Raja Penambang),
Raja Muda, Tengku Seri Indera dan Tengku Muhamad (Tengku Besar) anak Raja Muda
Kampung Laut. Dengan kerana perselisihan ini telah membawa berlaku permusuhan
dan peperangan saudara di antara sultan itu dengan raja-raja yang tersebut.
Setelah peperangan saudara itu berlaku beberapa lama dan
tiada terbayang pun harapan akan dapata berdamai dengan baik. Maka kedua belah
pihak itu telah mengadukan hal ini kepada Raja Siam di Bangkok, Pengaduan ini
telah diterima dengan baik oleh Raja Siam lalu dia menghantar seorang orang
besarnya bernama Phraya Thai Nam bersama-sama dengan Raja Ligor dan Raja
Singgora datang ke Kelantan kerana menjadi orang tengah mendamaikan peperangan
itu.
Berbetulan dengan masa raja-raja Siam-Thai itu berkerja
mendamaikan peperangan saudara di Kelantan, Nai Him Sai (Luang Sawad Phakdi)
Raja Jering pun mati dan diangkat Nik Yusuf Raja Patani menggantinya. Oleh
sebab di Patani tidak ada raja yang memerintah lalu dipersilakan Tengku Muhamad
(Tengku Besar) anak Raja Muda Kampung Laut itu berangkat ke Patani kemudian
dengan rasmi dilantik menjadi raja memerintah negeri Patani. Manakala segala
pentadbiran di dalam negeri terletak di bawah kawalan dan perhatian Raja Siam
Singgora demikian juga Sultan Dewa telah berangkat ke Ligor dan tetaplah dia
tinggal di sana.
Sewaktu keberangkatan Tengku Muhamad ke Patani itu adalah
diiringi oleh seorang saudara perempuannya bernama Tengku Tuan Menanjiwa dan
Tengku Banggol ayah saudaranya serta kaum keluarganya telah bersama-sama
mengikut. Demikian juga Tengku Long Ahmad Raja Bukit, sekalian raja-raja itu
pun tinggallah bersama-sama dengan Tengku Muhamad di Patani.
Pada mula-mulanya Tengku Muhamad itu telah berbuat kampung
istana di Seberang Hujung Tanjung,
sekarang dipanggil Kampung Tengku Besar Semerak. Tetapi tiada berapa lama
kemudian telah didapati kawasan yang kampung itu tidaklah berapa baik dan
sesuai dengan keadaan geografi, lalu masing-masing berpindah. Membuat kota istana yang baharu Kampung Cabang Tigaa
dan di situlah telah kekal menjadi kota istana raja-raja Patani hingga sampai
pada hari ini.
Setelah Tengku Muhamad itu dilantik menjadi Raja Patani,
lalu digelarkan Sultan Muhamad dan di sisi Raja Siam Bangkok digelarkan “Phraya
Tani”. Dengan kehendak dan perintah Raja Siam itu juga sekalian keluarga diraja
yang mengikut bersama-sama dengan Tengku Muhamad ke Patani itu telah diberi
jawatan masing-masing. Raja Banggol dilantik menjadi Phraya Phitak ertinya
jawatan penasihat kepada Sultan Patani dan raja-raja yang lain daripadanya
telah dilantik menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan belaka. Setelah dua
tahun kemudian Raja Banggol dan Tengku Long Ahmad Raja Bukit itu , kedua-duanya
telah mangkat di Patani. kemudian dilantik Tengku Tengah anak kepada Raj
Banggol itu menjadi Phraya Phitak mengganti ayahandanya.
Semenjak itu negeri Patani mulalah diperintah oleh raja-raja
dari Kelantan yang dilantik oleh Raja Siam. Cara-caranya pemerintahan dalam
negeri telah dijalankan di bawah perhatian dan kawalan Raja Siam yang berpusat
di Singgora. Yang demikian daulat Sultan Muhamad dan orang-orang besarnya itu
keadaannya tidak lebih dari hujung telunjuk Raja Siam, ertinya pemerintahan
dijalankan mengikut kuit telunjuk Raja Siam atas kemahuannya kerana mengikut
kepada dasar-dasar penaklukan mereka.
Hanya di dalam abad pemerintahan Sultan Muhamad ini, suasana di dalam negeri
Patani adalah kian bertambah aman tenteram.
Tiada beberapa lama kemudian, Nai Ming raja Nongcik telah
dicabut oleh Raja Siam dari jawatan, alasannya kerana lemah di dalam
pemerintahan, kemudian dilantik Nai Kliang, anak kepada Nai Him Sai bekas Raja
Jering dahalu, menjadi Raja Nongcik menggantinya. Nai Kliang ini telah
memindahkan pusar pemerintahannya dari kota Nongcik kepada Kampung Tok Jong.
Kemudian dari situ, Nai Muang Raja Jala pula dipecat dari
jawatannya oleh Raja Siam kerana kurang kelayakannya dalam pemerintahan.
Kemudian dilantik Tengku Muhamad Saleh (Tuan Batu Putih) menjadi raja Jala dan
Tengku Muhamad Saleh ini telah memindahkan semual pusat pemerintahannya ke
Kampung Jalur seperti dahulu kala. Kemudian dari itu Nik Dah Raja Sai yang duduk di kota
Jerenga pun mangkat dan dilantik Tengku Jalaludin (Nik Lebai) anaknya menjadi
raja di situ pula.
Dalam tahun Masehi
1853, Nik Yusuf Raja Jeringpun mangkat, raja inilah yang digelar oleh
orang-orang Patani Raja Tok Ki.Kemudian
Raja Siam Singgora telah melantik Sultan Dewa yang duduk di negeri Ligor
menjada Raja Jering itu menggantinya. Setelah itu berpindahlah Sultan Dewa
dengan anak beranaknya memerintah di Jering dan anaknya yang bernama Tengku
Sulong telah diangkat menjadi penolongnya dengan bergelar Luang Suthon Raja.
Lebih kurang setahun lamanya Sultan Dewa menjadi raja memerintah
di Jering itu pun mangkat dan anaknya Tengku Sulong itu telah meminta izin
kepada Raja Siam, berpindah kembali ke Kelantan keran ia tidak suka lagi
tinggal di Jering. Kemudian dilantik Nik Timun anak kepada Raja Nik Yusuf bekas
Raja Jering yang dahulu itu, menjadi raja memerintah di Jering pula.
Dalam tahun Masehi
1856 Sultan Muhamad Raja Patani pun mangkat, baginda ini telah
dimakamkan di perkuburan Tanjung Datuk. Oleh itu digelarkan orang al-Marhum
Tanjung hingga sampai sekarang. Kemangkatan baginda ini telah meninggalkan
empat putera dan dua orang puteri iaitu :
1. Tengku Puthih
kemudian menjadi Raja Patani yang kedua.
2. Tengku Bulat
(Tengku Haji Tua)
3. Tengku Husin
(Tengku Sulaiman Sharifudin) Raja Patani yang keempat.
4. Tengku Tenal
bersuami kepada Raja Remen.]
5. Tengku Labuh
bersuaami kepada Tengku Cik anak Tengku Banggol.
Kemudian dengan kehendak dan persetujuan Raja Siam telah
melantik Tengku Putih menjadi Raja Patani mengganti ayahandanya dan diberi
gelaran “Phraya Wicit Phakdi”
Di dalam masa pemerintahan Tengku Putih ini, negeri Patani
telah mulai bertambah-tambah ramai penduduknya terutama abli perniagaan bangsa-bangsa asingpun banyaklah yang datang
berniaga di dalam Patani. Di antara mereka itu yang lebih banyak sekali ialah
orang-orang Cina, dengan kerana
banyaknya orang-orang mereka lalu
dipanggil kampung yang didudukinya dengan nama Kampung Cina hingga terkenal
sampai hari ini.
Tiada berapa tahun kemudian Tuan Kundur Raja Remen, Tengku Muhamad
Saleh (Tuan Batu Putih) Raja Jala yang kedua pun mangkat dilantik Tuan Timun
anak Tuan Kundur itu menjadi Raja Remen bergelar Phraya Ratna Phakdi, raja
inilah yang berpindah berbuat kampung di Kota Baharu, Remen yang ada sekarang
ini. Di Jala telah dilantik Tengku Sulaiman (Tuan Kecik) anak Tengku Muhamad
Saleh menjadi raja mengganti ayahandanya dengan bergelar Phraya Narongrit
Phakdi.
Demikian juga di wilayah Nongcik, setelah kematian rajanya
yang bernama Nai Kliang lalu dilantik seorang pembesar Siam bernama Nai Ming
menjadi raja di situ dengan bergelar Phraya Phitera Phibit Narobit.
Kemudian daripada itu Tengku Jalaludin (Nik Lebai) Raja Sai
dan Tuan Timun Raja Remen mangkatlah pula, lalu dilantik Tengku Abdul Kadir
(Nik Kalpit) anak Tengku Jalaludin itu menjadi Raja wilayah Sai dengan bergelar
Phrak Suria Suthon Phakdi dan dilantik Tengku Abdul Mutalib (Nik Pik) menjadi
penolongnya dengan bergelar Phrak Ratna Montri. Tengku Abdul Kadir inilah yang
mendirikan kota istana raja di Selindung Bayu atau Teluban pada masa ini.
Di wilayah Reman, dilantik Tengku Abdul Kadis (Tuan Jagung)
adik kepada Tuan Timun tadi menjadi rajanya bergelar Phraya Ratna Phakdi dan
dilantik Tuan Bali Jawa anak Tuan Timun itu dan Tuan Lebeh anak Tengku Abdul
Kandis menjadi penolong keduanya. Tengku Putih telah terus menerus menjalankan
pemerintahan di dalam negeri Patani dengan secara aman tenteram hingga memasuki
tahun Masehi 1881 baginda pun mangkat
setelah menduduki atas takhta kerajaan Patani selama 26 tahun. Di dalam masa
hayat itu baginda telah mempunyai dua orang isteri.
Di Kelantan beristeri kepada Tengku Raja puter kepada Sultan
yang menjadi penasihat raja (Phraya Phitak). Pada masa baginda mangkat itu
ialah sewaktu baginda sedang gering di Kelantan hingga baginda mangkat pun di
Kelantan juga oleh itu baginda digelarkan al-Marhum Mangkat di Kelan
Kemangkatan baginda telah meninggal seorang putera dan eman
orang puteri iaitu :
Dengan isteri di Kelantan
1. Tengku Besar
(Tengku Timun) ialah Raja Patani yang ketiga.
2. Tengku Embong
isteri Raja Bendahara Kelantan.
Dengan isteri di Patani
3. Tengku Embik
isteri Tengku Muhamad Kelantan
4. Tengku Tengah
isteri Raja Yala
5. Tengku Pik
isteri Tengku Muhamad anak Raja Belat.
6. Tengku Patani
isteri Tengku Besar Indera Raja Kelantan.
7. Tengku Muhamad
menjdi Raja Muda dalam pemerintahan Tengku Sulaiman Sharifudin.
Manakala Tengku putih sudah mangkat lalu dilantik puteranya
Tengku Besar (Tengku Timun) duduki takhta kerajaan Patani menjadi Raja yang
ketiga. Adapun pada masa itu pangkat jawatan penasihat raja belum lagi dilantik
orang-orang yang memangkunya kemudian
daripada mangkat Raja Banggol itu lalu dilantik Tengku Tengah anak Raja Banggol
menjadi Penasihat Raja. Tengku Sulaiman menjadi Raja Muda dan dilantik Tengku
Abdul Kadir anak Tengku Tengah menjadi Penolong Raja.
Dalam antara itu juga Nai Ming Raja Nongcik pun mati dan
diganti oleh seorang orang Siam bernama Nai Ming serta diberi gelaran Phraya
Phitcra Kibal.
Tidak berapa lama kemudian Nik Timun Raja Jering pun mangkat
lalu dilantik adiknya Nik Mat menjadi raja pemerintah di situ dengan diberi
gelaran Phrya Phipit Sinamat.
Kemudian daripada itu Nai Ming Raja Nongcik pun mati serta
Nik Bongsu Raja Legeh pula mangkat lalu dilantik Nai Tad menjadi Raja Nongcik
dan dilantik Tuan Andak anak Nik Bongsu itu menjadi Raja Legeh dengan bergelar
Phraya Pupha Phakdi.
Tengku Besar (Tuan Timun) telah menduduki atas takhta
kerajaan Patani selama sembilan tahun iaitu menjadi Raja Patani yang ketiga
menjalankan pemerintahan di bawah kawaland an perhatian Raja Siam-Thai. Dengan
kerana negeri Patani pada masa itu telah terjatuh ke bawah penaklukan Raja Siam
maka terkawallah soal keselamatan negeri dari diserang oleh musuh-mushnya. Oleh
itu dalam sejarah pemerintahan Tengku Besar ini negeri Patani tidaklah lagi
berlaku permusuhan mahupun musuh-musuhnya dari luar negeri atau musuhnya yang
ada di dalam negeri iaitu orang-orang
Siam-Thai sendiri.
Hingga sampai pada tahun Masehi 1890 Tengku Besar pun mangkat serta
dimakamkan diperkuburan (Tok Ayah) yang ada sekarangini. Kemangkatan baginda
telah meninggalkan dua orang putera dan tiga orang puteri serta mempunyai tiga
orang isteri iaiu Cik Wa, Mek Puteh dan Cik Mek Cik Teh.
Dengan isteri Cik Wa :
1. Tengku Besar,
isteri Raja Muda Kelantan.
2. Tengku Wok,
isteri Tengku Husin (Tengku Besar Nai RA)
Dengan isteri Mek Putih :
3. Tengku Nik Haji
(Tengku Ismai)
Dengan isteri Cik Mek Cik Puteh iaitu:
4. Tengku Tengah,
isteri Tengk Ngah putera Raja Sai.
5. Tengku Muhamad
(Tengku Cik Ku Mat)
Setelah Tengk Besar mangkat lalu dilantik Tengku Sulaiman
Sharifudin Raja Muda, menaiki takhta kerajaan Patani dengan bergelar Sultan
Sulaiman Sharifudin iaiut menjadi Raja Patani yang keempat dalam zaman
penaklukan Siam-Thai, dan bergelar di dalam bahasa Siam Phraya Wicit Phakdi.
Kemudian dilantik Tengku Muhamad putera Tengku Besar iut
juga menjadi Raja Muda, pada masa itu Tengku Tengah yagn memangku jawatan
penasihat raja (Phraya Phitak) itupun mangkat pula lalu diganti oleh anaknya
Tengku Abdul Kadir memangku jawatan itu. Serta dilantik Tengku Abdul Kadir
putera Sulaiman itu menjadi Penolong Raja (Phra Phipit Phakdi)
Di dalam masa pemerintahan Sultan Sulaiman Sharifudin ini,
banyaklah baginda membuat kebaktian terhadap keselamatan dalam penghidupan
rakyat jelata Patani. Di antaranya ialah menggali sebuah sungai kerana
membetulkan sugan Patani yang bengkok iaitu dikenali mulai dari kampung Perigi
hingga sampai ke kampung Anak Buluh panjangnya lebih kurang 7 kilometer,
sekarang telah terkenal dengan mana Sungai Baru.
Selain dari itu, baginda sangatlah mengambil berat dalam
urusan agama Islam dan dengan kehendaknya juga telah terbina sebuah masjid batu
yang besar hingga sekarang masih terdiri dengan kukuhnya iaitu terkenal dengan
nama Masjid Besar Cabang Tiga yang ada pada hari ini. Baginda Sultan Sulaiman
Sharifudin ini tidaklah bersemayam di
dalam kota istana yang dibuat oleh al-Marhum Kelantan yang dahulu itu dan
baginda telah berbuat sebuah kota Istana yang baru arah sebelah matahari naik
kota itu, di dalamnya baginda bersemayam hingga mangkat. Di dalam kota Istana
yang baharu ini juga menjadi tempat semayam Tengku Muhamad Raja Muda.
Tiada berapa tahun kemudian Tuan Andak Raja Legeh pun
mangkat, lalu dilantik Tuan Tengah saudaranya iaitu anak kepada Tuan Sulong
menjadi Raja Legeh menggantinya. Demikian juga apabila Nik Mat Raja Jering mangkat
maka dilantik Nik Wok anaknya menjadi raja memerintah di situ pula.
Sultan Sulaiman Sharifudin
telah menjalankan pemerintahan dengan adil saksama serta banyak baginda
berbakti kepada rakyat jelata. Kerajaan Patani sekalipun pemerintahan baginda
dijalankan di bawah kawalan perhatian Raja Siam-Thai tetapi soal
menyelenggarakan kepentingan bangsa negeri dan kerajaan tidak ditinggalkan
sahaja oleh baginda itu.
Setelah 10 tahun lamanya Sultan Sulaiman Sharifudin menduduki di atas takhta kerajaan Patani
hingga memasuki tahun Masehi 1899 iaitu
bersamaan pada hari Jumaat 4 bulan Rabiulawal 1316H baginda pun mangkat dan
dimakamkan perkuburan Tok Ayah juga.
Kemangkatan baginda telah meninggalkan dua orang putera dan
dua orang puteri yang didapati dari dua orang isteri iaitu:
Anak dengan bonda
Kelantan :
1. Tengku Sulung
isteri Tengku Bentara.
Anak dengan Tengku Nik Putih anak Raja Sai.
2. Tengku Besar
Tuan Kembang isteri Tengku Muhamad Raja Muda.
3. Tengku Abdul
Kadir Kamarudin kemudian menjadi Raja Patani yang kelima.
4. Tengku Muhamad
Saleh.
Kemudian dari kemangkatan baginda itu, lalu dilantik
puteranya Tengku Abdul Kadir Kamarudin menaiki takhta kerajaan Patani
menggatikan ayahandanya iaitu menjadi Raja Patani yagn kelima daripada
keturunan raja-raja Kelantan dan ialah juga seorang Raja Melayu yang akhir
sekali memerintah negeri Patani.
Manakala sampai ada tahun Masehi 1902, Raja Siam-Thai di Bangkok telah
mengambil keputusannya hendak mengubah cara pemerintahan di dalam jajahan
takluknya di Patani iaitu berkehendak supaya tujuh buah wilayah dalam Patani
itu dicamtum menjadi sebuah wilayah sahaja dan dinamakan Boriwen (kawasan).
Kemudian dimansuhkan daulat atau kekuasaan raja-raja Melayu yang bertujuh itu.
Serta dilantik seorang Pesuruhjaya Siam mengganti raja-raja Melayu dengan
bertanggungjawap menjalankan pemerintahan di dalam negeri Patani di bawah
hukuman dan perhatian Raja Singgora.
Raja Siam-Thai sangat mengerti bahawa kehendaknya ini tentu
akan mendapat bantahan kuat dari raja-raja Melayu kerana iaitu bererti mencabul
daulat dan kehormatan mereka sebagai raja-raja Melayu yang mempunyai hak
pertuanan di atas negeri Patani. Oleh itu dia telah menghantar seorang Menteri
utusannay ke Patani supaya merundingkan hal itu dengan raja-raja Melayu. Di
dalam rundingannya ini dia telah meminta tanda tangan daripada raja-raja Melayu
itu tanda kebenaran dan persetujuan dengan kehendak Raja Siam itu. Serta dia
berjanji akan memberi gaji saraan hidup kepada raja dan kaum kerabatnya hingga
sampai mati. Akan tetapi hak-hak dan pendapatan hasil mahsul di dalam negeri
Patani itu semuanya hendaklah diserahkan kepada Raja Siam di Bangkok, serta
tiap-tiap seorang Raja Melayu itu tidak lagi dipaksa menghantar ufti Bunga Emas
ke Bangkok.
Dengan menggunakan bermacam-macam tipu muslihat. Maka
banyaklah di antara raja-raja Melayu itu telah terpedaya hingga sanggup memberi
tandan tangan mengaku bersetuju dengan kehendak Raja Siam-Thai. Kecuali Tengku
Abdul Kadir Kamarudin Raja Patani sahaja yang berkeras membantah kehendak Raja
Siam itu serta tidak mahu memberi tanda tangannya kepada Menteri utusan Siam
yang datang ke Patani itu kerana baginda telah mengerti bahawa kehendak Raja
Siam itu bermaknalah hendak merampas semua sekali hak-hak orang-orang Melayu yang mempunyai hak pertuanan di atas
negeri Patani. Dan akhinya orang-orang
Melayu juga akan jatuh terkongkong di bawah penaklukan Siam-Thai
bersama-sama dengan hak kebebasan dan kemerdekaan mereka.
Dengan pengertian ini Tengku Abdul Kadir Kamarudin telah
penuh berazam tidak mahu membenarkan kehendak Raja Siam-Thai. Setelah itu
Menteri utusannya mulalah bertindak dengan cara kekerasan akan menangkap
baginda itu. Pada suatu hari pura-pura dipersilakan baginda itu ke rumah
perhentiannya konon katanya hendak mengadakan rundingan yang baik. Bala sahaja
baginda datang ke rumahnya, denga segera ditahan oleh orang-orang Siam-Thai dalam sebuah bilik tidak
dibenarkannya keluar. Hal ini dijalankan denga cepat ligas hingga baginda
sendiri tidak sedar.
Bila hal penangkapan ini ditetahui oleh panglima-panglima
dan orang-orang besar Melayu, datanglah
mereka beramai-ramai hendak merebut rajanya di dalam tahanan orang-orang Siam itu. Tetapi baginda berfikir tidak
berguna dibiarkan rakyatnya bertumpah darah kerana telah diketahuinya kekuatan
orang-orang Patani itu terlampau kecil
lalu dibiarkan sahaja baginda itu di dalam tahanan. Istimewa raja-raja Melayu
yang lain sudahpun berpihak kepada Raja Siam-Thai dengan memberi tanda tangan
masing-masing. Melainakan Raja Legeh dan Raja Remen sahaja yang berpendatan
seperti baginda. Dalam hai itupun kesudahannya dengan kerana digertak dan
diugut oleh orang-orang Siam-Thai,
terpaksalah raja-raja ini membenarkan kehendak Raja Siam itu.
Setelah itu Menteri utusan Siam pun kembali ke Bangkok
dengan membawa bersamanya Tengku Abdul Kadir Kamarudin ke sana tujuannya hendak
mendesak dan mengancam supaya baginda memberi tandangan atau bersetuju dengan
kehendak Raja Siam itu. Tetapi baginda ialah seorang raja Melayu yang keras
hati dan sangat menghargakan daulat Kerajan Patani terus juga membantah
kehendak Raja Siam-Thai, lalu dihantar baginda itu ke dalam sebuah tempat
tahanan di negeri Pitsanuloke duduknya di utara kota Bangkok.Tatkala itu
banyaklah di antara orang-orang Melayu
Patani yang taat setia kepada baginda itu telah bertawakal mengikut
bersama-samanya hingga sampai ke Pitsanuloke, setengah mereka ada yang telah
mati di tengah jalan dan ada pula yang telah mati di sanal.
Setelah dua tahun sembilan bulan lamanya baginda ditahan di
situ maka pada tahun Masehi 1905 baginda
pun dapatlah kebenaran dari Raja Siam kembali ke Patani. Pasa masa itu
cara-cara pemerintahan di dalam negeri Patani telah berubah dan bertukar
mengikut kehendak Raja Siam-Thai. Negeri Patani telah dicantum menjadi sebuah
wilayah dan duduknyadi bawah kawalan dan hukuman Raja Singgora yang diperintah
oleh seorang Pesuruhjaya Siam bernama Phraya Mohibul duduknya di dalam negeri
Patani.
Sekalian raja-raja yang emam itu pun terhapuslah daulat
kekuasaan masing-masing hanya duduk dengan menerima gaji saraan hidup sahaja
hingga sampai mati.
Setelah kembalinya Tengku Abdul Kadir Kamarudin itu ke
Patani, baginda tidak suka lagi duduk di Patani lalu terus berangkat tinggal di
Kelantan beberapa tahun lamanya. Hingga sampai pada tahun Masehi 1933 baginda pun mangkatlah di Kelantan
dengan menghidap penyakit angin sesak.
Kemangkatan baginda telah meninggalkan tida orang putera dan
tiga orang puteri iaitu :
Dengan Tengku Puteri Kelantan :
1. Tengku Ahmad
Nurudin (Tengku Seri Akar Raja) Kelantan.
Dengan Tuan Namas Patani :
2. Tengku Zahedah
(Tengku Besar)
3. Tengku Yusuf
Samsudin.
4. Tengku Raudzah
bersuami kepada Raja Haji Ahmad Perak.
5. Tengku Kamariah.
Dengan Maimunah Patani :
6. Tengku Yah
bersuami kepada Tengku Abdul Kadir Petra (Tengku Petra) anak Raja Sai.
7. Tengku Mahmood
Mahyiddeen.
Yang demkian tahun 1902 M ialah tahun kejatuhan negeri
Patani yang penghabisan sekali iaitu kehilangan daulat raj-rajanya. Terhapus
hak pertuanan orang-orang Melayu atas
negeri Patani, tergadai semua hak kebebasan dan kemerdekaan mereka kepada Raja
Siam-Thai. Inilah tahun yang sehabis-habis malang sekali di dalam sejarah
kejatuhan Kerajaan Melayu Patani.
Dengan kemangkat Tengku Abdul Kadir Kamarudin itu habislah
raja Melayu yang menduduki takhta Kerajaan Patani, daripada keturunan raja-raja
Kelantan. Dari semenjak itu tidak ada siapa pun lagi yagn diangkat menjadi Raja
Patani. Hanya negeri Patani mulai mejadi sebuah daripada jajahan takluk
kerajaan Siam-Thai.
Di dalam tahun Masehi
1906 dengan kehendak Raja Siam juga pemerintahan secara Boriwen itu hapuskan
dan diganti dengan suatu cara pemerintahan yang lebih baharu. Lalu sekalian
wilayah-wilayah yang tujuh di dalam Patani itu disatukan semula menjadi sebuah
jajahan provinsi Patani, dalam bahawa Siam dinamakan Monthon Patani. Kemudian
di dalam provinsi Patani itu dibahagikan menjadi empat buah wilayah pula
dipanggilnya iaitu wilaya Patani, Yala,
Saiburi dan Narathiwat (Bangnara). Kemudian dilantik Pesuruhjaya Siam-Thai
memerintah di dalam tiap-tiap buah wilayah itu.
Serta dilantik pula seorang Pesuruhjaya Tinggi (Gabenor
General) berpusar di Patan, buat memerintah di atas empat buah wilayah itu dan
sekalian pesuruhjaya di dalam tiap-tiap buah wilayah itu menjalankan
pemerintahan masing-masing dibawah kawalannya. Pesuruhjaya Tinggi itu dinamakan
dalama bahasa Siam Semo Ha Tesa Peba Monthon. Adapun orang Siam yang mula-mula
sekali memangku jawatan Pesuruhjaya Tinggi dalam provinsi Patani itu ialah yang
bernama Phraya Sakseni Narong dan nama gelarannya yang baharu Phraya
Deca-Nucit.